Followers

Saturday, April 30, 2011

..::KeHaDiRaNmU::..



-KEHADIRANMU-

Hati ini terpanggil untuk berbicara,

Tentang kita bersahabat keranaNYA,

Dengan niat hanya mengharap Mardhatillah..

Oh sahabat,

Ingin ku mengikat hati kita,

agar ia sentiasa kukuh dan tegar,

biar dilanda badai ataupun ombak,

ia tetap mekar tetap berbunga..

Duhai teman,

Tangisanmu tangisanku jua,

Kegembiraanmu bagaikan satu cahaya,

Kan ku pahat dalam lukisan hati,

Hati kita...

Jadikanlah cinta kita cinta keranaNYA,

Moga ukhwah kita akan sampai ke syurga,

Subhanallah,

Aku bersyukur atas kehadiranmu..


written by my lovable Jannahmate Insya'Allah,
Nurul Wahida bt Mohamad Asmady =)

Wassalam,,

Tuesday, February 1, 2011

.::Revolusi Mesir : Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah::.

Oleh : TG Nik Abdul Aziz Nik Mat



Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.


Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.


Sekian, wasalam.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M

Friday, January 28, 2011

.::ThE NeXt cHaPtEr::.

Bismillahirrahmanirrahim,,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,,

Alhamdulillah wa syukur lillah,,
Pada saat dan ketika ini, saya masih lagi mampu bernafas dan masih mempunyai kudrat untuk melaksanakan tugas dan amanah sebagai seorang hamba buat Sang Khaliq yang agung...

Asif jiddan buat sahabiah, followers and readers semua.. Dah hampir sebulan saya menyepi dari dunia blogging ni atas asbab2 tertentu.. asif ye!! =)

Hari ni, saya nak share lagi tentang dunia buku saya,, huhu,, =)



Amin3x,, dengan izinNYA saya dapat beli lagi 2 buah buku ilmiah and insya'Allah saya akn kongsi pembacaan saya dengan kalian semua,,


" BUMI CINTA" - Habiburrahman El- Shirazi
"AKU SANGGUP DUHAI MUHAMMAD" - Muhd Nasruddin Dasuki

Insya'Allah bila selesai je saya baca dua buku ni,saya akan share dengan sahabiah semua ibrah disebalik penyampaian dua orang penulis tersohor ni,, =)

And buat sahabiah semua, kalau ada buku2 ilmiah yang nak dikongsi bersama, jemput2 la hebahkan ye,, Hope segala yang bermanfaat dapat kita kongsi bersama k,, 

Insya'Allah cuti mid sem ni akan dimanfaatkan sebaiknya.. =)

wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Saturday, January 1, 2011

.::PeNgeMiS KaSiH ILLaHi::.

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..



Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terhiritlah aku di lorong gelisah

Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali

Gerak dosa menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi

Namun rahmatMu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir

Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padaMu

Seribu langkah Kau rapat pada ku


wassalam,,
nurislamfiqalbi..


.::MaNisNya SiLLaH KeRaNa AllaH::. =)

Bismillahirrahmanirrahim,,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Manisnya ukhwah kerana Allah..=)
Kita ditegur kerana ALLAH,
Kita disayangi kerana ALLAH,
Kita dimarahi kerana ALLAH,
 Kita bersama untuk berjuang kerana ALLAH..
Semuanya kerana ALLAH..



Airmata ini gugur lagi kerana terkenangkan dosa2.. =(
Terampunkah dosa itu??
Saya sendiri tidak pasti..
Terimakah DIA akan taubat itu??
Saya sendiri tidak pasti..
Namun cahayaNYA itu kian jelas menyinari jalan2 jihad ini..
Saban hari diri ini dicurahkan peringatan daripada insan2 yang berkehendakkan redha Illahi..

Manisnya ukhwah kerana Allah..
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing..
Rasulullah pernah bersabda, " Tidaklah dikatakan kamu beriman sehinggalah kamu mengasihi aku dan para saudaramu melebihi kamu menyayangi dirimu sendiri"..

Kadang2 saya sendiri rasa berat sangat untuk laksanakan amanah ni..

Perintah Allah sering dilalaikan, pinta Rasulullah sering dilupakan..
Hati ibu bapa sering terluka, perasaan para sahabat sering tercalar..
Hina sangat rasa diri ni..

Hablum minAllah, wa hablum minAnnas..

Untuk memperkukuhkan hubungan dengan Allah,diri ini perlu sentiasa pelihara hubungannya dengan sekalian manusia dan makhluk ciptaanNYA..

Biarpun kita pernah dilukakan seseorang, namun janganlah pernah ada benci kerana sifat memaafkan adalah semulia sifat.. Baik kesalahan yang dia lakukan itu besar ataupun tidak, maafkanlah insan itu dengan rela dan seikhlas hati.. Ambillah sebaik-baik ibrah yang Allah ingin tunjukkan kepada kita.. Dia menyayangi kita ada asbabnya dan dia membenci kita ada juga asbabnya tersendiri.. Yang membezakan hanyalah samada ianya kerana kebaikan ataupun kejahatan.. Masakan Allah sengaja menguji kita sebegitu rupa walhal disebaliknya terselit sebesar-besar hikmah untuk kehidupan kita.. 


Dan diingatkan juga buat diri ini, jagalah ukhwah mu dengan sesiapa sahaja demi menjaga hubunganmu dengan Allah s.w.t.. Diri kita sendiri perlu dibaiki terlebih dahulu sebelum menasihatkan atau memperbetulkan orang lain.. Kekurangan seseorang itu boleh jadi penyempurna hidup kita dan mungkin juga kesempurnaan seseorang itu boleh jadi pendorong buat diri kita.. Demi memelihara kepentingan agama, biarlah kita ber"husnun zhon" terhadap seseorang itu k.. Baik buruk niat seseorang itu, hanya Allah yang tahu.. Selalulah kita pinta padaNYA agar ditunjukkan kita jalan yang benar dan biarlah jalan yang kita pilih itu mampu disuburkan dengan cahaya keimanan yang terang lagi nyata..=)

Biar dengan siapa sahaja kita bersahabat, bergaul mahupun bertukar pandangan, biarlah ikatan itu ikhlas dan benar-benar berlandaskan syariat Islam.. Mungkin dahulu pergaulan kita pernah tersasar jauh daripada landasan yang diteteapkan syariat, namun masih belum terlambat untuk kita lakukan anjakan dan perubahan.. Pesan buat diriku, berubahlah ke arah kebaikan demi memperoleh kehidupan yang bahagia selepas kematian..
Untuk para sahabiah semua, tonton dan hayatilah video ni,, Ianya tentang kepentingan kita dalam menjaga hubungan dengan manusia.. Semoga segala yang bermanfaat dapat dikongsi bersama.. =)




wassalam,,
nurislamfiqalbi,, =)

Thursday, December 30, 2010

.::AlHamduLiLLAH, Ku TeMu DiA DaLAm PeRjUaNgAn iNi::.

Bismillahirahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah.. segala kehangatan nikmatNya masih terasa sehingga ke saat ini.. Insya'Allah sabtu ni dah nak balik ke bumi arau dan mulakan episod perjuangan yang baru.. Macam2 rasa ada.. Sebak ada, semangat ada, sedih ada, happy ada and even cuak pun ada jugak.. Aish, tak baik betul fikir macam2 sangat kan tentang benda yang belum berlaku.. ok2.. kena pasang niat balik ni.. Hidup+Mati+Ibadah+Amal semuanya kerana Allah kan..=)



Insya'Allah ini entry terakhir saya untuk tahun ni kowt.. =) Nak pack barang2 untuk balik u dah..

Actually lama dah saya nak kongsi kisah ni dengan sahabiah semua cuma belum berkesampatan sebelum ni.. =)

Kisah ni tentang episod perjuangan saya yang ditambah serinya dengan kehadiran seorang insan yang tidak kurang hebatnya memberi 1001 makna kehidupan dalam hidup saya..

Dia bukan darah daging saya namun dialah saudara tersayang..
Dia bukan sahabat terdekat saya namun dialah ukhti tersayang..
Dia bukan pendamping terdekat saya namun kenangan bersamanya sentiasa hangat di ingatan ini..
Dia bukan siapa2 namun dialah utusan Illahi sebagai salah seorang pentarbiyah hati ini..
Dialah ukhti tercinta..



Ukhwah yang terjalin kerana Allah, biarpun sering berjauhan namun kehangatan ikatan suci itu senantiasa dirasai dan saban hari ikatan itu semakin kukuh dan utuh..

Ikatan bermula di SRISS tercinta.. Amanah sebagai seorang naqibah saya galas dengan penuh rasa rendah diri kerana merasakan diri ini langsung tidak layak untuk menggalas tittle itu apatah lagi melaksanakannya.. Namun saya gagahkan juga hati ini untuk menyahut seruan illahi.. Mungkin dengan amanah yang diberikanNYA ini mampu mentarbiyah hati saya untuk menjadi seorang insan yang lebih berguna untuk agama..

Ukhti itu, datang sebagai seorang serikandi kecil untuk meneruskan langkah dalam episod perjuangan hidupnya.. Hati saya seakan tertaut dengan peribadinya yang cukup melambangkan ciri2 muslimah sejati.. Biarpun saya tidak diberi kesempatan untuk menjadi naqibahnya, namun keramahannya membuatkan ikatan uhkwah antara kami semakin erat.. Kata-katanya sering diselitkan dengan tazkirah yang mampu menyedarkan diri saya dari terleka..

Ikatan seorang senior dan junior.. Ukhti itu telah pun menjadi sebahagian daripada hidup saya.. Biarpun jarak umur kami berbeza 3 tahun namun ia tidak langsung merenggangkan ikatan ini.. "Indahkan ukhwah kerana Allah! Kita sama2 saling mengingatkan antara satu sama lain". Itulah kata-kata dari ukhti itu yang sentiasa membuatkan saya sentiasa sedar akan kebesaran Allah..

Kasih sayang yang tertumpah buat ukhti ini semuanya semata-mata kerana Allah.. Pernah dahulu ketika masih kecil saya berhajatkan seorang adik perempuan.. huhu.. Budak2 la katakan.. Tiada geng waktu kecik2.. So, main pondok2 dengan akh soghir saya yang sorang ni je la.. Dah dewasa ni, baru saya sedar tentang satu perkara.. Allah itu sentiasa bersikap adil dengan semua hamba-hambaNya kan.. DIA tidak memberi apa yang kita mahukan tapi DIA memberi sesuatu yang akan kita perlukan dalam kehidupan tanpa kita sedar.. Dan pada saya, kehadiran ukhti itu dalam hidup saya benar2 memberi impak yang besar terhadap bermulanya langkah pertama penghijrahan saya untuk mencari cahayaNYA..

Adakah saya bahagia? Ya, saya sangat bahagia dan amat amat amat bersyukur ke hadrat Illahi dengan kehadiran insan2 ini. Dan ukhti itu adalah salah seorang yang banyak beri sokongan dan dorongan yang berterusan kepada saya yang masih lagi merangkak dalam mencari kebenaran dan tertatih-tatih mengumpul bekalan untuk sebenar-benar kehidupan sesudah kematian yang bakal tiba.. Entah kenapa setiap kali teringatkan ukhti itu, hati ini pasti kan terasa sebak.. Airmata ini begitu mudah mengalir keranaNya disaat perasaan hiba itu menjengah di hati.. Saya takut? Ya, memang saya amat takut samada mampukah diri ini mendapat tempat di syurga Allah bersama2 mereka insan2 yang tercinta.. Mampukah diri ini melihat senyuman kekasih Allah yakni Nabi Muhammad s.a.w di syurga kelak?? Mampukah??? Ya Allah.. terasa lemah sekali diri ini..

Ukhti itu.. ukhti itu banyak membantu saya untuk kembali ke pangkal jalan.. Dan kini, dia mempunyai misi yang besar untuk melakukan perubahan di medan jihadnya.. Kata hati mengatakan mahu sahaja diri ini turun bersama-samanya berjuang di medan jihad itu, namun kehendak dan takdir Allah menetapkan sebaliknya.. Ukhti itu akan berjuang di bumi SRISS dan saya akan berjuang di bumi Arau,, Biarpan jalan jihad kami berbeza namun matlamat kami sama! Perubahan,, Ya, Kami berdua berjuang untuk melakukan perubahan demi membela Islam.. Biarpun pelbagai halangan dan cabaran bakal mendatang, namun semangat juang ini pasti takkan luntur..

Matlamat yang satu itu pasti akan terlaksana andai semangat jihad ini diasah dengan amal+ibadah yang mantap biarpun pada hakikatnya perjuangan itu pasti akan kelihatan pahit dan pedih.. Hidup Biar Jihad, Mati Biar Jahid! =)

Akhir kata, buat ukhti tersayang, sejuta kemaafan akak pohon atas segala kesilapan dan kekhilafan akak terhadap kamu.. Jujur, akak bersyukur dipertemukan Allah dengan insan seperti kamu ukhti.. Biarpun dulu akak pernah kehilangan sahabat baik akak, namun kehadiran kamu seolah-olah mengubat kesemua luka pedih itu.. Dan doa akak akan sentiasa bersama kalian berdua.. Ukhti, akak sentiasa akan mendoakan yang terbaik untuk kamu dan mudah-mudahan berkat perjuangan itu, kehidupan kamu pada masa akan datang pasti akan sarat dengan sinaran cinta dariNYA.. Akhir kalam, sajak ni khas buat kamu ya ukhti.. Uhibbuki fillah minal hayati ilal mamati wa hatta ilal jannah..



Ukhti Tersayang,
Ketahuilah olehmu bahawa akak benar-benar bersyukur akan pertemuan ini..
Episod perjuangan akak yang dahulunya kelihatan begitu sukar kini terasa kian mudah kerana dirimu begitu setia untuk menggalasnya bersama.. 
Bebanan di bahu kini menjadi lebih ringan kerana tanganmu sanggup menghulurkan bantuan..
Tanpa sebarang sungutun, dirimu benar-benar jujur dan ikhlas memberi semangat biarpun keringatkat mu kian kelihatan.. 
Engkau sering tampil dengan keberanian dan pada dirimu langsung tidak kelihatan kegagalan..
Kerana engkau yakin dengan janji-janji Sang Pencipta yang senantiasa ada bersama hambaNYA yang memerlukan..  

Ukhti Tersayang,
Ikatan ukhwah ini saban hari semakin manis dan mekar..
Setiap bait katamu sarat dengan peringatan yang memberikan kesedaran..
Peribadi mu amat cocok dengan ismu mu.. 
Dirimu sarat dengan perbadi yang unggul sepadan dengan makna namamu..
Kau begitu tertib memelihara dirimu,
kerana kehidupanmu begitu berharga..
Indah peribadimu seindah namamu..

Ukhti Tersayang,
Allah lahirkan rasa kasih dihati ini untuk kita sama-sama bersatu 
memperjuangkan agama yang satu..
Biarpun cara kita berbeza namun matlamat dan niat kita adalah sama..
Biarpun jasad kita berjauhan namun hati kita tetap tertaut pada cinta yang sama yakni cintaNYA.. 
Biarpun episod perjuangan kita berbeza namun kita tetap sama berhajatkan jannahNYA..
Biarpun kita akan mati dalam keadaan yang berbeza namun kita berhajat untuk ukhwah ini terus hidup dan mekar di taman syurgaNYA..

Ukhti TerCinta,
Ayuh kita sama-sama laukan perubahan..
Demi melihat Islam terus mekar dan bersinar di mata dunia..
Akak akan sentiasa bersama kamu ukhti..
Samada secara nyata mahupun hanya didalam doa.. 
Hanya satu pinta diri ini buatmu..
Yakinlah bahawa kita sama-sama mampu untuk memikul amanah dariNYA..
Kerana Allah sentiasa bersama insan-insan yang berjuang demi agamaNYA..
Akhir kalam,
Akak benar-benar bersyukur kerana bertemu dengan mu dalam perjuangan ini..
Salam kasih dan sayang buatmu..
Semoga ikatan kita akan temun mekar di kebunan syurga Illahi..



wassalam,,
nurislamfiqalbi..




Thursday, December 23, 2010

.::ThE ArRiVaL::.

Bismillahirrahmanirrahim,,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Selawat dan salam ke atas junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w juga keatas para ahlil baitnya..

Alhamdulillah wa syukur lillah..
Kesemua nikmat kurniaanNYA masih lagi dapat kita kecapi dalam kehidupan ini dengan izinNya kan... =) Amin ya Rabb,, Apa yang penting, setiap hari akhlak kita mestilah berubah kearah yang lebih baik biarpun ianya sekecil-kecil hal k.. 



Hari ni, saya nak share tentang satu siri pendedahan Islam yang saya anggap pendedahan berani mati oleh dua orang pengarah (kalau tak salah saya) iaitu siri "THE ARRIVAL".. 

Siri ni pun pada mulanya saya dapat dari seorang sahabat, "TOKWAN tersayang saya"..=)
Terima kasih banyak-banyak tok.. siri ni banyak bagi pengajaran dan pendedahan yang bermanfaat untuk diri ini.. =) Syukran alaik!

Ok.. berbalik kepada siri ni, apa yang saya nak kongsikan adalah siri ni mendedahkan pelbagai jenis konspirasi,kejahatan dan rancangan para musuh Allah yang mahu menjatuhkan Islam di mata dunia.. Dan siri ini amat menekankan tentang kedatangan Al Maseh Dajjal yang menjadi penantian agung para pengikut setianya.. 

Jujur dari hati saya, bila saya da habis tengok siri ni, tergerak hati saya memikirkan tentang bagaimanakah nasib dua orang pengarah yang menghasilkan siri ni.. Masih hidupkah mereka kerana mendedahkan pelbagai kezaliman musuh2 Allah dan pastinya mereka diburu? Memang saya tabik springgggg kepada Noreaga dan Archenair yang berani menghasilkan siri ini demi menyedarkan umat Islam yang makin hanyut didunia akhir zaman ni..

Saya ada juga mendapat berita daripada para sahabat bahawa siri yang telah berusia hampir 2 tahun ini sudah di"banned" pengeluarannya di YouTube.. Mungkin masih ada siri yang dipaparkan di youtube tapi tidak secara keseluruhannya.. 

Mula-mula saya tonton siri ni, serius cakap otak rasa berat sangat sebab maklumat-maklumat yang cuba disampaikan adalah serius dan tak berapa boleh nak diterima akalsaya dalam masa yang singkat..

Tapi bila da tonton episod2 yang seterusnya, WAH!!! Terus berkobar semangat saya untuk mengikuti siri ni.. Ia memang sarat dengan kejutan dan kesemua maklumat yang disampaikan adalah berkenaan dengan kehidupan seharian kita..

Pada simpanan saya, siri ini ada 50 episod dan saya amatlah berbesar hati kepada sesiapa saja yang mahukan siri ni bolehlah hantarkan emel pada saya atau comment saja entry ni k.. ni emel address saya 
ifti_aqilah@yaoo.com.. Saya amatlah berlapang dada untuk membantu kedua-dua pengarah ni yang mengharapkan siri pendedahan mereka ni tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan ditonton oleh semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi kita UMAT ISLAM..Jangan takut dan jangan sedih! Allah bersama kita semua! =)

Satu pesanan daripada saya.. Apabila kalian menonton siri ini, mungkin terlintas di hati kecil untuk tidak mempercayai secara bulat tentang maklumat-maklumat yang disampaikan oleh pengarah-pengarah siri ini.. Tetapi yakinlah ada diri anda sendiri untuk terus membuka minda membongkar lebih terperinci tentang apa yang disampaikan mereka supaya kita sendiri yakin dan pasti tentang mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh dua orang pengarah muda yang beragama Islam ini.. 

Penyampaian seseorang itu tidak semestinya betul keseluruhannya dan ia juga tidak semestinya salah secara keseluruhannya.. Kita harus mengkaji lebih dalam tentang perkara tersebut dan janganlah berburuk sangka k.. Pilihan terletak pada tangan kita, so make the right choice k! =)

Sama-sama kita berjihad membela agama suci Allah yakni agama Islam k!! =)



wassalam,,
nurislamfiqalbi,,



Thursday, December 16, 2010

VeRsUs.. VeRsUs.. =)

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Sejuknya,, hujan lebat pulak kat luar ni.. And then sekelip mata je hujan yang lebat ya amat tadi tu berhenti..
Subhanallah,, Semuanya kuasa DIA kan,,

HuHu-----



Actually hati sedang bersyukur dan 'gumbira' baru saja habis baca novel "VERSUS" yang menjadi kegilaan remaja masa kini tu..

Sebenarnya tak pernah terfikir pun nak baca, tapi atas sokongan, sogokan, desakan, pertolongan dan dorongan dua orang sis tersayang saya ni, alamat nye kene la baca jugak..

Asma said, " akak, i beg u.. baca la novel tu.. Paling best time diorang nak change for good.. tak rugi baca.. Mana ada lagho nye pon"..

huhu,, Cukup beriya dan penuh semangat nak suruh saya baca novel ni..

Nafisah said," Da banyak kali khatam, tapi still baca lagi ni.. Sebab memang suka and banyak terkena kat diri sendiri.. =) Its about budak skate yag nak berubah.. huhuhu,, memang perit nak berubah ke arah yang lebih baik kan.. hidup dan muda sekali cuma, sanggup biarkan tanpa redhaNYA? akak try la baca.. cerita dia ok.. Seriuosly speeking buku ni left giga impact kat hati"..

huhu.. Kata2 yang penuh dengan semangat yang berkobar untuk meyakinkan saya..

credit to Saidah Nafisah and Asma', thanks dek.. Akak da habis baca dah and memang banyak point yang disampaikan CIK HLOVATE ni terkena kat batang hidung sendiri.. huhu.. Uhibbukum Fillah hatta ilal jannah.. amin..

Terima kasih juga buat kak sedara saya yang sudi pnjamkan novel ni,, Thank k.yong Izra.. =)



Alhamdulillah.. Macam-macam pengajaran yang saya dapat.. Especially tentang hati yang ingin berhijrah kearah kebaikan.. Elemen2 yang disentuh dalam novel ni betul memberi impak kat hati ni..

Yang paling terkena sekali bila penulis tekankan tentang gaya hidup seorang muslim yang sekadar menghayati Islam itu hanya pada nama.. Walhal Islam itu sendiri pada dasarnya adalah cara hidup yang paling sempurna..

Kita solat, tapi tidak menghayati makna2 surah yang kita baca.. Disebutkan didalam Al-quran bahawa "sesungguhnya solat itu mencegah perkara keji dan mungkar". Semuanya bermula dengan solat kita kan.. Insya'Allah kalau solat kita khusyu', tertib nya terjaga, amalan seharian kita juga pasti kan terjaga dan terpelihara daripada maksiat dan kemungkaran.. Moga2 solat kita diterimaNYA k.. Insya'Allah..


So, tindakan susulan yang saya nak buat adalah fahamkan makna2 semua surah yang kita baca. Even kita tak berapa nak mampu untuk hafal surah2 yang panjang, at least tingkatkan lagi usaha kita untuk hafal makna2 surah yang terkandung dalam Muqaddam yakni 30 surah yang terakhir..



Islam itu mudah, cuma kita yang kusutkan fikiran sehingga ada yang beranggapan ajaran Islam itu susah dan menyesakkan kehidupan..

So, from now on let us make a move!! =)

Sebelum saya terlupa, nak wish semua umat Islam seluruh dunia, SALAM 10 MUHARRAM,, puasa sunat tak hari ni? huhu,, tak pe, bagi yang tak boleh tu, Insya'Allah sama2 kita doakan ada kesempatan untuk dapat lagi jumpa 10 Muharram ni k.. Jom kita sama2 rajinkan diri untuk berpuasa sunat! Impaknya, hati kita tenang, fikiran tak kusut, ibadah bertambah, pahala ikhlas meningkat and duit pon jimat juga.. =)

k la.. Zohor pon da nak menjengah.. Jom solat ramai2 ye..
segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu pula turut datang dariNYA tetapi melalui kelemahan diri insan kerdil ini..



Salam ukhwah fillah! =)

wassalam,,
nurislamfiqalbi..

Wednesday, December 15, 2010

.::UjiAn ItU TaNdA KaSiHNYA::.

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, saya mulakan bicara..



Alhamdulillah,, saya baru saja sudah berborak dengan soerang sahabat tercinta melalui telefon.. Syukur, khabar dari nya baik-baik sahaja.. =)

Tiba-tiba dia minta saya untuk bersabar dan tidak terkejut akan berita yang bakal disampaikannya.. Saya terkedu seketika.. =(

Rupa-rupanya kesihatannya terganggu dan memerlukan rawatan pembedahan dengan segera.. Bagai nak luruh jantung ni saat mendengar khabaran tersebut.. Nak ditangis pada ketika itu, takut pula dia akan bergundah gulana.. Sambil tersenyum saya cuba berikan kata-kata semangat buat dirinya..

Insya'Allah pada jam 3 petang ni dia akan berangkat ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutkan.. Hati terasa mahu saja berada di sisinya untuk memberikan sokongan, namun apakan daya jarak memisahkan segalanya..

Buatmu sahabat tersayang,
Kau pinta agar aku senyapkan khabaran ini..
Namun aku tak terdaya..
Aku mengharapkan agar umat Islam semuanya dapat sama-sama berdoa buatmu..
 Tak tertanggung airmata ini membiarkan dirimu menderita..
Aku bersama sahabat-sahabat yang lain pasti akan mendoakan yang terbaik untukmu.. 
Sungguh kesembuhan dariNYA buatmu amatlah ku harapkan..
Biarpun ujian ini cukup berat buatmu..
Ketahuilah bahawa insan ini tidak akan pernah berhenti berdoa buatmu..
Kerana kasih sayang di antara kita ini,
Benar-benar terjalin kerana redhaNYA..
Jangan takut ya ukhti..
Sungguh DIA ada bersamamu..
Dan kau turut takkan merasakan dirimu keseorangan..
Kerana doa para sahabat akan sentiasa mengiringimu..
Sahabat tersayang..
Yakinlah bahawa ujian ini adalah tanda kasihNYA padamu..
Kerana kau adalah insan terpilih..
Aku mendoakan yang terbaik buatmu..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

Cepat-cepat sembuh ye =)


wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

.::MuHaSaBaH BuAt DiRiKu::.

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah wa syukur lillah,,
Sepasang mata masih mampu celik dan melihat kekuasaanNYA,,
Sepasang telinga masih mampu untuk mendengar seruanNYA,,
Sepasang tangan masih mampu untuk melaksanakan tugas sebagai dai'e membela agamaNYA,,
Segumpal darah bernama hati masih mampu bertaut pada cintaNYA,,
Masakan hamba mampu meraih kesemua nikmat ini tanpa izinMU,,
sungguh hamba mensyukuri segala sesuatu yang kau berikan dalam hidup ini..






Alhamdulillah,, saya baru saja sudah 'ber'blogwalking' sebentar tadi..=) Dari satu blog ke satu blog para sahabat dan kenalan saya jelajah,, =) nak timba ilmu yang masih kosong di dada ni,,

Dan syukur sangat macam2 yang saya belajar dengan aktiviti ni tadi,,
Salah satu ilmu yang saya dapar malam ni adalah tentang solat sunat istikharah di blog ukhti insyirah:: http://niqobgirl.blogspot.com.. syukran ya ukhti..

Perkongsian yang disampaikannya amatlah bermanfaat dan berguna untuk kita semua,, =)

Kemudian saya jelajah lagi ke blog2 yang lain..
Jelajah punya jelajah........
Saya tersinggah di blog junior saya.. Mulanya saya tak percaya itu dia, tapi....( Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu)

Bukan niat dihati untuk menghina, jauh sekali mencela dirimu ya ukhti..
Namun rasa kasih di hati ini terpanggil untuk memuhasabahkan diri ini dan juga dirimu..


Tak tertanggung rasa sebak di hati, mutiara yang bertakung ini tidak lagi mampu untuk ditahan.. Lalu dibiarkan saja ia mengalir dengan rasa hati yang sarat dengan keinsafan..

Sebagai seorang hamba Allah yang digelarkan "INSAN", kita sering saja lupa akan suruhan dan laranganNya.. Saban hari kita didedahkan dengan ideologi2 barat yang mampu merosakkan akidah kita.. Tidak dinafikan sesetengah manusia itu memerlukan hiburan dan bersosial untuk "memeriahkan" lagi jalan hidup mereka.. Namun wahai sahabiah yang tersayang, jangan biarkan nafsu menjadi RAJA!! Pelbagai cara hidup yang dianjurkan oleh agama Islam untuk membuatkan hidup seseorang itu lebih meriah malah lebih terang sinarnya..

Benarlah andai seseorang itu berkata terdapat pelbagai dugaan dan halangan yangg dilalui andai benar-benar mahu mengamalkan cara hidup sebagai MUKMIN SEJATI.. Namun sedarkah kita masakan terlalu mudah untuk Allah menyerahkan Jannahnya kepada kita tanpa sebarang ujian dan cabaran disandarkan pada diri kita??

Makin kita mendekatiNYA, makin iman kita diuji.. Makin kita banyak berdoa, makin banyak ujian yang menimpa.. Pernahkah kita berfikir sejenak mengapa hal ini berlaku sedemikian rupa?

Ia adalah kerana segala yang kita pinta, belum tentu DIA akan memberikannya dengan kadar yang segera.. Tetapi ia akan diperoleh apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberiNYA.. Kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu, sebaliknya DIA akan memberi apa yang kita perlu...

Mahukah kita melihat Islam itu lenyap dimamah dan ditelan zaman?? Pasti kita tidak mahu bukan.. Saya yakin dan percaya setiap diantara kita hati kecilnya pasti akan berbisik dan berhajatkan akan perubahan.. Cuma langkah kita terkadang ianya tersasar jauh dari landasan syariat..

Ayuh kita bermuhasabah, sucikan hati, tenangkan jiwa dengan berfikir sejenak akan segala pemberianNYA dalam hidup kita.. Masakan kita mahu berpecah belah sesama kita dan melihat Islam itu dihinjak-hinjak musuh? Mahukah kita kelihatan lemah dihadapan musuh Islam? Mampukah kita mengelak daripada segala fitnah lemparan "Al-massih Dajjal"? Andai dengan mengamalkan gaya hidup yang dianjurkan musuh Islam, mampukah kita berdiri sebaris dengan angkatan tentera Imam Mahdi kelak? Mampukah kita??


Apa yang saya cuba kongsikan ini datangnya ikhlas dari lubuk hati yang mahukan sahabiah semua serta diri saya sendiri untuk sedar akan kekejaman dan kezaliman yang kita sendiri perlakukan terhadap agama kita yakni Islam yang suci disisi Allah s.w.t.. Fitrahnya Islam itu suci dan menjadi gaya hidup bagi makhluk sekalian alam, namun kita para penganutnya yang melemparkan FITNAH terhadap agama suci ini..

Jangan kita biarkan Islam itu sekadar indah pada namanya, tapi biarlah ia kelihatan cantik dan berseri pada maksudnya.. Ayuh kita bersama-sama lakuka perubahan.. Andai mahu berubah, janganlah bertangguh dan elakkan lah daripada memberi 1001 alasan yang mampu memakan diri kita..

Biarpun hijrah kita untuk menegakkan agama suciNYA ini kelihatan sukar dan payah, mohonlah padaNYA akan kita diberikan kekuatan yang maksima untuk menanganinya,,

Sungguh Allah itu ada bersama orang-orang yang memperjuangkan agamaNYA,,



wassalam,,
nurislamfiqalbi,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...