Followers

Friday, November 4, 2011

.::ReSuLT oH ReSuLT::.

Bismillahirrahmanirrahim..,

Hari ni result exam dah keluar..,,
Alhamdulillah, sujud syukur pada Ilahi kerana keputusanNya yang terbaik. 
Tidak kisahlah gagal ke cemerlang, hanya Dia yang tahu yang terbaik buat kita..
Bila Dia bagi kita cemerlang, Dia nak uji sama ada kita bersyukur atau bangga, 
Bila Dia bagi kita gagal, Dia jugak nak uji sama ada kita redha atau sedih.. 
Kenapa ye..? 
Nombor boleh pengaruhi orang sampai macam tu skali.. dan huruf jugak. 
Tengok result ada banyak A buat orang rasa happy.. tengok banyak G atau E buat orang rasa down sampai nak terjun bangunan.. 
Macam tu jugak tengok markah 100% kita rasa nak senyum memanjang tapi tengok markah 15% kita rasa macam nak tanam kepala dalam tanah. 
Astaghfirullahal'azim..
Manusia, manusia..
Memang manusia jugaklah yang menetapkan piawaian tue..
Ana tak tipu, ana pun tak lari daripada semua perasaan tue.
Tak salah meletakkan piawaian seperti itu bahkan bagus sebab daripada situ kita boleh lihat prestasi kita..
Tapi janganlah mempertikaikan pulak keputusan yang kita dapat...
Atau membangga-banggakan diri sampai heboh satu kampung biar orang tahu kita ni hebat...
Cukuplah dengan mengucap Alhamdulillah..:)
Abah ana pernah cakap kita manusia ni kadang-kadang berada kat atas, kadang-kadang kat bawah..
Macam putaran roda...
Tapi majoriti manusia lebih suka pada berada kat atas.. sebab ape.? nampak gah di mata manusia. 
Sebaliknya jika kita berada di bawah, kita malu dan menyalahi takdir...
Kita takut orang pandang rendah pada kemampuan kita..
sehingga kita lupa pada pandangan Allah..
Siapalah kita untuk merungut dengan nikmat dan musibah yang Dia bagi..
Kita bukan tuan kat dunia ni.. Tapi cuma hamba...
Kita ni bukanlah apa-apa tanpaNya...

Ingatlah yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu...
Jika kita diuji dengan musibah atau sesuatu kesulitan atau perkara yang bukan kita harapkan, janganlah terlalu memikirkannya dan membiarkan diri terus dirundung kesedihan yang berpanjangan kerana keadaan itu cuma menjauhkan kita dengan Allah. Kita seolah-olah berkecil hati dengan "hadiah" daripadaNya. dan kita seolah-olah menggambarkan kepada semua tentang "kezaliman" yang Allah lakukan pada kita. Nauzubillahi min zalik.
Hanya dengan iman yang membolehkan kita bersikap adil dalam menghadapi kedua- duanya...
Jadi,, bersederhanalah ketika mendapat nikmat, dan bersederhanalah ketika menghadapi musibah...
Allah tidak memberi apa yang kamu inginkan, sebaliknya Allah memberi apa yang kamu perlukan...
Bukankah itu lebih baik..?
Sama-samalah muhasabah diri demi menggapai redha Ilahi..:)


Ketenangan itu milik hati-hati orang yang beriman..
agar bercambah benih hikmah dalam setiap perlakuan...
Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa...
Dan apabila ditimpa kesusahan, akan selalu ingat Allah...
Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya...
Pasti akan ada kemenangan yang menanti...

"...Ya Allah, andai kegagalan kami menjadi fitnah pada agamaMu..,
maka cemerlangkanlah kami dalam setiap perbuatan..,
Andai kejayaan kami membawa kami jauh daripada Islam.., 
maka engkaulah yang berhak menentukannya...,
Kerana kami mengimani apa yang kau takdirkan..,
Tiadalah sia-sia melainkan hikmah yang belum tersingkap nilainya..."








"Ya Allah, ikhlaskanlah hati hambamu ini dalam menjalani hidup seorang hamba..."

Wallahu'alam,,, Nurimanfillah...;)


Tuesday, November 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Post kali ini ana nak berkongsi tentang rahsia Yahudi yang mungkin ada dikalangan kita, umat Islam yang asih belum mengetahui tentang perkara ini. Post ni perkongsian daripada sahabat blogger ana.. http://jiwakitamerdeka.blogspot.com

Sebenarnya banyak perkara yang Yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya:

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding kita yang bercakap padanya di perut.

4)  McDonald di Israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian sila di internet.

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.

8) Di Palestin, penduduk Kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah Yahudi.

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan memanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak, presiden Mesir merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.


http://bloglistmalaysia.blogspot.com/2011/10/10-perkara-rahsia-israel-laknat.html

nuislamfiqalbi.. wassalam,,

Tuesday, October 25, 2011

.::MuTiArA KaTa IsLaM::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Perkongsian mutiara kata Islam buat semua..=)
Lisan yang di dorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman 
akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok 
didengar dan memancarkan kebenaran...


Menghairankan sekali, 
orang yang mencuci wajahnya berkali-kali setiap hari, 
tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali didalam setahun...

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi,
kerana disebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah,
yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata,
hanya jiwa yang beriman dalam meneguk maghrifatullah yang dapat merasakan betapa sucinya jiwa yang mahmudah...

Jadikanlah masa yang berlalu itu sebagai pengalaman dan pengajaran, 
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan soleh,
dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan sebaliknya teruslah berusaha untuk berubah kepada lebih baik dan sentiasa berdoa, bersabar dan solat...

Biar wajahmu tidak cantik di mata penghuni bumi,
tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit...

Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud:
orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan dirinya untuk menghadapi kematian...

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. (Saidina Ali Abi Talib)


wasssalam..
nurislamfiqalbi..

.::PeRjaLaNaNKu MeNuJu CaHaYa iTu::.


Aku kini terdampar di hutan kejahilan...
Jalan yang ku lalui makin suram...
Aku keseorangan...
Dimanakah aku...?

Saat aku terduduk meratapi nasib diri...
Aku melihat ada cahaya samar-samar kelihatan...
Aku cuba berlari menuju ke arah cahaya itu...
Namun aku gagal...
Aku rebah tersungkur di pertengahan jalan...

Sakitnya, pedihnya...
Pelbagai halangan memagari diriku...
Tetapi cahaya itu tetap bersinar...
Seolah-olah mengajak aku untuk ke sana...
Membawa aku keluar dari kekusutan ini...

Namun aku tidak berdaya...
Aku tidak ada kekuatan untuk melalui rintangan itu...
Aku cuma hanya mampu memandang...
Aku meneruskan kembali perjalananku...
Biarpun tanpa sebarang petunjuk...
Laluannya mudah untuk ku bergerak...
Aku tidak mengalami sedikit kesukaran pun di jalan ini...
Jalannya rata sekali...
Aku terus berjalan tanpa henti...
Hingga akhirnya aku sedar...
Aku semakin hilang arah tujuan...
Dan aku tersesat jauh...

Cahaya itu tetap di situ...
Setia menungguku...
Aku menjadi buntu pada keputusanku sendiri...
Apakah ini jalan yang terbaik buatku...
Atau sebaliknya...

Tiba-tiba hatiku berbicara...
Ya Allah, bantulah hambaMu ini...
Bimbinglah hambaMu ini menuju jalanMu...
Ternyata aku masih ada Dia...
Yang sentiasa bersamaku...
Sebaik-baik tempat pergantungan...
Yang selama ini aku lupakan...
Ampunilah hambaMu ini, Ya Rabbi...

Tanpaku sedar tangan kananku memegang sesuatu...
Ada kompas bernama Al-Quran..
Yang selama ini aku abaikan...
Tidak pernah sedikit pun aku memanfaatkannya...
Di setiap perjalanan hidupku sebelum ini...
Padahal itulah panduan jalan hidupku yg sebenar...

Dan cahaya itu...
Itulah cahaya Islam...
Yang tidak pernah pudar...
Biar ditelan zaman, dibawa arus kehidupan...
Ia tetap tegar memancarkan cahayanya...
Menanti para pejuangnya...

Wahai cahaya...
Nantikan aku di dalam keteranganmu...
Akan ku lalui jalan-jalan likumu dengan penawar kesabaran...
Hanya untuk mempertahankan sinaranmu...
daripada awan-awan rakus yang ingin menutupimu...
dan akulah salah seorang pejuangmu...


wassalam, nurimanfillah..:)

.::KiSaH SeoRaNg KRiSTiaN MasUK ISLaM::.

                      Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

                        Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

                        Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

                        "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."


                        Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Beramallah kerana Allah seikhlas hati. 
Tidak ada sedikit kerugian pun yang kamu perolehi.:)

wassalam, nurimanfillah..

Monday, October 24, 2011

.::SaTu Di HaTi::.


Pernah dahulu...
Aku dalam kegelapan...
Mencari secebis cahaya...
Dan kini dengan petunjukNya...
Ku menemukanmu dalam perjuangan...

Kau hadir di saat ku memerlukan...
Kau tiba di saat aku kecundang...
Kau menyeka air mata ku di pipi ini...
Kau sentiasa ada di hati ini...

Oh teman..,
Bukan mudah untukku membalas segalanya...
Kerna engkau seorang teman yang setia...
Di manakah kan ku cari pengganti...
Hanya engkau satu di hati...

Takdir Ilahi menemukan kita...
Mengajar erti perjuangan yang sukar...
Kau tak pernah lelah memberi sokongan...

Oh teman..,
Aku menyayangimu...


Created by Nurul Aqilah Hashim (my world and hereafter friend)
Wassalam, nurimanfillah..;)



Saturday, October 22, 2011

.::TuNaiKaN 10 HaK::.

Bismillahirahmanirrahim..,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Moga Allah sentiasa memayungi kita dengan rahmatNya yang melimpah ruah. Ameen.:)

Kat sini, ana nak berkongsi sedikit bab wasiat Imam kesayangan kita, Imam Asy-Syafie tentang 10 hak yang kita kene tunaikan..!!

Imam Syafie memberi wasiat,
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:"

1. Hak Diri -mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak Malaikat Maut -mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.

3. Hak Kubur -membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak Munkar dan Nakir -tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5. Hak Mizan -menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak Sirat -membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak Malik -banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak Ridhwan -reda kepada Qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

9. Hak Rasulullah S.A.W -berselawat ke atasnya, berpegang dengan syari'atnya, bergantung dengan sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.

10. Hak Allah S.W.T -mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

Wallahu'alam.. Sama-samalah kita muhasabah diri dan mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Jangan berlengah..!!
Allah lihat pada USAHA, bukan HASILNYA.

Wassalam, nurimanfillah..:)

Thursday, October 20, 2011

.::ONe MoRe EdiToR::.

Bismillahirahmanirrahim,

Segala pujian ana panjatkan pada Yang Maha Mendengar setiap isi hati hambaNya..
Yang Maha Melihat setiap perbuatan hambaNya..
dan Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya...
Dialah Allah, Tuhan satu-satunya.. 
dan tidak ada suatu pun yang tersembunyi dari pengetahuanNya...

Juga Selawat & Salam buat junjungan besar, Rasulullah S.A.W.
Kekasih Allah, Pemimpin Terulung Umat Islam..

*****

Alhamdulillah... atas keizinanNya,
ana diberi kesempatan untuk menulis melalui blog sahabat tersayang ana.
dan kini menjadi blog perkongsian kami..
syukran sahabat..
moga blog ini menjadi medium buat kami untuk menggapai redha Ilahi.:)

salam ukhuwah fillah buat antum semua..!!

"Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina dengan siraman kasih sayang...
Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya...
Maka Allah akan memberi...
Kekuatan sebagai ganti kelemahan...
Keamanan sebagai ganti ketakutan...
Dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.."
~kalam Dr. Yusof Al-Qardawi~

Subhanallah..!! Allah sebaik-baik tempat pergantungan..^^
wassalam, nurimanfillah.:)


*****

.::aL-QaRiNaiN::.

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..
Alhamdulillah.. wa syukur lillah..

Atas pinjaman nyawa buat jasad kami, atas pemberian akal untuk memimpin kehidupan kami, atas kurnian hidayah untuk meneguhkan iman yang berpaksi di hati kami, dan atas keizinan untuk bernafas dan berjuang menegakkan syariatMU di atas muka bumi ini.. 

Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w pemimpin ulung sekalian alam..

Atas pengorbanan dan perjuangan baginda serta para sahabat, Islam itu sampai kepada kita pada hari ini..

Sekali lagi rasa syukur ana panjatkan buat Allah s.w.t kerana memberi kesempatan pada diri ini untuk terus 'berblogging' dan insya'Allah atas tujuan dan niat yang betul.. Amiin..

Ok.. post ana kali ni lain sikit.. tak specific tentang dakwah tapi lebih kepada pengumuman dan pemberitahuan buat semua sahabiah yang tak putus-putus berkunjung ke blog ana ni.. syukran jazilan buat antum semua.. =)

Mulai saat dan detik ini, blog ini yang dahulunya dikelola oleh ana akan menjadi milik kepada dua insan, iaitu AL-QARINAIN.. 'dua sahabat yang terikat' akan mengambil alih segala urusan yang berkaitan dengan blog ni, senang kata ada dua editor, dan dua pemilik sah kepada blog kesayangan ana ni.. =)


Insya'ALLAH ana sendiri dan sahabat tersayang ana, Nurul Wahida bt Mohammad Asmady akan berusaha keras untuk update blog kami ni dengan bahan-bahan bacaan ilmiah dan apa sahaja bentuk tazkirah yang boleh dikongsi bersama buat sahabiah semua..

Sebarang teguran, penambah baikkan, dan apa jua bentuk perkongsian amatlah dialu-alukan kerana semua usaha itu akan menyempurnakan lagi mesej dakwah yang ingin disampaikan kepada semua pembaca..

Ana mendoakan agar usaha kami ini diredhai Allah s.w.t biarpun ianya kecil dan tidak seberapa jika ingin dibandingkan dengan jihad dan perjuangan muslim serta mukmin yang lain.. =) semoga Redha ALLAH bersama kita semua.. amiin =)

wassalam,, nurislamfiqalbi..

Saturday, August 27, 2011

.::PeMeRGiAnNya Di TanGiSi OleH HaTi-HaTi y MeRiNdUi::.

Bismillahirrahmanirahim,,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Assalamualaikum sahabat2 semua.. =)

Aasif sebab lama sangat menghilang dan menyepi.. dua bulan ana senyap dari dunia maya ni..

Sedar tak sedar, kita dah masuk malam ke 28 ramadhan 1432h.



Ramadhan kareem bakal meninggalkan kita. =( Sekejap saja rasanya hati ini dapat merasakan kemanisan Ramadhan ni..

Entah kenapa, hati kian sebak mengenangkan amalan-amalan yang tak seberapa ana laksanakan di bulan yang penuh rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka ini..

Kesungguhan dalam menggapai mardhatillah tidak berjaya ana laksanakan dengan sempurna.. =(  Tidak sehebat sembah si dia Muhammad buat Sang Pencipta yang Khaliq.. Allahuakhbar.. Kekecewaan meruntum di benak hati atas kelemahan diri dalam mencari dan menggapai CINTANYA yang satu dan istimewa..



Ya Allah,

sembah dan sujudku sebagai hamba hanya buatMu,

bibir ku merintih seiring mutiara jernih berjurai membasahi pipi,

doa qudus ku panjatkan tanda kesyukuran padaMu,

atas kesempatan dan peluang keemasan yang Kau berikan ini,

tiada lain yang ku harapkan melainkan redhaMu,

Kau hadirkan segenap keinsafan didalam hati ini untuk kembali padaMu,

Kau kurniakan hidayah agungmu tanda kasih yang satu,

yang teristimewa buat hambaMU yang ingin KAU pelihara kehidupannya..

Y a Rabbul Izzah,

ku utarakan kan juga hajat hati ini padaMu,

kerna tiada lagi kesanggupan untuk menanggung sebak di hati,

dengan rasa hina aku memohon padaMu Ya Allah,

Kau pertemukan lah aku dengan Ramadhan milikMu lagi,

agar aku mampu sujud dalam kesempurnaan yang satu,

aku amat merindui bulan tarbiyah itu,

dan aku pohon kau pertemukan aku dengannya..

Amin Ya Rabb..


wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...