Pertama Kali Kita Berjumpa
Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman
Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan
Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan
Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan
Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa Di Hatiku...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Alhamdulillah syukur... Allah itu maha tahu..
DiberiNya kepada kita apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.. ^_^
Lagi 2 minggu bakal menempuh alam baru..
Tanpa kehadiran sahabat tercinta disisi,
Tapi aku pasti dia sentiasa dalam rantaian doa rabitahku dan ada di hati.. =')
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Pernah suatu ketika,
Aku ditinggalkan tanpa kata,
Terkapai-kapai aku dalam mencari makna kehidupan,
Tangisku siang dan malam tiada yang menyedari,
Aku cuba bangkit dari kisah silam,
Kisah silam yang aku kira Dia ingin aku tahu,
Betapa besar kuasaNya yang mahu aku belajar akan sesuatu,
Dia Pemilik cinta hakiki,
Dia Maha pemberi maaf,
Dia Maha Pengampun atas segala dosa...
Allahurabbi, hamba syukur Kau tidak pernah jauh dari diri ini.. =')
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Dia yg Maha Mengetahui,
Mengutuskan aku sahabat yg cukup membuat dunia ku berwarna indah,
DikirimkanNya buatku teman yang mengingatkan dikala aku kehilangan,
DiilhamkanNya hidayah buatku melalui sahabat yg ku cinta keranaNya..
Kerana Dia, aku ada kamu wahai teman tercinta.. =')
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Syukur,
Aku ada kamu,
Syukur,
Kamu sentiasa tunjukkan jalan-jalan tarbiyah buatku,
Syukur,
Kamu sentiasa genggam erat tangan ini,
Dan tak pernah lepas genggaman itu biarpun aku sering kecundang dari jalan ilahi..
Alhamdulillah syukur,
Kau pertemukan aku dengannya ya Rabbul Izzati..
=')
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Nurimanfillah, ana ithar enti lillah.. =')
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal salih).(43:67)