Followers

Saturday, June 22, 2013

..............

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah 
Lg Maha Pengasihani...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Aku mulakan bicara dalam keadaan yang lemah..
Mungkin kerana tafsiranku salah...
Tak semua yang kita mahukan,
Akan kita perolehi..
Tak semua yang kita hajatkan,
Akan tertunai dengan sekelip mata..
Tak semua yang kita impikan,
Akan menjadi sesuatu yg nyata..

Mungkin kerana aku belum cukup baik,
Maka Allah melambatkan dahulu daripada tertunainya hajat hati..
Mungkin Dia mahu aku membuka langkah,
Untuk perbaiki segala kelemahan diri...


Monday, May 20, 2013

.:: AkU DaN KaMu::.

Aku Dan Kamu

Suatu hari,
Pastikan hadir,
Saat indah itu..

Pernah dahulu aku bermimpi,
Akan ketemu satu cinta,
Yang Dia berikan dalam hidupku..

Aku bersyukur padaMu Tuhan,
Kerna hadirkan engkau teman,
Ingin diriku berjuang denganmu..

Aku dan kamu,
Bersama-sama,
Di atas jalan ini,
Kita berdua,
Takkan berundur,
Hinggalah nyawa diambilNya..

Aku dan kamu, 
Satu sinergi,
Kala ku jatuh,
Kau ada di sisi,
Aku berdoa,
Semoga kita tetap bersama..

Aku dan kamu, 
Hingga akhirnya,
Teman setia.. 


(Lagu khas ana cipta untuk nurimanfillah, ^_^)
Ana ithar enti lillah!

nurislamfiqalbi..

Thursday, April 25, 2013

PEnaWaR HatiMu



Andai ternyata keinginanmu tidak selari dengan
keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkan
esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi
adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kamu mesti
tetap ikhlas. Kamu harus menerima semuanya
dengan senyuman yang mekar menguntum dan dengan
redha yang tidak terhitung.

Persiapkanlah hidupmu hanya untuk Allah.
Dialah tujuan hidup, malah sebaik-baik tujuan hidup. 
Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal dan tawassul untuk mencapai keredhaan Allah.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan 
milikmu. Kerana itu memang bukan untukmu.
Bersihkan hatimu, ikhlaskanlah hati dan redhalah
dengan ketentuanNya. Kerana kita ini adalah
sebenar-benar hamba. Jadilah hamba yang tahu
kenal diri, serta tahu bersyukur kepada Tuhannya.

-La Tahzan-
(Novel Stanza Cinta)

By Nurimanfillah.

Ingatlah bahawa di mana pun kau atau ke mana pun kau menghadap,
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar :')


Friday, March 15, 2013

.::ALLahu Ya RabBi::.

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah
lagi Maha Pengasihani...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Alhamdulillah...
Segala pujian yang tertinggi buatNya...
Allahurabbi,
Syukur yang teramat sangat hamba hamparkan,
Buat kasihMu yang sentiasa membajai hati..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

2012.........
Pelbagai warna...
Pelbagai kisah...
Pelbagai ujian..
Pelbagai badai...
=')
^^^^^^^^^^^^^

Namun hati tetap akan bersyukur,
Tetap akan terus kuat,
Tetap akan terus maju,
Tetap akan terus gigih,
Selagi mana izinMu sentiasa mendahului..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Salam mahabbah.. 
Dah bulan 3 dah..
Entry pertama for year 2013..
Lama sungguh ana tak update blog ni..
Aasif ye buat semua...
Atas kelemahan diri.. =')

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Sekarang macam-macam yang jadi..
Pergolakan dunia,
Pergolakan negara,
Pergolakan diri...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Kadang tu rasa tak tertanggung,
Dek semua ujian yang datang,
andai saat ni masih belum sampai Islam,
pasti rasional dalam diri akan hilang...

Syukur, ana dan antum punya Islam..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Ana mohon dengan rendah hati,
agar sahabat sahabiah semua 
dapat doakan sahabat ana, NURIMANFILLAH,
yang sedang ditimpa ujian yang agak berat..
Mohon doakan agar dia sentiasa kuat,
dan sentiasa tidak putus harapan dengan Allah..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tembakan doa kalian,
tak mampu ana balas dengan wang ringgit...
Namun jutaan SYUKRAN ana ucapkan,
kerana kalian lah saudara ana dunia akhirat..

Syukran..=')



nurislamfiqalbi.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...