Followers

Thursday, June 7, 2012

.::MeReka daN meReka BerBeZa::.

Bicara jadi kaku.

Hati jadi buntu.

Tangisan menjadi sendu.

Mereka masih tidak faham Islam

Islam terus dibiar begitu.

Apakah kita di penghujung dunia?

Seperti buih-buih di lautan.

Ramai tetapi lemah.

Ramai tetapi berpecah belah.

Mementingkan diri dan duniawi.

Berjaya mereka yang durjana.

Dengan media yang berleluasa.

Melihat Islam diperolok-olokkan.

Oleh manusia yang mengaku Islam.

Tetapi jangan terlalu gembira.

Kerana semangat Islam tidak pernah pudar.

Dalam jiwa para pejuang kebenaran.

Mereka bermatlamatkan Allah.

Meneladani akhlak Rasulullah.

Berpegang pada Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Memilih untuk berjihad di jalanNya

Serta bercita-cita tinggi menuju syahid.

Mereka tidak pernah dikalahkan.

Bahkan sering mengalahkan.

Dan ketahuilah kegelapan tidak akan pernah mampu.

Menembusi cahaya keimanan dan ketaqwaan.

Yang selamanya hidup dalam hati mereka.



Jadilah seperti ini,,



jangan seperti,,


Apapun, pintu taubat Allah sentiasa terbuka, right?

wallahu'alam, nurimanfillah :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...