Bismillahirahmanirrahim..,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Moga Allah sentiasa memayungi kita dengan rahmatNya yang melimpah ruah. Ameen.:)
Kat sini, ana nak berkongsi sedikit bab wasiat Imam kesayangan kita, Imam Asy-Syafie tentang 10 hak yang kita kene tunaikan..!!
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:"
1. Hak Diri -mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak Malaikat Maut -mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.
3. Hak Kubur -membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak Munkar dan Nakir -tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
5. Hak Mizan -menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak Sirat -membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. Hak Malik -banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
8. Hak Ridhwan -reda kepada Qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
9. Hak Rasulullah S.A.W -berselawat ke atasnya, berpegang dengan syari'atnya, bergantung dengan sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.
10. Hak Allah S.W.T -mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
Wallahu'alam.. Sama-samalah kita muhasabah diri dan mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Jangan berlengah..!!
Allah lihat pada USAHA, bukan HASILNYA.
Wassalam, nurimanfillah..:)
No comments:
Post a Comment