Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Pengasihani...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
..Luahan hati..
..................................
Ramai dari kalangan kita selalu tersasar dari kebergantungan kepada Allah..
Tidak yakin dengan janjiNya yang termaktub dalam kitab suci itu..
Selalu merasakan takut... Takut akan terputusnya punca rezeki yang belum pasti
berada di hadapan mata..
berada di hadapan mata..
Sehingga diri menjadi terlalu jauh.. Bahkan makin tersasar dari jalanNya..
Mengambil langkah selamat dengan memencilkan diri dalam perjuangan..
Samar-samar sahaja kewujudan, buah fikiran serta sumbangannya dalam bentuk apapun jua..
Bahkan diri tidak dikenali mana-mana penduduk langit dan bumi..
Adakah diri sehebat Uwais al-Qarni.. Yang sememangnya zuhud dan
menjadi sebutan para penduduk langit..
menjadi sebutan para penduduk langit..
Biarpun dirinya terlalu kecil di sisi manusia..
Entah mengapa terkadang diri merasakan hilangnya tarbiyah yang pernah diterima..
Apakah yang berbolak-balik didalam hati ini..
Terkadang wajah kelat dan lesu.. Merasakan diri ini belum cukup bersedia untuk melakukan
pengorbanan sehebat para sahabat baginda..
pengorbanan sehebat para sahabat baginda..
Apakah diri ini bersedia untuk korbankan nyawa, harta, masa dan segala-galanya untuk Sang
Pencipta dan AgamaNya demi meraih "Permata" yang dijanjikanNya?
Pencipta dan AgamaNya demi meraih "Permata" yang dijanjikanNya?
Duhai hati, aku mohon agar engkau bersedia....
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
No comments:
Post a Comment