Followers

Wednesday, May 26, 2010

,,ToKoH PeJuAnG IsLaM,,


Bismillahhirrahmanirrahim,,
dengan namaMu ak mulakan bicara,,

Assalamualaikum wat semua readers n followers,,
post kali ni saya nak kongsikan tentang salah seorang tokoh pejuang Islam yg tersohor di abad moden ni,,
pertama kali saya baca tentang tokoh ni adalah daripada buku " TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD MODEN" yg dikarang oleh Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor,, saya berharap sangat dengan coretan tentang tokoh agung ni dapat memberi kesedaran,keinsafan serta menaikkan semangat jihad saya dan para sahabat sekalian untuk terus memartabatkan Islam di atas muka bumi Allah ini,,

Tokoh Gerakan Islam yg saya nak kongsikan ni ialah " DR. ABDULLAH AZZAM-MUJAHID IKHWAN MUSLIMIN YG RINDUKAN SYAHID",,

Latar belakang peribadi- " saya tidak akan meninggalkan jihad kecuali dengan tiga alasan. pertama, saya terbunuh di Afghanistan. kedua, saya terbunuh di Peshawar. ketiga saya  keluar dari Afghanistan dengan kedua tangan saya digari."(As-Syahid Dr. Abdullah Azzam)

"sesungguhnya kecintaan kepada jihad telah menguasai kehidupan, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku."

"mereka yang memasang cita-cita tinggi untuk melihat kemenangan Islam tanpa membuat apa-apa persediaan adalah mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya."
"sesungguhnya membiarkan ummat Islam disembelih di atas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata, " la haula wala quwwata illa billah" atau hanya dengan mengucapkan " innalillahi wa inna ilaihi rajiu'n" dan hanya melepaskan geram di tangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut, hanyalah satu kepura-puraan terhadap agama Allah dan satu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri di segenap sudut."

"aku tidak nampak apa-apa perbezaan di antara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (jihad) dengan mereka yang meninggalkan sembahyang,puasa dan zakat."

" barangsiapa yang bertemu dengan Allah (mati) tanpa senjata di tangan mereka maka sesungguhnya mereka bertemu dengan Allah dengan keadaan berdosa kerana meninggalkan yang Qital melainkan mereka yang di dalam uzur syar'iae."
" aku melihat bahawa mereka yang diampunkan oleh Allah s.w.t sekiranya meninggalkan jihad hanyalah; orang buta, orang cacat, orang sakit, dan orang-orang yang lemah (mustad'afin) samada mereka daripada kalangan lelaki mahupun perempuan ataupun kanak-kanak di mana mereka tidak mampu untuk berjihad dan tidak ada jalan langsung untuk menunaikannya."

"wahai kaum muslimin,
kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian adalah terhasil daripada jihad, dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

wahai para pendakwah,
tiada berharga kalian berpanas cahaya matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menghadapi golongan taghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang yang zalim yang semakin bermaharajalela."

(as-syahid dr. abdullah azzam)

Kecintaannya kepada jihad dan mati syahid sangat membuncah dalam relung hatinya, bukan sekadar ilusi namun beliau telah mewakafkan dirinya untuk perjuangan Islam sehingga namanya telah disinonimkan dengan jihad membebaskan bumi Afghanistan. Itulah Dr. Abdullah Azzam yang memahat satu nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah dan gerakan Islam di rantau Arab.
Beliau lebih dikenali dengan nama Azzam, adalah seorang figur utama dalam perkembangan pergerakan Islam. Kesyahidannya telah ditangisi dan pelagai pihak telah tampil memberikan kesaksian mereka tentang Abdullah Azzam, antaranya Syeikh Fathi ar-Rifaie, seorang pemimpin Mujahidin Arab telah berucap dimajlis pengebumian as-Syahid dan anak-anaknya di kampung Pabby,Peshawar.

"..Dr. Abdullah Azzam sering berkata:" aku tidak akan meninggalkan jihad Islam di Afghanistan, melainkan setelah aku dibunuh". Allah Ta'ala benar-benar mengurniakan apa yang dicita-citakan oleh as-Syahid. Beliau sangat kasih sesama ummat Islam tanpa sebarabg taksub kepada mana-mana kumpulan atau jamaah."

Abdur-Rabbir Rasul Sayyaf, Amir Ittihad Islami Afghanistan dalam majlis yang sama juga telah turut berucap,
"... Tiadalah yang lebih kita ketahui mengenai as-Syahid melainkan keihklasannya. Beliau telah membuka mata dunia kepada kalimah 'jihad' dan memasukkan dakwah jihad ke dalam setiap rumah umat Islam. Mereka juga tidak mahu menjalankan hukum Allah telah memikirkan jalan untuk menghapuskan beliau. Namun saya yakin di atas nama Islam, cita-cita kita akan tercapai dengan izin Allah dan sesungguhnya pedang jihad akan menghancurkan berhala-berhala satu demi satu."

Syeikh Yunus Khalis, Amir Hizbul Islami Afghanistan, salah seorang teman baik Dr. Abdullah Azzam juga merakamkan kehebatan as-Syahid:

"...Pemergian As-Syahid janganlah melemahkan kita untuk bersatu dan menjauhi perpecahan sesama kita di dalam melaksanakan tugas jihad serta berhati-hatilah terhadap tindakan dan perancangan musuh yang benci kepada jihad."

Petikan ucapan Eng.Gulbuddin Hekmatyar, Amir Hizbul al-Islami Afghanistan di majlis memperingati as-Syahid Dr. Abdullah Azzam di markas Hizb al-Islami, Peshawar.

"... Kami mengganggap as-Syahid Dr. Abdullah Azzam sebagai pendakwah, mujahid dan komandan jihad bagi harakah Islamiyah. setelah pemergian beliau, apabila saya melihat pemuda-pemuda Arab di jalan-jalan raya Peshawar, saya merasakan seolah-olah mereka itu anak yatim yang kehilangan bapa."

Sejarah Pendidikan dan Masa Muda
 Syeikh Azzam lahir pada tahun 1941 di desa As-ba'ah Al-Hartiyeh,wilayah Jenin di sebelah barat Sungai Jordan. Bapanya adalah salah seorang mujahidin yang penting di Palestin yang sentiasa mendidik beliau untuk mencintai Islam dan mengambil berat akan Palestin. Abdullah Azzam semenjak kecil ditanam untuk solat berjemaah dimasjid kampungnya. 

Setelah menamatkan pendidikan awal dan lanjutan di kampungnya, dia melanjutkan pelajaran di Kolej Khadorri dekat kota Tulkarem, Palestin untuk mengambil jurusan pertanian peringkat diploma. Setelah menamatkan pengajian di situ, Syeikh Azzam bertugas sebagai seorang guru di perkampungan Adder, Jordan. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Syariah College di Universiti Damsyik, Syria bago memperolehi gelaran B.A pada tahun 1966.
Tahun 1967, pada Perang Enam Hari antara Mesir dan Israel, rejim Yahudi itu berjaya menakluki Tebing Barat, Syeikh Azzam kemudiannya berpindah ke Jordan untuk melibatkan diri dan bergabung dengan Ikhwanul Muslimin Palestin di sana. Beliau telah terlibat dengan beberapa pertempuran penting seperti pertempuran al-Massyru', dalam pertempuran ini seramai 63 orang Yahudi telah terbunuh, beliau juga telah memimpin beberapa pertempuran dalam tahun 1970. 

Syeikh Azzam kemudiannya berangkat ke Mesir untuk melanjutkan pengajian Islam di Universiti a-Azhar, Kaherah dan mendapat gelaran Master di bidang syariah.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru yang mengajar di Universiti Jordan di Amman dan pada tahun 1971, Syeikh Azzam kembali ke Universiti al-Azhar dan memperoleh PH.D dalam bidang Usul Fiqh pada tahun 1973. Pada tahun 1980 beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dan beliau juga pernah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad namun akhirnya meninggalkan jawatan itu untuk memberikan sepenuh masa kepada perjuangan jihad di Afghanistan. 

Beliau melangsungkan perkahwinan pada tahun 1965 dan dikurniakan lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan, mereka terdiri daripada Muhammad dan Ibrahim (masing-masing gugur syahid bersama bapa mereka pada usia 20 dan 15 tahun), Hanifah, Hamzah dan Mus'ab, sementara anak-anak perempuannya terdiri daripada Fatimah, Wafa' dan Sumaiyah. Tokoh ini telah membesarkan zuriatnya dengan suasana kecintaan kepada Islam dan mengutamakan perjuangan lebih daripada peribadi.

Tokoh Penggerak Jihad

Pada tahun 1980 beliau pindah ke Peshawar (Pakistan). Di sana beliau mendirikan Baitul Ansar, sebuah lembaga yang menghimpun bantuan untuk para mujahidin Afghanistan.

Beliau juga menerbitkan sebuah media Ummah Islam, menerusi majalah inilah ia membangkitkan kesedaran umat tentang jihad. Menurutnya, jihad di Afghanistan adalah tuntutan Islam dan menjadi tanggunggjawab umat Islam di seluruh dunia.

Seruannya itu tidak sia-sia. Jihad di Afghanistan berubah menjadi jihad universal yang diikuti oleh seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Pemuda-pemuda Islam dari seluruh dunia rasa terpanggil dengan fatwa-fatwa Abdullah Azzam, bergabung dengan para mujahidin Sfghanistan. Bukan sahaja dari rantau Sub Continent, Arab, Afrika bahkan negara-negara Asia termasuk pemuda Islam dari Malaysia yang memburu syahid seperti as-Syahid Abdul Samad ( Selangor), as-Syahid Fauzi Ismail ( Kedah).

Jihad di Afghanistan telah menjadikan Abdullah Azzam sebagai tokoh pergerakan jihad zaman ini. Beliau menjadi inspirasi dan idola para mujtahid. Beliau mengorbankan cara hidup mewah untuk bergulat bersama anak-anak muda dan menginspirasikan mereka tentang tanggunggjawab untuk membebaskan umat Islam daripada kezaliman.

Peranannya mengubah pemikiran umat Islam betapa pentingnya jihad di Afghanistan telah membuahkan hasil yang sangat mengagumkan. Soviet Union sebagai negara besar harus pulang dengan rasa malu, kerana tidak berhasil menakluki Afghanistan. Sepuluh tahun selepas penjajahan "Beruang Merah" terpaksa mengangkat kaki dihambat para mujahidin bahkan negara Komunis ini akhirnya berantakan. 

Abdullah Azzam telah berjaya meletakkan tuntutan jihad di hati kaum Muslimin. Penghargaannya terhadap jihad sangat besar. "Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun, 7 setengah tahun jihad di Afghanistan, 1 setengah tahun jihad di Palestin dan tahun-tahun yang selebihnya tidak bernilai apa-apa," katanya pada suatu masa dahulu.

Beliau tidak sunyi daripada menghadapi kritikan dan kata nista mulut manusia seperti setengah orang yang mengkritiknya yang meninggalkan Palestin, beliau menjawab tuduhan itu, "Demi Allah yang tidak ada sembahan selainNya,saya tidak mengaggap Afghanistan lebih mulia daripada Palestin dan saya juga tidak menganggap kota Kabul lebih berharga dari kota Khalil. Saya meninggalkan Palestin kerana di sana saya tidak boleh berdakwah seluasnya. Alasan lain ialah kerana orang-orang zalim di Palestin selalu menghalangi perjuangan dan mengusirku dari Palestin.Saya keluar dari Palestin adalah untuk mencari tempat sesuai untuk berjihad, demi Allah sesungguhnya bumi Palestin selalu berada di hati dan selalu menjadi perbincangan umat Islam."   

Beliau juga mengajak keluarganya memahami dan memiliki semangat yang sama dengan dirinya. Isterinya menjadi pengasuh anak-anak yatim dan pekerja sosial di Afghanistan. Isterinya sangat menjiwai erti jihad dan pengorbanan, sanggop berlanglangbuana ke mana sahaja demi berkongsi pahala jihad dengan suami tercinta. 

Komitmen Abdullah Azzam terhadap Islam sangat tinggi. Jihad sudah menjadi falsafah dan sinonim dengan hidupnya. Sampai akhir hayatnya beliau tetap menolak tawaran mengajar di beberapa universiti.

Beliau berjanji terus berjihad sampai titik darah penghabisan. Mati sebagai mujahid itu adalah cita-citanya, wajar pada masa hidupnya beliaulah tokoh rujukan umat dalam perkara jihad. Fatwa-fatwanya tentang jihad selalu dinanti-nantikan oleh segenap kaum muslimin.

Beliau pernah mengetuai barisan mujahidin Arab dalam perang Afghanistan-Soviet Union pada bulan Ramadhan 1407H/1987M. Pertempuran itu juga dikenali sebagai Jajih dan merupakan perang yang sangat sengit yang terpaksa dihadapi oleh tentera Rusia.

Abdullah Azzam merupakan tokoh yang sangat diminati oleh anak-anak muda yang datang berjihad di Afghanistan dan beliau juga bertanggungjawab di pejabat Pelayanan mujahidin. 

Wafatnya Seorang Pejuang 

Musuh Allah sentiasa merancang untuk menamatkan perjuangannya di bumi jihad Afghanistan, pelbagai konspirasi telah diatur. Beberapa kali Abdullah Azzam menerima ujian pembunuhan. Sampai akhirnya beliau dibunuh pada hari Jumaat, 24 November 1989.
Tiga buah bom yang sengaja dipasang di kawasan yang biasa dilalui Abdullah Azzam, meledak ketika sedang meletakkan keretanya untuk menunaikan solat Jum'at di Peshawar, Pakistan.

Syeikh Azzam bersama dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, meninggal serta merta di tempat kejadian. 

Kenderaan Abdullah Azzam hancur lebur. Anaknya Ibrahim, tercampak keluar 100 meter begitu juga dengan yang lainnya. Letupan yang berlaku sangat kuat sehingga memutuskan aliran elektrik di kawasan sekitarnya di mana dianggarkan bahan letupan berkuasa tinggi telah digunakan iaitu TNT 20 kilogram.

Tubuh mereka juga hancur. Namun keajaiban terjadi pada Syeikh Abdullah Azzam. Tubuhnya masih utuh bersandar pada sebuah tembok. Hanya sedikit darah yang mengalir dari bibirnya, darah beraroma kasturi telah memancarkan baunya. Dalam peristiwa itu juga terbunuh anak lelaki al-marhum Syeikh Tamim Adnani ( seorang perwira di Afghanisan).

Perjuangan Islam dan jihad di Afghanistan merasa kehilangan sebutir mutiara yang sangat berharga sebagaimana yang dikomentari oleh ramai pimpinan harakah Islam, antaranya Dr. Abdul Majid Zindani, seorang tokoh harakah Islam dari Yaman,"...saya mengucapkan 'tahniah' di atas syahidnya Dr. Abdullah Azzam. Saya tidak mahu mengucapkan 'takziah' kerana ketika seorang mujahidin Arab menemui syahid tempoh hari, beberapa orang sahabatnya pergi menemui bapanya di rumah. Salah seorang daripada mereka berkata," kami datang untuk mengucapkan takziah kepada pakcik atas pemergian anak pak cik ke rahmatulah..." Orang tua itu lantas menjawab:"...Tidak ... Hari ini bukan untuk kalian mengucapkan takziah. Tapi ucapan tahniah. Tidakkah Rasulullah saw pernah bersabda:" Orang yang mati syahid itu memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya ." Dia menyambung lagi katanya," Demi Allah dia tidak akan memulakan syafaat kepada orang melainkan bapanya. Oleh itu ucaplah tahniah kepadaku."

Begitulah rakaman perjuangan seorang pejuang yang telah mengabdikan dirinya pada jihad di Afghanistan, usaha gigih beliau untuk menyatukansaf Islam di medan Afghanistan sabgat dirasai, beliau merupakan mentor kepada pemuda-pemuda Arab yang sanggup meninggalkan bangku pengajian di universiti untuk sama-sama berada di 'universiti jihad'do Afghanistan. Perjuangan yang gigih ini akhirnya telah berjaya, tentera Rusia akhirnya terpaksa mengaku kalah di Afghanistan, bahkan negara komunis Rusia telah berantakan sepuluh tahun selepas mereka meninggalkan bumi Afghanistan...


Duhai sahabat sekalian,,
lihatlah betapa kasih dan cintanya seorang insan kerdil ini akan penciptanya,,
kematian langsung tidak dikhuatiri kerana mengidamkan syahid di medan jihad,,
ALLAHUAKHBAR!!!
Wahai pemuda dan pemudi Islam! Ayuh lah kita bangun semula demi memartabatkan agama Islam di atas muka bumi Allah ini! Yakinlah Allah sentiasa membela hambaNya yang teguh berdiri di atas jalan jihad yang benar! " LA TAGHOF WALA TAHZAN,,INNALAHHA MA'ANA!!" 


"HAYYA'2 YA RIJAL,
HAYYA BIL JIHAD"   



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...