Followers

Monday, May 9, 2011

.::BeRunTuNgLaH Mu'miN YaNg mEmPuNyAi TeMaN SeJaTi::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..



Alhamdulillah wa syukur lillah... Lama betul saya tak update blog ni.. =) Sejak kuliah dah start bulan Jan dulu, memang tak sempat nak update. Mashallah.. banyak tugasan dan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan..
sama seperti sahabiah sekalian, begitu jugalah kehidupan saya sebagai pelajar.. mungkin pengurusan masa saya masih belum cukup mantop untuk meletakkan aktiviti ber'blogging' ni dalam jadual seharian sebagai seorang pelajar.. Bila dah balik rumah, dan ada kelapangan, barulah diri ni berkesempatan untuk 'update' blog tercinta ni.. Harap-harapnya ada lagilah sahabat yang sudi nak berkongsi ilmu dengan saya yang serba kekurangan ni.. =)


Alhamdulillah cuti semester kali ni, saya berkesempatan untuk membelek dan ala-ala kaji sikit kitab "Bimbingan Mu'minin"  karangan Imam Al-Ghazali.



Insya'Allah ada satu sub topik dalam kitab ni yang saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.. " Pesan Alqamah Pada Anaknya untuk Mencari Sahabat".

Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya : Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :



  • Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang atau sebagainya, dia akan membantumu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  • Jika engkau berkata padanya, niscaya dia akan membenarkanmu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya dia akan membantumu.
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, niscaya dia akan lebih mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Nah. Mashallah..Hebat kan ciri-ciri yang Alqamah pesan kepada puteranya untuk mencari sahabat yang sejati. Untuk mendapatkan seorang sahabat yang mampu membimbing kita kearah kebaikan, kita sendiri perlulah terlebih dahulu memelihara akhlak dan sahsiah kita. Cara kita berkomunikasi, pendekatan yang kita bawa, cara kita jalinkan ukhwah dengan saudara yang baru dikenali, mashallah itu semua menjadi kayu ukur untuk kita kekalkan hubungan yang baik dengan sahabat kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:



 " Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga, ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti."

Sabdanya lagi :


" Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu, ialah orang yang paling terbaik pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri dan senang bermesra dan dimesrai."


Baginda bersabda lagi yang membawa maksud : 

" Seorang mu'min ialah orang yang senang bermesra dan dimesrai, dan tiada gunanya pada orang yang tidak tahu bermesra dan tidak suka dimesrai."


 Pernah dahulu seorang teman mengajukan satu soalan pada saya. "Pentingkah seorang sahabat sejati?" Jawapan saya,YA, OF COURSE! Mashallah, seorang sahabat itu cukup penting dalam hidup kita dan seorang sahabat yang sejati pasti takkan membiarkan kita jatuh ke lembah kehinaan. Jelas seorang sahabat itu mampu mengubah cara kita berfikir, tindakan yang bakal kita ambil bahkan hanya dengan satu ungkapan nasihat darinya mampu memberi impakyang hebat dalam hidup kita.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :

" Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang teman yang soleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu."

Allah s.w.t mengurniakan seorang sahabat yang soleh buat hamba-hambaNya tanda kasihNya dan DIA masih memelihara kita biarpun terkadang kita lalai dan leka dalam mengingatiNya. Subhanallah, Maha Suci Allah.. Inilah dia salah satu bukti kasihNya dengan mengurniakan kita seorang sahabat yang mengingatkan kita disaat terleka, menegur kita disaat keterlaluan, menyeka airmata kita disaat kita dirundung kesedihan dan kekecewaan, bahkan dia sanggup mengorbankan harta, masa, kudrat dan nyawanya dan berbesar hati  menghulurkan bantuan semampunya bersama-sama kita demi membela agama suci Allah yakni Islam. 

Sabda baginda:

" Tiadalah dua orang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai oleh Allah itu ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada sahabatnya."

So, pesanan buat diri ini dan readers semua, sayangilah sahabat-sahabat kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri k. Moga redha Allah bersama kita semua ye..AMIN..



wassalam..
nurislamfiqalbi..

5 comments:

SumaiyyahAbidah said...

Selamat kembali! hehe

Saya faham, masa tengah belajar memang tak ada masa nak fikir pasal blogging,

Hmmm... beruntunglah kalau Allah hantar sahabat yang dapat menegur salah silap kita. Tak semua mampu buat macam tu, termasuk saya.

Perkongsian yang menarik dan bermanfaat. Keep it up :)

ifti_siddiqi said...

Salam to SumaiyyahAbidah..

syukran ala ziarah ya ukhti.. =)

Syukur sangat-sangat kan Allah sayang pada kita semua.. DiilhamkanNya hidayah dan pedoman buat kita melalui sahabat-sahabat yang sentiasa berdamping dengan kita.

Alhamdulillah wa syukur lillah.. =)

Wardatul Baydh said...

Alhamdulillah..:)
Tanpa agama, manusia binasa.
Tanpa ilmu, manusia buta.
Tanpa iman, manusia sengsara.
Tanpa ukhuwah, manusia terseksa.

Adakalanya shbt mendidik kita dan adakalanya tanpa sedar kita mjadi contoh buat shbt. Hakikatnya kita saling melengkapi antara satu sama lain bukan saling mnguasai. Manisnya ukhuwah tidak terlihat pada kata-kata tp pada perbuatan yg lahir drpd hati.

Ya sodiqoti, ana uhibbuki fillah..!!!

ifti_siddiqi said...

salam to Wardatul Baydh..

sohih kalamuki ya ukhti..

manisnya ukhwah tu bila kita saling melengkapi antara satu sama lain kan. =)

wa ahidullah, an akuna mukhlisan..

wa ahidullah, an akuna wafiyan..

uhibbuki fillah aidan ya ukhti.. =)

HASNORWANI ... said...

slm..singgah n mohon amik gmbr disini ea... http://nikmatsyukur.blogspot.com/...izin follow gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...