Followers

Showing posts with label buat sahabat. Show all posts
Showing posts with label buat sahabat. Show all posts

Monday, May 20, 2013

.:: AkU DaN KaMu::.

Aku Dan Kamu

Suatu hari,
Pastikan hadir,
Saat indah itu..

Pernah dahulu aku bermimpi,
Akan ketemu satu cinta,
Yang Dia berikan dalam hidupku..

Aku bersyukur padaMu Tuhan,
Kerna hadirkan engkau teman,
Ingin diriku berjuang denganmu..

Aku dan kamu,
Bersama-sama,
Di atas jalan ini,
Kita berdua,
Takkan berundur,
Hinggalah nyawa diambilNya..

Aku dan kamu, 
Satu sinergi,
Kala ku jatuh,
Kau ada di sisi,
Aku berdoa,
Semoga kita tetap bersama..

Aku dan kamu, 
Hingga akhirnya,
Teman setia.. 


(Lagu khas ana cipta untuk nurimanfillah, ^_^)
Ana ithar enti lillah!

nurislamfiqalbi..

Sunday, February 26, 2012

.::WaJaH BaRu::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Pertama dan selamanya, Kita rafaq kan rasa
syukur kita buat Allah s.w.t atas segala nikmat
 yang diberikanNya dalam kehidupan kita ni... =)
Alhamdulillah....

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Selawat dan salam buat junjungan Mulia,
Nabi Muhammad s.a.w, ahli-ahli keluarga
baginda, sahabat-sahabat baginda, para
tabi', tabi' tabi'in dan seluruh umat Islam
yang telah memperjuangkan agama suci ini
hingga ia dapat sampai kepada kita pada
hari ini.. =)
Alhamdulillah....

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Alhamdulillah.. blog ni sekali lagi berwajah baru..
dengan ketetapanNYa, Insya'Allah coretan-coretan
yang bakal kami berdua tampilkan akan kelihatan
lebih segar dan padat dengan pengisian ilmiah...
Insya'Allah..=)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Friday, November 11, 2011

.::All FoR YoU::.

Bismillahirrahmanirrahim..

buat sahabat ana yang di kejauhan,
semoga Rahmat Allah mengiringi perjalanan dan langkahmu..
janganlah kau berputus asa dan berpaling dari jalanNYA,
 engkau berada disana atas kehendakNYA,
kerna DIA ingin meninggikan darjatmu sebagai hambaNYA yang taat..

doaku sentiasa mengiringimu sahabat.. 
aku disini sentiasa merinduimu.. 


wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Thursday, October 20, 2011

.::aL-QaRiNaiN::.

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Alhamdulillah.. wa syukur lillah..

Atas pinjaman nyawa buat jasad kami, atas pemberian akal untuk memimpin kehidupan kami, atas kurnian hidayah untuk meneguhkan iman yang berpaksi di hati kami, dan atas keizinan untuk bernafas dan berjuang menegakkan syariatMU di atas muka bumi ini.. 

Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w pemimpin ulung sekalian alam..

Atas pengorbanan dan perjuangan baginda serta para sahabat, Islam itu sampai kepada kita pada hari ini..

Sekali lagi rasa syukur ana panjatkan buat Allah s.w.t kerana memberi kesempatan pada diri ini untuk terus 'berblogging' dan insya'Allah atas tujuan dan niat yang betul.. Amiin..

Ok.. post ana kali ni lain sikit.. tak specific tentang dakwah tapi lebih kepada pengumuman dan pemberitahuan buat semua sahabiah yang tak putus-putus berkunjung ke blog ana ni.. syukran jazilan buat antum semua.. =)

Mulai saat dan detik ini, blog ini yang dahulunya dikelola oleh ana akan menjadi milik kepada dua insan, iaitu AL-QARINAIN.. 'dua sahabat yang terikat' akan mengambil alih segala urusan yang berkaitan dengan blog ni, senang kata ada dua editor, dan dua pemilik sah kepada blog kesayangan ana ni.. =)


Insya'ALLAH ana sendiri dan sahabat tersayang ana, Nurul Wahida bt Mohammad Asmady akan berusaha keras untuk update blog kami ni dengan bahan-bahan bacaan ilmiah dan apa sahaja bentuk tazkirah yang boleh dikongsi bersama buat sahabiah semua..

Sebarang teguran, penambah baikkan, dan apa jua bentuk perkongsian amatlah dialu-alukan kerana semua usaha itu akan menyempurnakan lagi mesej dakwah yang ingin disampaikan kepada semua pembaca..

Ana mendoakan agar usaha kami ini diredhai Allah s.w.t biarpun ianya kecil dan tidak seberapa jika ingin dibandingkan dengan jihad dan perjuangan muslim serta mukmin yang lain.. =) semoga Redha ALLAH bersama kita semua.. amiin =)

wassalam,, nurislamfiqalbi..

Monday, May 9, 2011

.::BeRunTuNgLaH Mu'miN YaNg mEmPuNyAi TeMaN SeJaTi::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..



Alhamdulillah wa syukur lillah... Lama betul saya tak update blog ni.. =) Sejak kuliah dah start bulan Jan dulu, memang tak sempat nak update. Mashallah.. banyak tugasan dan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan..
sama seperti sahabiah sekalian, begitu jugalah kehidupan saya sebagai pelajar.. mungkin pengurusan masa saya masih belum cukup mantop untuk meletakkan aktiviti ber'blogging' ni dalam jadual seharian sebagai seorang pelajar.. Bila dah balik rumah, dan ada kelapangan, barulah diri ni berkesempatan untuk 'update' blog tercinta ni.. Harap-harapnya ada lagilah sahabat yang sudi nak berkongsi ilmu dengan saya yang serba kekurangan ni.. =)


Alhamdulillah cuti semester kali ni, saya berkesempatan untuk membelek dan ala-ala kaji sikit kitab "Bimbingan Mu'minin"  karangan Imam Al-Ghazali.



Insya'Allah ada satu sub topik dalam kitab ni yang saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.. " Pesan Alqamah Pada Anaknya untuk Mencari Sahabat".

Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya : Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :



  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang atau sebagainya, dia akan membantumu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  • Jika engkau berkata padanya, niscaya dia akan membenarkanmu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya dia akan membantumu.
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, niscaya dia akan lebih mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Nah. Mashallah..Hebat kan ciri-ciri yang Alqamah pesan kepada puteranya untuk mencari sahabat yang sejati. Untuk mendapatkan seorang sahabat yang mampu membimbing kita kearah kebaikan, kita sendiri perlulah terlebih dahulu memelihara akhlak dan sahsiah kita. Cara kita berkomunikasi, pendekatan yang kita bawa, cara kita jalinkan ukhwah dengan saudara yang baru dikenali, mashallah itu semua menjadi kayu ukur untuk kita kekalkan hubungan yang baik dengan sahabat kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:



 " Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga, ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti."

Sabdanya lagi :


" Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu, ialah orang yang paling terbaik pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri dan senang bermesra dan dimesrai."


Baginda bersabda lagi yang membawa maksud : 

" Seorang mu'min ialah orang yang senang bermesra dan dimesrai, dan tiada gunanya pada orang yang tidak tahu bermesra dan tidak suka dimesrai."


 Pernah dahulu seorang teman mengajukan satu soalan pada saya. "Pentingkah seorang sahabat sejati?" Jawapan saya,YA, OF COURSE! Mashallah, seorang sahabat itu cukup penting dalam hidup kita dan seorang sahabat yang sejati pasti takkan membiarkan kita jatuh ke lembah kehinaan. Jelas seorang sahabat itu mampu mengubah cara kita berfikir, tindakan yang bakal kita ambil bahkan hanya dengan satu ungkapan nasihat darinya mampu memberi impakyang hebat dalam hidup kita.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :

" Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang teman yang soleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu."

Allah s.w.t mengurniakan seorang sahabat yang soleh buat hamba-hambaNya tanda kasihNya dan DIA masih memelihara kita biarpun terkadang kita lalai dan leka dalam mengingatiNya. Subhanallah, Maha Suci Allah.. Inilah dia salah satu bukti kasihNya dengan mengurniakan kita seorang sahabat yang mengingatkan kita disaat terleka, menegur kita disaat keterlaluan, menyeka airmata kita disaat kita dirundung kesedihan dan kekecewaan, bahkan dia sanggup mengorbankan harta, masa, kudrat dan nyawanya dan berbesar hati  menghulurkan bantuan semampunya bersama-sama kita demi membela agama suci Allah yakni Islam. 

Sabda baginda:

" Tiadalah dua orang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai oleh Allah itu ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada sahabatnya."

So, pesanan buat diri ini dan readers semua, sayangilah sahabat-sahabat kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri k. Moga redha Allah bersama kita semua ye..AMIN..



wassalam..
nurislamfiqalbi..

Saturday, April 30, 2011

..::KeHaDiRaNmU::..



-KEHADIRANMU-

Hati ini terpanggil untuk berbicara,

Tentang kita bersahabat keranaNYA,

Dengan niat hanya mengharap Mardhatillah..

Oh sahabat,

Ingin ku mengikat hati kita,

agar ia sentiasa kukuh dan tegar,

biar dilanda badai ataupun ombak,

ia tetap mekar tetap berbunga..

Duhai teman,

Tangisanmu tangisanku jua,

Kegembiraanmu bagaikan satu cahaya,

Kan ku pahat dalam lukisan hati,

Hati kita...

Jadikanlah cinta kita cinta keranaNYA,

Moga ukhwah kita akan sampai ke syurga,

Subhanallah,

Aku bersyukur atas kehadiranmu..


written by my lovable Jannahmate Insya'Allah,
Nurul Wahida bt Mohamad Asmady =)

Wassalam,,

Wednesday, December 15, 2010

.::UjiAn ItU TaNdA KaSiHNYA::.

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, saya mulakan bicara..



Alhamdulillah,, saya baru saja sudah berborak dengan soerang sahabat tercinta melalui telefon.. Syukur, khabar dari nya baik-baik sahaja.. =)

Tiba-tiba dia minta saya untuk bersabar dan tidak terkejut akan berita yang bakal disampaikannya.. Saya terkedu seketika.. =(

Rupa-rupanya kesihatannya terganggu dan memerlukan rawatan pembedahan dengan segera.. Bagai nak luruh jantung ni saat mendengar khabaran tersebut.. Nak ditangis pada ketika itu, takut pula dia akan bergundah gulana.. Sambil tersenyum saya cuba berikan kata-kata semangat buat dirinya..

Insya'Allah pada jam 3 petang ni dia akan berangkat ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutkan.. Hati terasa mahu saja berada di sisinya untuk memberikan sokongan, namun apakan daya jarak memisahkan segalanya..

Buatmu sahabat tersayang,
Kau pinta agar aku senyapkan khabaran ini..
Namun aku tak terdaya..
Aku mengharapkan agar umat Islam semuanya dapat sama-sama berdoa buatmu..
 Tak tertanggung airmata ini membiarkan dirimu menderita..
Aku bersama sahabat-sahabat yang lain pasti akan mendoakan yang terbaik untukmu.. 
Sungguh kesembuhan dariNYA buatmu amatlah ku harapkan..
Biarpun ujian ini cukup berat buatmu..
Ketahuilah bahawa insan ini tidak akan pernah berhenti berdoa buatmu..
Kerana kasih sayang di antara kita ini,
Benar-benar terjalin kerana redhaNYA..
Jangan takut ya ukhti..
Sungguh DIA ada bersamamu..
Dan kau turut takkan merasakan dirimu keseorangan..
Kerana doa para sahabat akan sentiasa mengiringimu..
Sahabat tersayang..
Yakinlah bahawa ujian ini adalah tanda kasihNYA padamu..
Kerana kau adalah insan terpilih..
Aku mendoakan yang terbaik buatmu..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

Cepat-cepat sembuh ye =)


wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

.::MuHaSaBaH BuAt DiRiKu::.

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah wa syukur lillah,,
Sepasang mata masih mampu celik dan melihat kekuasaanNYA,,
Sepasang telinga masih mampu untuk mendengar seruanNYA,,
Sepasang tangan masih mampu untuk melaksanakan tugas sebagai dai'e membela agamaNYA,,
Segumpal darah bernama hati masih mampu bertaut pada cintaNYA,,
Masakan hamba mampu meraih kesemua nikmat ini tanpa izinMU,,
sungguh hamba mensyukuri segala sesuatu yang kau berikan dalam hidup ini..






Alhamdulillah,, saya baru saja sudah 'ber'blogwalking' sebentar tadi..=) Dari satu blog ke satu blog para sahabat dan kenalan saya jelajah,, =) nak timba ilmu yang masih kosong di dada ni,,

Dan syukur sangat macam2 yang saya belajar dengan aktiviti ni tadi,,
Salah satu ilmu yang saya dapar malam ni adalah tentang solat sunat istikharah di blog ukhti insyirah:: http://niqobgirl.blogspot.com.. syukran ya ukhti..

Perkongsian yang disampaikannya amatlah bermanfaat dan berguna untuk kita semua,, =)

Kemudian saya jelajah lagi ke blog2 yang lain..
Jelajah punya jelajah........
Saya tersinggah di blog junior saya.. Mulanya saya tak percaya itu dia, tapi....( Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu)

Bukan niat dihati untuk menghina, jauh sekali mencela dirimu ya ukhti..
Namun rasa kasih di hati ini terpanggil untuk memuhasabahkan diri ini dan juga dirimu..


Tak tertanggung rasa sebak di hati, mutiara yang bertakung ini tidak lagi mampu untuk ditahan.. Lalu dibiarkan saja ia mengalir dengan rasa hati yang sarat dengan keinsafan..

Sebagai seorang hamba Allah yang digelarkan "INSAN", kita sering saja lupa akan suruhan dan laranganNya.. Saban hari kita didedahkan dengan ideologi2 barat yang mampu merosakkan akidah kita.. Tidak dinafikan sesetengah manusia itu memerlukan hiburan dan bersosial untuk "memeriahkan" lagi jalan hidup mereka.. Namun wahai sahabiah yang tersayang, jangan biarkan nafsu menjadi RAJA!! Pelbagai cara hidup yang dianjurkan oleh agama Islam untuk membuatkan hidup seseorang itu lebih meriah malah lebih terang sinarnya..

Benarlah andai seseorang itu berkata terdapat pelbagai dugaan dan halangan yangg dilalui andai benar-benar mahu mengamalkan cara hidup sebagai MUKMIN SEJATI.. Namun sedarkah kita masakan terlalu mudah untuk Allah menyerahkan Jannahnya kepada kita tanpa sebarang ujian dan cabaran disandarkan pada diri kita??

Makin kita mendekatiNYA, makin iman kita diuji.. Makin kita banyak berdoa, makin banyak ujian yang menimpa.. Pernahkah kita berfikir sejenak mengapa hal ini berlaku sedemikian rupa?

Ia adalah kerana segala yang kita pinta, belum tentu DIA akan memberikannya dengan kadar yang segera.. Tetapi ia akan diperoleh apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberiNYA.. Kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu, sebaliknya DIA akan memberi apa yang kita perlu...

Mahukah kita melihat Islam itu lenyap dimamah dan ditelan zaman?? Pasti kita tidak mahu bukan.. Saya yakin dan percaya setiap diantara kita hati kecilnya pasti akan berbisik dan berhajatkan akan perubahan.. Cuma langkah kita terkadang ianya tersasar jauh dari landasan syariat..

Ayuh kita bermuhasabah, sucikan hati, tenangkan jiwa dengan berfikir sejenak akan segala pemberianNYA dalam hidup kita.. Masakan kita mahu berpecah belah sesama kita dan melihat Islam itu dihinjak-hinjak musuh? Mahukah kita kelihatan lemah dihadapan musuh Islam? Mampukah kita mengelak daripada segala fitnah lemparan "Al-massih Dajjal"? Andai dengan mengamalkan gaya hidup yang dianjurkan musuh Islam, mampukah kita berdiri sebaris dengan angkatan tentera Imam Mahdi kelak? Mampukah kita??


Apa yang saya cuba kongsikan ini datangnya ikhlas dari lubuk hati yang mahukan sahabiah semua serta diri saya sendiri untuk sedar akan kekejaman dan kezaliman yang kita sendiri perlakukan terhadap agama kita yakni Islam yang suci disisi Allah s.w.t.. Fitrahnya Islam itu suci dan menjadi gaya hidup bagi makhluk sekalian alam, namun kita para penganutnya yang melemparkan FITNAH terhadap agama suci ini..

Jangan kita biarkan Islam itu sekadar indah pada namanya, tapi biarlah ia kelihatan cantik dan berseri pada maksudnya.. Ayuh kita bersama-sama lakuka perubahan.. Andai mahu berubah, janganlah bertangguh dan elakkan lah daripada memberi 1001 alasan yang mampu memakan diri kita..

Biarpun hijrah kita untuk menegakkan agama suciNYA ini kelihatan sukar dan payah, mohonlah padaNYA akan kita diberikan kekuatan yang maksima untuk menanganinya,,

Sungguh Allah itu ada bersama orang-orang yang memperjuangkan agamaNYA,,



wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Wednesday, December 8, 2010

:: KaWaN JaNgAnLaH KaU SeDiH::

Bismillahirrahmanirrahim,,


Kawan, apalah yang kau kesalkan,
Kerana tuhan kau kehilangan kawan,
Kerana kebenaran dihina,
Jangan kau ragu dalam keimanan..

Kadang-kadang kawan jadi lawan,
Kadang-kadang lawan jadi kawan,
Apalah disedihkan hati,
Setiap insan didalam kekurangan..

Jangan sedih terlalu tersisih,
Bukan kau saja ditimpa malang,
Ingatlah para rasul mulia,
Lebih tersiksa menderita..

Mereka bahagia dalam derita,
Mereka kaya didalam papa,
Mereka memadai dengan Tuhannya,
Itulah kebahagiaan,
Di waktu sempit seorang diri,
Kawan janganlah disedihkan hatimu..


 wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Tuesday, October 19, 2010

,,SaLam SaYanG,,

Sajak buat sahabat seperjuangan… 

by nuraiman

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.


,,UkHwAh KerAnA ALLaH,,

Duhai Teman Duhai Sahabatku…

“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”
Duhai Teman Duhai Sahabatku…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….

Thursday, June 3, 2010

*ErTi PerSahaBaTAn*







Bismillahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA ak mulakan bicara,,


Sahabat?Apakah makna sahabat yang sebenar?Bila ditanyakan kepada seseorang "Adakah anda menghargai sebuah persahabatan?".Ika yakin semuanya akan berkata "Ya,saya amat menghargainya".Tetapi sedarkah kita adakah kita benar-benar menghargainya?Cuba kita renungkan kembali bernarkah kita mengasihi sahabat kita sama seperti kita mengasihi diri sendiri?Benarkah kita mengasihi sahabat kita kerana Allah?Jika kerana Allah,pasti kamu tidak akan bermasam muka dan kamu akan bertegur sapa apabila bertembung antara satu sama lain.


Benarlah kata orang,sahabat ketawa senang untuk dicari tetapi sahabat menangis sukar untuk ditemui.Jadi dari kalangan manakah kita ini?Adakah kita sahabat ketawa?Atau kita sahabat menangis?Atau kita sahabat ketawa dan menangis?Pernahkah kita rasa nikmatnya nilai persahabatan itu.Subhanallah,jika direnungkan kembali betapa besarnya nikmat yang Allah beri pada kita iaitu nilai persahabatan yang amat tinggi,cuma kadang-kadang kita yang alpa dan leka,kita yang tidak pernah bersyukur dengan kehadiran seseorang itu dalam hidup kita.


Bila sebut pasal kawan rapat,boleh dikatakan rata-rata kita semua ada kawan rapat masing-masing.Tetapi serapat manakah hubungan yang terjalin itu?Atas dasar apa kerapatan persahabatan itu?Adakah kerana duit?Kecantikan?Sesungguhnya itu semua hanya pinjaman dari Allah.Bila-bila masa sahaja pabila tiba saatnya pasti akan Allah ambil.Bukankah kita bersahabat kerana Allah Azza Wajalla?


Cuba kita imbas kembali saat-saat sebelum kita melangkahkan kaki ke sekolah sehingga kita bersekolah dan sehinggalah kita bekerja sekarang ini.Sudah berapa ramaikah sahabat kita?Dan adakah sehingga sekarang hubungan persahabatan itu terjalin?Atau bila sudah habis sekolah masing-masing bawa haluan sendiri tanpa khabar berita.Dan cuba anda fikirkan betapa indahnya jika persahabatan itu tetap kekal walaupun kini sahabat anda itu bukan lagi rakan sepermainan anda,bukan lagi rakan kelas anda,bukan lagi rakan universiti anda.



Renungkanlah wahai sahabatku,pernahkah kita menyakiti hati sahabat kita tanpa kita sedari.Tiba-tiba sahaj kita bermasam muka,kita tidak bertegur sapa,kita tidak lagi menjadi sahabat seperti dahulu.Jikalau dulu kita makan dia makan,kita tidur dia pun turut tidur teapi sekarang tidak lagi.Kita makan sedangkan kita tidak tahu dia sudah makan atau belum,kita tidur nyenyak tetapi kita tidak pernah terfikir adakah sahabatku yang seorang itu tidur nyenyak atau sekarang ini dia sedang menangis bersendirian mengenangkan kita,ataupun mengerang kesakitan,atau lebih teruk sekali apabila dia sedang nazak dikunjungi malaikat maut!


Cuba bayangkan jika dia pergi buat selama-lamanya tanpa kita bertegur sapa dengan dia,tanpa kita kenali hatinya sekarang ini.Ayuh kita binakan semula persahabatan yang perhubungannya semakin retak ini.Bangkitlah wahai sahabatku,bina ukhuwwah yang mantap agar islam jua turut mantap!Berkawanlah anda kerana Allah dan hargailah sebuah persahabatan itu.Jangan pernah sia-siakan sahabat itu kerana selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari.Ukhuwwah itu indah sahabatku,maka jagalah ia sebaik mungkin.


Maafkan aku teman andai selama kita berkawan ada salah silap yang Iakubuat.Sesungguhnya diri ini amat menyayangi kalian.Ya Allah jagalah insan yang ku sayang ini iaitu sahabat-sahabatku.Izinkan kami terus bersahabat hingga ke JannahMu.InsyaAllah.



"Rakan yang baik itu hadirnya dinanti dan perginya pasti ditangisi"
nurislamfiqalbi

BerSahaBat KerAna ApA?

Bismillahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA,ak mulakan bicara,,

Sudah menjadi sunnatullah bahawa dalam melayari kehidupan duniawi yang sementara ini kita memerlukan mereka yang kita panggil kawan,teman dan sahabat lebih-lebih lagi memerlukan sahabat sejati.Beruntunglah seseorang itu yang mempunyai ramai sahabat sejati.

Sekiranya kita telah memilik sahabat sejati,maka bersyukurlah kepada Allah Taala.Sahabat sejati ialah seorang yang cerdik,berilmu dan mutadayyin(beragama lagi berakhlak mulia).Peliharalah tali persahabatan dan ukhwah itu sebaiknya.Justeru,selain menuntut kita agar mencari sahabat,kawan teman dalam kehidupan,Islam juga menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan menjaga hak serta adab dalam persahabatan.

Inilah cara kita memelihara satu hubungan yang mulia kerana Allah Taala.Untuk itu,nilailah persahabatan kita selama ini.Adakah jujur atau sarat dengan kepentingan diri? Apakah diredhai Allah atau sebaliknya ?


TIGA TAHAP PERSAHABATAN :


Persahabatan kerana Allah

Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :


1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.

2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan tabii

Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.


Persahabatan yang tercela

Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kawan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".


Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :

"....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)

Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".


Wallahua'lam.

nurislamfiqalbi

Wednesday, May 19, 2010

,,MaAfKaN AkU,,

Duhai sahabat,,
ampunkan ak kerna tidak prnh mgnli erti sgsara y kau lalui,,
ampunkan ak kerna seringkali mmbuat kau terluka,,
ampunkan ak kerna mmungkiri sebuah iktn janji,,
ampunkn ak kerna m'jdi punca terlerainya iktn ini,,

Duhai sahabat,,
pd mulanya bgitu sukar untuk ak mnrima tmprn hebat ini,,
ak hilang punca dsaat kau mula m'jaohkan diri,,
ucpn p'pshn y kau ungkapkan mmbuatkan ak smkin jatuh,,
kau shbt y ku snjungi dulu semakin sarat dengan kbncian t'hdp diri ini,,
ak semakin sesat dlm mncari kbnrn dlm ceritera khdupan,,
terasa smkin brt ujian y mnimpa diri,,

Duhai sahabat,,
kata2 azimat darimu tidak pernah ku lupa,,
kjayaan mu amat ku snjungi wlaupun ak x mmpu mgiringi,,
sudah lebih setahun tempoh p'pshn ini,,
stiap saat manis b'smamu x kn ku singkirkan dr kotak hatiku,,
stiap y pahit semakin jaoh ak singkirkan dm mncari redha dr NYA,,
ak smakin kuat stiap kali mendoakn kjyaan dn ksjshteraan mu d sana,,
ak disini masih m'cari sinar dn butir2 kjyaan y smkin hmpir mberikan wrna,,
yakni wrna y mncorkkn knbali kggln y prnh ku alami,,

Duhai sahabat,,
stiap kali t'kngkn dosa ku pdmu,,
smkin pdih bahang apiNYA y ku rasakan,,
ak mysl akn sgle p'buatn ku y dlu amt keji dn jijik,,
ku cuba basuhi dosa ini dgn sgle prbuatn mndkatiNya,,
namun masih ad sisa y tinggal d dlm hati ini,,
seringkali ak merasakn taubat ku tidak dterimaNya,,
ku basahi bibir ini dgn zikrullah,,
ku gagahi hati ini untuk terus yakin akn nkmat dn ujian y mnmpa,,
ku saratkan hati dgn rasa khmbaan y terlalu hina,,
ku kukuhkan benteng diri dgn dhn2 ma'rifah,,
ku rela dipanggang sprti BILAL andai itu untuk mguji keimanan ini,,
ku rela ditusuk sprti SUMAYYAH andai itu menguji btapa agungnya cinta d hati untuk YA RABB,,
ku rela dbunuh sprti HAMZAH andai itu peluang untuk ku mnbus sgla dosa,,
ku rela dibakar seperti IBRAHIM andai itu untuk mguji rasa rindu y teramat pd sang pencipta,,
ak rela untuk mghadpi sglanya andai itu untuk mguji kkuatan cinta teragung untukMU YA RABBI,,

Duhai sahabat,,
andai shja dberikanNya peluang ntuk b'temu dikau kmbali,,
akn ku nyatakn btapa hati ku sarat dgn dedaunan keinsafan,,
btapa kata maaf seikhlas-ikhlasnya dari bibir mu amat ku pinta,,
ingin ku tmpilkan peribadi ku y penuh dgn tranformasi ini,,
ak bukan lgi ak y dulu,,
kini ak muncul dgn keperibadian y baru,,
y semakin sarat mmncari cintaNYA,,
hanya satu y tidak akn prnah berubah,,
kau tetap sahabat sejati ku,,
mahupun di dunia dan akhirat y psti,,
ak semakin redha dgn pemergianmu kerna itu mgjr ku erti khdupan y sbnr,,
andai perpisahan ini adlah ssuatu y baik dariNYA,,
aku x kn prnh mysl dan berkecil hati,,
kerna ak myayangimu kerna ak terlalu kasih dan cinta akan ILAHI,,
smoga pertemuan y manis kita mnjadi kbnrn di syurgaNYA nnti,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...