Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Alhamdulillah,, wa syukur lillah...
syukur ke hadrat Illahi,
atas nikmat Iman dan Islam yang diberikanNya..
=)=)=)...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Cuti dah bermula.. almost 5 month pulak tu..
Konfius nak buat apa..
Alhamdulillah diberiNya peluang untuk join
aktiviti-aktiviti ilmiah.. amin.... =)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Risau jugak cuti lama-lama ni.. =(
usrah dah tak kerap..
pengisian diri pon kurang..
diri sendiri pon lemah..
Syukur ada sahabat yang tak putus-putus mengingatkan...=)
Syukran enti, my becoming jannahmate.. =)
Insya'Allah..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Dalam kehidupan ni ada pasang surutnya..
Macam air di lautan...
Ada pasang surutnya..
Dalam kehidupan ada tingi rendahnya..
Terkadang di atas, terkadang di bawah..
Seperti putaran roda..
Sekejap di atas, sekejap di bawah..
kadang-kadang kita rasa kehidupan kita
dah cukup susah sangat..
Tanpa kita sedari, ada insan yang lebih
menderita berbanding kita..
=(
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Ana sendiri pun, terkadang rasa macam berat
sangat ujian yang Allah bagi..
Diri rasa down, rasa cam tiada yang faham kita..
rasa nak lari dari masalah yang datang..
Tanpa ana sedari, lari daripada masalah bukan
satu jalan penyelesaian..
tapi hanya menambahkan kemudaratan..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Ada pelbagai cara yang disarankan Islam untuk
menyelesaikan sesuatu masalah..
Amat mudah langkah-langkahnya..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
PERTAMA!!
1) Biasakan diri kita dalam keadaan berwudhu'..
Jiwa kita pasti akan menjadi lebih tenang
jika kita biasakan diri dalam keadaan berwudhu'..
"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan
dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya,
menyapu kepalanya dan kedua telinga,
lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib,
maka dosanya diampuni pada hari itu.
Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan,
menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga,
yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya
terjerumus ke dalam keburukan."
(H.R Ahamad dari Abu Umamah)
Sungguh wudhu' itu mampu memelihara diri kita
dari terus terjerumus ke dalam kancah keburukan dan kebinasaan..=)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
KEDUA!
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Jadikanlah al-quran teman yang paling
akrab dalam kehidupan kita..
Kadang-kadang kita rasa tiada masa
untuk membaca Al-quran..
Hari-hari kita saban sibuk dengan aktiviti
harian yang berunsurkan keduniaan..
Sedangkan Al-Quran begitu dekat
dengan kita..
Apa gunanya disimpan saja Al-Quran
yang cantik itu didalm almari kaca,
seterusnya dibiarkan usang..
Allahuakhbar..
jangan biarakan kita dilaknat Al-Quran
di hari kebangkitan kelak... nauzubillah min zalik..
Mudah saja kita nak mencari masa..
Bacalah Al-Quran secara kensisten setiap kali
selepas selesai kita tunaikan solat 5 waktu,,
Jika terlalu sibuk, satu helai muka surat sudah
memadai..
Cuma jangan biarkan Al-Quran itu langsung
tidak dibaca..
Kita sama-sama cuba k!!
Allah itu melihat pada usaha kita, bukan pada hasilnya..=)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
KETIGA!
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh
memperkasakan lagi amal ibadat kita sehari-hari...
Antaranya, dengan mendirikan solat sunat...
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih
adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam...
Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan
dan kekuatan daripada Allah....
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
KEEMPAT!
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain
daripada-Nya...
Ini bererti kita disuruh berdoa hanya
kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan...
Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya,
ketika waktu azan dan iqamah...
Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap
hamba-Nya yang benar-benar ikhlas....
Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan
datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh...
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping
berdoa hanya kepada Allah yang Esa...
LET'S TRY OUR BEST K!
=)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
KELIMA!
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas
daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup...
Semuanya itu adalah ujian daripada
Allah yang Berkuasa bertujuan menguji
keimanan kita sebagai hamba Allah...
Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan
Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita...
Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada
hikmah di sebalik kejadian itu.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
KEENAM!
6) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain"
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami
bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding
orang lain...
Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam
pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas...
Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh
dengan senyuman...
Kesimpulan tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi...
Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan
dapat diselesaikan dengan jayanya...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Nah, ada pelbagai cara yang disarankan oleh agama kita
untuk handle masalah kan.. =)
Islam itu cantik.. malah agama yang tercantik di atas muka bumi Allah ni..
Apapun masalah yang datang dalam hidup kita,
semua itu kerana kita seorang KHALIFAH..
Seorang KHALIFAH pasti takkan lari daripada ujian dari Allah,
untuk menaikkan darjatnya di sisi Allah dan makhluk sekalian alam..
Ingat, jangan pandang sesuatu masalah atau ujian itu sebagai musibah
yang menjatuhkan,,,
Tapi pandanglah ia sebagai kurniaan Allah untuk memuliakan
seorang insan..=)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Akhir kalam, maaf dipinta daripada semua readers andaikata
tersalah bicara dan tutur kata k!!
Aasif untuk semuanya!!! =)
Illal liqa' wa maas-salamah!! =)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
nurislamfiqalbi....