Andai ternyata keinginanmu tidak selari dengan
keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkan
esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi
adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kamu mesti
tetap ikhlas. Kamu harus menerima semuanya
dengan senyuman yang mekar menguntum dan dengan
redha yang tidak terhitung.
Persiapkanlah hidupmu hanya untuk Allah.
Dialah tujuan hidup, malah sebaik-baik tujuan hidup.
Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal dan tawassul untuk mencapai keredhaan Allah.
Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan
milikmu. Kerana itu memang bukan untukmu.
Bersihkan hatimu, ikhlaskanlah hati dan redhalah
dengan ketentuanNya. Kerana kita ini adalah
sebenar-benar hamba. Jadilah hamba yang tahu
kenal diri, serta tahu bersyukur kepada Tuhannya.
-La Tahzan-
(Novel Stanza Cinta)
By Nurimanfillah.
Ingatlah bahawa di mana pun kau atau ke mana pun kau menghadap,
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar :')
No comments:
Post a Comment