Followers

Sunday, June 10, 2012

.::NiaT BeRUkHuWaH::.

Dulunya aku bersahabat
Kerna ingin dihargai
Agar hidupku tidak sepi
Punya seseorang untuk menemani
Waktu suka duka dalam kehidupan ini
Namun saat sahabat itu tidak mampu
Aku menjadi marah pada dirinya dan adakala diriku
Lalu terjadi persengketaan di antara kami
Yang tidak mengubat malah mengeruhkan lagi
Ukhuwah yang terbina kononnya kerana Ilahi

Ternyata Allah itu memahami
Diketuknya pintu hati
Untukku segera kembali
Lalu ku betulkan niat
Bersahabat itu perlu
Tetapi hanya kerana Allah yang satu
Terikat atas dasar keimanan bukan kepentingan nafsu

Ya, ukhuwah ini akan terus teruji
Pasti lebih hebat dari apa yang dilalui
Cuma kepahitan kali ini
Aku yakin dan aku akui
Memberi seribu erti kebahagiaan yang abadi
Kerna kebergantunganku pada Yang Memegang Hati



Apa yang diharapkan daripada seseorang yang juga manusia?
Jika yang Maha Sempurna sentiasa ada. ^_^

Wallahu'alam, nurimanfillah :)






Thursday, June 7, 2012

.::MeReka daN meReka BerBeZa::.

Bicara jadi kaku.

Hati jadi buntu.

Tangisan menjadi sendu.

Mereka masih tidak faham Islam

Islam terus dibiar begitu.

Apakah kita di penghujung dunia?

Seperti buih-buih di lautan.

Ramai tetapi lemah.

Ramai tetapi berpecah belah.

Mementingkan diri dan duniawi.

Berjaya mereka yang durjana.

Dengan media yang berleluasa.

Melihat Islam diperolok-olokkan.

Oleh manusia yang mengaku Islam.

Tetapi jangan terlalu gembira.

Kerana semangat Islam tidak pernah pudar.

Dalam jiwa para pejuang kebenaran.

Mereka bermatlamatkan Allah.

Meneladani akhlak Rasulullah.

Berpegang pada Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Memilih untuk berjihad di jalanNya

Serta bercita-cita tinggi menuju syahid.

Mereka tidak pernah dikalahkan.

Bahkan sering mengalahkan.

Dan ketahuilah kegelapan tidak akan pernah mampu.

Menembusi cahaya keimanan dan ketaqwaan.

Yang selamanya hidup dalam hati mereka.



Jadilah seperti ini,,



jangan seperti,,


Apapun, pintu taubat Allah sentiasa terbuka, right?

wallahu'alam, nurimanfillah :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...