Followers

Wednesday, June 30, 2010

*FoReVeR PaLeSTiNe*

Bismillahirahmanirrahim,,
semoga sahabat2 semua dapat menghayati lagu forever palestine ni,,
semoga kita semua berada dibawah lembayung rahmat Allah,,

,,SAMY YUSUF-FOREVER PALESTINE,,
Mother don't cry for me I am heading off to war
God almighty is my armour and sword
Palestine, Forever Palestine 

Children being killed for throwing stones in the sky
They say to their parents don't worry, God is on our side
Palestine, Forever Palestine 
Mother don't worry when they come for us at night
Surely they'll be sorry when God puts them right
Tell me why they're doing what was done to them
Don't they know that God is with the oppressed and needy
Perished were the nations that ruled through tyranny
Palestine, Forever Palestine
[ www.thenasheedlyrics.com ]

Children of Palestine are fighting for their lives
They say to their parents we know that Palestine is our right
They to say to their parents we'll fight for what is right
They say not to worry God is on our side
They say we'll die for Palestine
Palestine, Forever Palestine

nurislamfiqalbi,,

Tuesday, June 29, 2010

,,Cerpen: SeiNdAh DahUlu,,




Aku suka perasaan ketika di sekolah. Hening, ketika petang menyinsing, akan terasa damainya ketika senja menyapa.

Nurul Aiman. Sedap namanya, apatah lagi akhlaknya. Gadis yang sering aku kagumi dan pandang tinggi. Bukan gadis, muslimah sebetulnya. Aku selalu memerhati sikap dan perwatakan yang ada pada dirinya, dari jauh sudut di hati. Sikapnya yang tenang, tapi tegas dan berhikmah terhadap lelaki.

Wajahnya ayu lembut bertudung labuh menyentuh, menyerlah iman di dada. Sopan, terlalu sopan. Malah, tenang. Melihatnya kadang membuatkan aku terasa suka. Dalam hati, aku selalu menyimpan seribu perasaan.

Di hujung waktu persekolahan, aku beranikan diri. Aku tinggalkan secebis pesanan. Memercikkan warna perasaan bersama segunung harapan.

Balasnya,
"Majdi, cinta itu ungkapan yang penuh hikmah. Alangkah ruginya jika ia hanya layu di janji lemah. InsyaAllah, janji Allah senantiasa untukmu. Berharaplah, berdoalah.
Yang solehah itu untuk yang soleh.
Bersabarlah, tahan atas semua yang berpura-pura. Atas semua yang sementara. Jika itu yang terbaik, maka Allah akan bantu. Sampai sini, tinggalkan semua yang tak perlu. Terus, terus kejar demi yang satu. InsyaAllah, sampai jumpa lagi ya." 

Hingga satu saat, yang pasti akan sentiasa aku ingat. Waktu anugerah Allah diberi untuk dapat aku bertemu. Tanpa sengaja, tanpa diduga. Bersama temannya. Dia membicara perlahan.

"Majdi, insyaAllah.Nurul akan ke Amerika. Mengambil bidang ekonomi di sana. InsyaAllah, mengembangkan islam di sana. Doakanlah ya." Dia menutur perlahan.

"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?" Aku tertanya, hairan menerpa. Ingin tahu, amat ingin tahu.

Dia tersenyum.

"Tak mengapa. Di sana, ilmunya banyak. Di sana ilmunya hebat. Biarlah. InsyaAllah. Iman, Nurul akan cuba menjaga sebaiknya."

Waktu itu yang memang akan aku ingat. Sampai bila-bila.
*****************

Petang itu damai. Sedamai bunga yang asyik melambai. Sehingga aku kadang-kadang lalai melihat. Sungguh, Allah Maha Hebat.

Aku baru selesai membaca al-mathurat bersama rakan sepejabatku, Rahman di surau 
office. Dialah rakan seusrahku, dan dialah sahabat baikku. Alhamdulillah, bersamanya aku mudah untuk terus istiqamah membaca al-mathurat setiap hari.

"Majdi, jom makan!" Rahman mengajak.

"Isk, kamu ni. Asyik makan saja.." Aku menyakat. Ketawa sambil membetulkan blazer hitamku yang sedikit terkeluar. Blazer itu aku gandingkan dengan kopiah hitamku yang selalu aku pakai, sengaja cuba menampilkan imej muslim profesional.

"Haha. Nak buat macamana? Kan perlukan tenaga juga nanti nak buat kerja." Katanya sambil ketawa kecil.

Aku ketawa. Sudah sampai di sini rupanya perjalanan hidupku. Dari bertatih, hingga kini, di alam pekerjaan yang menuntutku berusaha gigih. Tak mengapa, umurku masih terlalu muda, kata orang, masih segak bila dipandang mata. Jika tidak kata orang, aku yang berkata begitu.
Village Muslim Cafe menjadi pilihan. Kopinya di situ memang enak. Terlalu enak malahan aku selalu terbuai, didodoi haruman baunya.

Aku melamunkan fikiran, berfikir tentang pelbagai perkara. Masa dulu, dan masa akan datang. Malah tanggungjawab yang semakin menebal. Biarlah, aku bahagia dengan semua ni. Cuma, kadang-kadang aku teringatkan seseuatu. Seseorang.

"Majdi.."

Sebuah suara yang amat ku kenal.

Amat-amat ku kenal.

Aku berpaling.

Tersenyum. Berdiri seorang wanita. Ayu, lembut perwatakannya. Dengan baju yang seakan gaun putih yang kembang di bawahnya, serta lipatan kain yang membentuk bunga yang amat kemas hingga ke hujung lengan, dia benar-benar kelihatan anggun bersama pakaian begitu.

Pakaian yang seakan-akan buatan Inggeris. Di tangannya tersemat beg bimbit berbunga merah berjalur putih krim, dia memegangnya dengan tangan ke hadapan.

Rambut lurusnya lembut menutupi telinga dan sebahagian muka. Kadang-kadang ditarik sedikit ke telinga saat disapa dan dibelai angin. Ayu.

Dia tersenyum manis. Amat manis.

Aku mengamati.

Dan rasa terus menerpa, meresap menjadi sendu.

Seakan tak percaya.

"Nurul.. Nurul Aiman..?"

"Ya, saya..." Dia membalas lembut.

Nurul tersenyum. Senyumannya bergula. Sama macam senyuman dia waktu aku kenal dahulu, sewaktu dia di sekolah 8 tahun lepas. Tapi kali ni lain. Senyuman dia berteman, ditemani dengan mahkota lurus rambutnya yang dirapikan. Seakan watak 
Apple dalam cerita 'Le Gardenie' yang pernah aku baca.

Aku berdiri, bangun dan menghadapnya, meraikan seorang yang sudah amat lama aku tidak jumpa. Sudah 8 tahun. Yang amat aku rindu sebenarnya.

Masing-masing terdiam.

"Ermm.. Awak apa khabar?" Nurul membuka bicara. Membuka ruang mesra.

"Err.. Alhamdulillah, saya baik. Awak?"

"Baik, Sihat alhamdulillah. Lama tak jumpa kan? Saya baru sampai ke Malaysia semalam.."

"Erm.." Aku mengangguk, tersenyum leret sedikit.

Terdiam lagi. Masing-masing kembali melayan perasaan. Aku pun tak tahu apa perasaan aku sebenarnya saat ini. Aku gembira sangat bila dapat bertemu, tapi aku juga seperti mahu mengalirkan air mata. Aku seperti terbayang wajahnya yang dahulu, dan dia yang di depan aku sekarang.

Nurul melihat jamnya.

"Majdi, saya minta diri dulu ya. Ada yang perlu diuruskan.." Dia berkata perlahan sambil menunduk, mengambil secebis kertas dan pen.

Menarik kembali rambut yang jatuh tersusun ke telinga.

"Ambil ni. Kita jumpa ya?" Dia menghulurkan.

"Minta diri, assalamu'alaikum..." Nurul menghadiahkan senyuman harapan, dan berpaling pergi.
"Restoran Zahrah
0.900 pm "

Aku melihatnya pergi. Berjalan penuh sopan dan berhati-hati. Aku terasa seperti mahu menghalangi waktu dari terus berjalan.

"Majdi?" Rahman memanggil, mematikan lamunan.

"Siapa tadi?"

"Owh, tak ada siapalah. Kawan lama je.. Nanti aku cerita ya.." Aku membalas, kemudian menghirup nafas dalam-dalam. Amat dalam.

Nurul Aiman...
**********



Pen 
Parker berwarna silver itu dipusing-pusingkan di atas buku kerja hitamnya. Membentuk alur tulisan yang kadang dia sendiri tak faham. Ntah apa yang dituliskan, Majdi pun tak tahu.

Dia sekarang berada di pantai Teluk Cempedak. Duduk melayan perasaan di atas kerusi kayu yang disediakan, di bawah pokok ru yang melindungi lembut. Menghadap laut yang berombak damai.

Majdi duduk termenung. Dia seakan ingin menangis, terlalu sebak dan sedih hatinya. Dia masih teringat Nurul yang satu ketika dahulu sopan manis dalam tudung labuhnya, langsung berubah kepada yang kini tetap anggun dan sopan, tapi dalam keadaan yang amat berbeza.

Dia masih tergamam, terkedu dengan apa yang berlaku hari ini. Hati nuraninya benar-benar sedih.

"Apakah yang menyebabkan dia berubah? Apakah pendirian dia yang dulu, aku amat kagum, sudah benar-benar bertukar..?" Fikirnya dalam hati.

Dia diam. Sengaja biarkan angin menderu, sekurang-kurangnya menghiburkan apa yang ada di jiwa.

"Kadang-kadang tak semua perkara yang kita suka, kita akan dapat Majdi.. " Rahman menyentuh bahunya perlahan, tersenyum.

Majdi mendongak.

"Rahman.." Majdi tersenyum. Rahman selalu begitu, hadir ketika sahabatnya berduka.

"Kerana itu kita tak boleh melepaskan ikatan kita bersama jemaah, bersama rakan-rakan, bersama ukhuwwah, bersama iman. Kadang-kadang, kita rasa diri kita kuat. Mampu untuk berdiri dengan sendiri. Tapi bila berseorangan, kita tak pernah mampu sebenarnya.."

Majdi tahu, Rahman merujuk kepada apa yang berlaku pada Nurul Aiman.

"Tapi, tak semestinya kita perlu berubah kan?" Majdi bertanya. Bertanya dalam hampa sebenarnya.

"Tak apa, bertanyalah, orang seperti mereka selalu rasa tak difahami. Dan kita selalunya tak mengetahui apa yang berlaku.. moga kita tak tak diuji seperti mereka.."

"Allah.. Tak pernah menguji hambaNya.. Melainkan mereka benar-benar mampu. Untuk kamu, dia, dan aku juga.." Perlahan Rahman mengulas lembut, memberikan satu keyakinan.

"Ya.." Majdi mengangguk faham, kemudian mengukir senyum perlahan. Dan malam ini, dia akan cuba sampaikan. Dari hatinya.
*********

Restoran Zahrah. Restoran tepi laut yang amat terkenal di Pahang. Bukan sahaja masakannya yang enak, malah susunan dan rekaan dalaman yang berjaya didekorasikan dengan amat baik sekali.

Meja-meja berwarna coklat keperangan di dalam restoran itu dihiaskan lagi dengan bekas kaca yang diletakkan di atasnya. Di dalam bekas kaca itu, terdapat coklat 
Forrero Rocher yang amat terkenal. Menambahkan lagi suasana dan rasa yang sedia ada.

Dan di hujung penjuru, kelihatan seorang wanita duduk menunggu. Dia mengenakan kemeja putih berlengan panjang berjenama Vincci, berlipat bunga di bahu dan leher. Dipadankan dengan skirt labuh hitam hingga ke bawah kaki. Wajahnya redup ditiup angin laut yang lalu dari tingkap yang sengaja dibuka.

Majdi masuk. Mencari-cari wajah yang dinantikannya. Nurul mengangkat tangannya yang gemalai, melambai perlahan.

"Silalah.." Nurul mempelawa mesra. Di sebelahnya di temani kakaknya. Juga berwajah hampir sepertinya, cuma kening lebih kecil dan dagu yang lebih runcing. Bertudung dan mengenakan kebaya berwarna krim cair.

Aku duduk, menghadap Nurul. Juga di sebelah tingkap yang terbuka. Di kejauhan, kelihatan bot-bot nelayan dan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

"Erm, akak pergi ambil angin di luar kejap ya.." Kakaknya bangun, menunduk meminta diri dan berjalan keluar.

Masing-masing diam.

"Dah lama kita tak jumpa kan? Dah 8 tahun? Macamana kehidupan awak? Ok?.." Dia membuka perbualan sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, beginilah.. Banyak benda yang dah berubah kan?"

Dia tertawa kecil.
" Everything is changed Majdi.."

"Tapi.."

"Tapi? "

"Tapi awak berubah terlalu banyak Nurul.."

"Erm.."

Nurul diam. Memalingkan wajah ke tingkap, melemparkan pandangan jauh ke laut. Amat jauh.
*********

"What are you doing with your frankly veil in this 'cold' class Nurul?"

Hahahaha!

Bederai satu kelas ketawa. Wajah Nurul menjadi merah menahan malu. Malu yang amat. Dan itulah dia di hari pertama kuliahnya di Universiti Califonia, Amerika Syarikat.

Begitu juga hari-hari berikutnya. Dia rasa semakin dipulaukan. Hanya kerana tudung yang dipakai. Pernah, dia cuba mencari teman meluahkan perasaan. Tapi apalah sangat yang dapat diluahkan jika semua kawan sepengajiannya dari Malaysia tidak ada yang bertudung.

"Ala, kau buka je lah. Mesti diorang senyap.."

"Erm, kau pun cantik. Kalau tak pakai tudung mesti lagi cantik.."

"Kita kat negara orang, bukan di Malaysia lagi.. Kena ikut cara orang lah.."

Dia menangis. Terasa berat keadaan yang menekan. Dengan kehidupan, dan perasaan yang tidak stabil. Pelajaran juga entah ke mana. Dia terngiang-ngiang kata-kata sahabatnya dulu.
"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?"

Dia seakan-akan masih terdengar persoalan itu di benaknya.Pernah dia berhasrat untuk berpindah universiti. Tapi mengenangkan ibu bapanya yang bersusah payah semasa dia memohon ke sini, dia cuba menabahkan diri.

Sendiri. Terasing.

Hingga satu hari, pernah dia berjumpa dengan seorang pensyarah di situ. Dengan tujuan ingin membuat rundingan atas subjek yang amat kurang difahaminya.

Tanpa memandang wajahnya, lecturernya berkata. Kasar.
"As long as you still with your veil.. I don't wanna speak with u.."

Nurul terkedu. Tak sangka hingga tahap ini dia diperlakukan. Tak tahu apa yang dibenci sangat hingga jadi diskriminasi sebegini.

Dia jadi lemah. Dia seakan sudah hilang arah. Dia menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar tertekan.

Amat-amat tertekan.

Dan esoknya..

Hadir seorang wanita, berambut lurus dan tersisir kemas. Memasuki kelas sambil melangkah malu..
***********

"Kembalilah kepada Nurul yang pernah saya kenal dahulu.."

Nurul berpaling, tersenyum lesu, memandang aku dalam-dalam, penuh makna.

"Ia tak semudah yang difikirkan Majdi.."

"Seandainya, saya dapat memutar masa kembali..."

Nurul mengeluh lesu.

"Awak masih ada masa, Nurul.." Aku tersenyum.

"Awak tahu Nurul. Wanita, ibarat coklat."

Majdi mengambil 
Ferrero Rocher di dalam bekas kaca di atas meja. Mengambil dua. Membuka satu. Plastik kuning keemasannya di buka sebaiknya.

"Coklat?"

"Ya, coklat. Coklat yang disimpan rapi. Terjaga. Yang senantiasa indah dan cantik dalam balutannya. Campaklah walau ia di manapun. Dan pasti, semua orang mengagumi dan menginginkannya..."

Majdi kemudiannya menjatuhkan keduanya ke lantai.

"Semakin ia berbalut, semakin ia terjaga. Dan seandainya diberi pilihan antara coklat yang sedia berbalut dengan coklat yang terbuka dan terjatuh. Pasti orang akan memilih.."

"Pasti orang memilih yang berbalut kan? Kerana yang terbuka itu sudah dicemari, sudah kotor, sudah tak berharga. Kan?" Nurul menjawab. Terus menunduk.

Riak wajahnya bertukar mendung.

"Dan saya adalah coklat yang kotor itu.." Wajahnya hampir menangis.

Aku tersenyum.

"Ya, mungkin orang akan pilih yang berbalut."

Aku kemudiannya mengambil coklat yang jatuh lalu kuletakkan di atas meja.

Aku tersenyum lagi.

"Tapi saya lain. Saya akan mengambil coklat yang lagi satu. Saya akan ambil dan saya akan basuh balik sebersih-bersihnya. Saya akan balut semula sekemas dan secantiknya. Dan selagi masih hidup, selagi punya masa. Saya akan menjaganya sebaik-baiknya sampai bila-bila.."

Nurul mengangkat kepala. Seakan tidak percaya.

Dan air mata pun mengalir..
nurislamfiqalbi

Friday, June 25, 2010

'.WaNiTa DaN NeRakA,'


ISLAM ITU INDAH
Empat Golongan Yang Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka.. 
Assalamualaikum wbt.
Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat
golongan
lelaki
bersamanya ke dalam neraka.

Na'uzubillah.
Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya
di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,
mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup
aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka
dia
akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan
kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang
alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik
oleh
isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke
pula
abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan
adiknya
di
akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram
dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat
kelak
nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah
di
akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API
NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak
lelaki anda, kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan
perintah
ALLAH
S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan
tertarik oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan
seseorang
muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim masuk syurga dan janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM AHLI SYURGA.

AMIN..... YA RABBALALAMIN. 



nurislamfiqalbi,,

Thursday, June 24, 2010

*Ya Allah*

Ya Allah... Ya Allah...

 
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan


Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku


Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu


Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku


Ya Allah... Ya Allah...

nurislamfiqalbi,,

Friday, June 18, 2010

,,DiA SaNg PenCinTa- Saidatina Khadijah,,


Hadith :
Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.”

(Bukhari)



Huraian

Rasulullah s.a.w memperisterikan saidatina Khadijah bukan kerana status sosialnya yang yang tinggi yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi adalah kerana sifat saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia. Saidatina Khadijah adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya. Ini terbukti ketika mana pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah, Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan bahawa baginda adalah seorang Nabi.



Wednesday, June 16, 2010

,,KiSaH iTu,,

Bismillahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA ak mulakan bicara,,

hujan renyai turun membasahi bumi,,
jiwa romantis la pulak,, =)
herm,, petang2 ni ditambah lak hujan renyai,, rasa sayu dan sepi je hati ni,,
dah la memang sensorang je duduk kat rumah nie,,
sedih la pulak,,
tadi ada mesej masuk,,
dari junior2 sekolah dulu,,
macam2 yang diorang tanya,, 
rindunya akak kat adek2 semua,,
entah dapat jumpa lagi ke tak,,
insya'Allah kalau iman kukuh, amalan teguh, jumpa di syurga lah kita andai diizinkanNYA,,amin,,

di bulan REJAB bulan baik ni,, rasa hina sangat diri ni dihadapan sang PENCIPTA,,
apa yang saya tahu, bulan REJAB ni bulan Allah,,
so tingkat2 kan lah amalan kita eh,, =)

bila terkenang je kenangan2 sekolah dulu, mula air mata nie nak mengalir,,
terkenangkan dosa2 lama,, terkenangkan jihad sama2 dengan kawan2 dulu,,
herm,, nak di jadikan cerita, saya yang sekarang ni jauh berbeza dengan saya yang dulu,,
dulu saya lagi banyak jahatnya dari saya yang sekarang,,
Allahuakhbar,, tuhan je yang tahu betapa hati ni menyesali kesilapan2 dulu,,
dari form1 sampai la form3, saya ni memang geng anti-pengawas,,
konon2 hebat sangat la geng ni dulu,,
tapi tak sedar yang peraturan sekolah tu selagi tak bercanggah dengan hukum ALLAH wajib dipatuhi,,
entah la mana silapnya didikan dan ajaran yang saya terima sejak kecil,,
cukup sempurna didikan dan kasih sayang yang mak n abah curahkan,,
cukup telus nasihat dan teguran yang dituturkan,,
entah mengapa saya masih tak sedar-sedar waktu tu,,
time form 1 banyak gaduh dengan kengkawan,,
gadoh sana, gaduh sini, gaduh situ,,
haih,, cam bebudak,, memang bebudak agi pun time tu,,
tapi Alhamdulillah Allah da tetapkan di Luh-Mahfuz untuk saya belajar sesuatu yang saya belum pernah dapat di smka ni,,
saya ni tak la tergolong dalam golongan2 student yang kene aim ngan cikgu2,, 
tapi tetap kene aim dengan ALLAH and malaikat yang duduk kat kiri kanan bahu ni,,
study malas,, asyik ngantok je,, entah bila nak berkat nya ilmu yang dapat kat skola,,
barang2 haram (barang yang dilarang bawa ke sekola ye) saya bawak,,
dengan scanner nya (time tu tak dak duit nak beli mp3,,hehe), novel la,,
apa entah lagi,, tapi macam2 la yang saya and member bawak dulu,,
siap sorok2 kat tempat rahsia lagi time pengawas buat spotcheck,,
mau tak takut kalau kantoi ngan diorang,,

bila PMR da dekat mula la cuak nak study,, takut orang ramai yang tak redha dengan kita,,
takut Allah tak makbulkan doa2,,
takut sangat kalau mak ngan abah kecewa,,
tu la,, awal2 tak nak study,, padan muka kat diri senirik la jugak,,
segala solat sunat suma la saya buat,,
sunat taubat, sunat qobliah ba'diyah, qiamullail dengan kengkawan lain,,
memang time tu kesedaran nak insaf tu cepat je menjengah hati ni,,
mula la nangis menyesal kenapa dari dulu lagi tak taubat,,
istighfar banyak2 time tu,,
hati mula redha,,
mungkin ini lah masa nya untuk berubah,,
"la yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
tidak ALLAH uji seseorang itu melainkan atas kemampuan nya sendiri,,
Allahuakhbar,, Allah masih sayang saya,, exam punya exam,,
hati cuak bagai nak gila, jawab jugak la suma soalan yang keluar,,
Alhamdulillah,, di hari ambil result PMR,, 
Allah kurniakan saya kejayaan setimpal dengan usaha saya,,
time tu rsa rendah diri and malu sangat kat Allah,, 
saya banyak sangat wat dosa n salah tapi Allah tetap mengizinkan saya untuk mencapai kejayaan,,
SUBHANALLAH,,betapa kasihnya Allah pada hambaNya,,

masuk form 4,, saya mula tanam azam baru,, 
tak nak langgar peraturan da,,
and Allah da tetapkan saya dilantik jadi prefect sekolah,,
haaaaaaaaa,, waktu tu baru la saya tau macam mana rasa nye
kene boikot dengan bebudak sekola,, sedih sangat time tu,,
bila form kita senirik tak nak bagi kerjasama,,
tapi Alhamdulillah bila ada peristiwa yang menimpa form kitorang,,
Allah satukan hati-hati kami,,
teguh bersama2,, tak abaikan satu sama lain,,
bila ada yang bermasalah, sama2 kami tolong and tunaikan hak sebagai kawan,,
Alhamdulillah saya dikurniakan sahabat2 yang cukup membuatkan diri ni semangat untuk belajar,,
dan pada masa yang sama saya diamanahkan menjadi naqibah untuk menjaga adik2 form 1 yang baru masuk sekolah ni,,
bayangkan la saya n sowang member kene jaga anak2 owang seramai 12 owang dalam dorm kami tu,,
dah la tak kenal,,
first time lak tu dapat 12 owang adik perempuan on d spot,,
haha,,
macam2 kerenah diorang ni,,
ada yang homesick,,
ada yang cepat sakit,,
ada yang cepat sangat touching,,huhu,,
da la saya tak pernah ada pengalaman jaga adik pompuan nie,,
bedal je la apa yang patut,, (bedal benda baik je =)

 satu je yang saya tanam dalam diri nie,,
saya tak nak diorang jadi macam saya yang dulu,,
n saya rasa bahgia sangat time tu bila saya dapat turunkan ilmu yang bermanfaat untuk diorang,,
sabda Rasulullah,' ballighu anni walau ayah,"
"sampaikan dariku  walau satu ayat",,
Alhamdulillah segala tunjuk ajar saya n member berhasil,,
ukhwah sesama kitorang kukuh sangat,,
da macam adik beradik kandung da,,
diorang kene hafal certain2 surah n jenuh jugak la saya n member nak didik diorang ni,,
bukan risau kalau diorang tak dapat hafal,,
tapi risau kalau ilmu yang kami sampaikan ni salah,,
Allahuakhbar,,lepas satu, satu lagi ujian yang datang buat diri ni,,
tapi kami dua2 orang syukur sangat jadi naqibah diorang,,
adik2 ni suma sangat memahami kitorang,,
kitorang dua2 prefect sekolah,,
selalu kene handle event dengan cikgu2,,
jaga disiplin murid2,,
kengkadang tu sampai balik prep malam pon lambat,,
ngantuk, tak sempat nak tengok adik2 nie,,
kengkadang tu time baca Al-Mulk pun kitorang dua nie leh lak terlena,,
aduih,, teladan buruk ni,,
tak baik tak baik,,
setiap kali lepas baca Al-Mulk,kitorang yang naqibah ni selalu nya ambil kesempatan untuk tanya camne study diorang, camne ukhwah diorang, da lei hafal surah ke belum,, macam2 la,,
kira sebelum tido da jadi inspector police tak bergaji lak,, huhu,,
walau macam mane pon kerenah diorang, saya tetap sayang kat adik2 ni semua,,
banyak benda yang diorang buat menyedarkan saya,,
adakalanya saya sampai menangis terkenang kat adik2 ni,,
yang paling mengayat hati saya bila diorang buat suprise untuk celebrate besday saya,,
Allah,, tuhan je yang tahu betapa terharu nya saya time tu,, nangis la pulak,,
amalan kitorang lepas baca Al-Mulk kitorang akan salam ukhwah dan bermaaafan each other,,
ada satu hari tu saya n member da letih sangat sampai tertidor terus lepas bacaan Al-Mulk,,
terus terlena kat lantai,,
yang paling mengharukan hati ni diorang sambut tangan kami yang tengah tidur2 ayam ni,
diorang salam n cium kiri kanan pipi kitorang,,
Ya Allah,, sayang jugak adik2 ni kat kami yang jaga diorang ni,,
isk3,,,
kadang2 bila ada yang berkelahi, saya n member cepat2 betulkan keadaan,,
sampai satu hari ini 5 orang adik dorm kitorang ni gaduh,,
Ya Allah,, apa lagi la yang tak kena dengan adik2 ni,,
saya n member da tak senang duduk,,
susah hati tengok adik2 ni masing masam muka,,
kami pon apalagi panggil 5 orang tu duduk depan kami,,
saya tanya apa punca gaduh,,
senyap je,, sorang pun tak nak bagitau,,
lama da sabar ni,,
senyap jugak,,
haih,, ap lagi,, ternaik jugak la tangan ni kat pipi diorang,,
slow je,, semut gigit lagi sakit,,
menitik air mata diorang,,
saya ap lagi nangis sekali la,,
saya tak nak adik2 ni gaduh,,
saya tak suka,,
saya tak nak diorang jadi macam saya yang dulu,,
tunduk je kepala adik2 ni,,
kesian la pulak,,
then diorang terus terang,,
rupa2 nya ada yang tak puas hati,,
Allah,, macam2 la adik2 ni,,
budak2 kan,, cepat sikit bab2 merajuk ni,,
saya n member apa lagi,,
tazkirah panjang lebar la,, sowang2 kene,,
last skali kami mintak maaf kat adik2 ni diorang pun janji tak nak ulang da,,
ha,,, tau pun tak nak gaduh da,,
kalau awal2 tak gaduh tak de la kene marah free2 je,,=)

buat semua adik2 dorm akak,,
akak sayang kat adik2,,
anisah, alin, teha, asma', jaja, syira, nailah, hawa, ain, iqa, izah n wani,,
sampai bila2 pun akak takkan lupakan adik2 semua,,
thankz to Allah for sending me all of u my dearest sister,,
segala budi baik adik2 selama ni akak tak mampu nak balas,,
hanya doa akak n redha Allah akan ukhwah kita semua ni akan mengiringi adik2,,
adik2 semua jangan sesekali cepat putus asa dan kalah dalam perjuangan,,
ingat,, "innallah maa as'sabirin"
sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar,,
adik2,,
jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tunjang kehidupan,,
teguhkan imanmu dengan ibadah yang khusyu',,
basahilah lidah mu dengan Zikrullah,,
andai kamu dalam keresahan dan kesusahan,,
ingatlah Allah sentiasa bersamamu,,
'ala bizikrillah tatmainnal qulub"
dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang,,
adik2,, teruskan lah perjuangan suci,,
jangan biarkan air mata ayahanda dan bonda mengalir kerana kegagalanmu,,
tapi biarlah air mata itu mengalir kerana menyambut kejayaanmu,,
jangan hampakan harapan orang tua mu,,
ketahuilah bahawa redha Allah itu sentiasa bersama redha kedua ibu bapa mu,,
adik2 ku sayang,,
kenangan bersama adik2 semua takkan akan lupakan sehingga akhir hayat ini,,
adik2 semua banyak mengajar akak erti sebuah kehidupan,,
ukhwah yang terbina ini lahirnya dari dasar kasih sayang dan hormat antara kita,,
apa yang penting,,
"JANGAN TINGGAL KAWAN K,"
doa akak akan sentiasa mengiringi jalan dan liku2 kehidupan adik2 semua,,
salam sayang dan rindu buat kamu semua,,
uhhibukum fillah ya akhwati!!


ukhwah fillah abadan abada,,
wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Monday, June 14, 2010

*PeRiStiWa SePaNjAnG BuLaN ReJaB*

Bismilahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA ak mulakan bicara,,
Pengertian Rejab
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.
Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :
1. Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra’ dan Mi’raj
Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian  mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada  29 Ramadhan,  ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.
3.Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Maqdis
Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a
Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

wallahua'lam,,
nurislamfiqalbi,, 

,,ReJab, KeDaTaNgAnMu di NaNTi,,


Bismillahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA ak mulakan bicara,,

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini.
BULAN REJAB

Pada 14 Jun 2010 (Isnin) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj [Rabu, 30 Julai 2008] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab [4, 5, 6 Julai 2008], maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah saw lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril A.S “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

sama2 lah kita amalkan segala ibadah yang mampu meningkatkan skala iman kita di bulan Rejab ini,, jauhilah segala yang dilarang Allah,, kukuhkan iman dan amal,nescaya Allah akan memberikan hidayah, rezeki dan pahala yang mungkin di luar jangkaan kita,, wallahua'lam,,


nurislamfiqalbi

Sunday, June 13, 2010

*TaNgIsAn YaNg DiBeNaRkAn Di DaLaM IsLaM*

Bismillahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA ak mulakan bicara,,

Manusia mempunyai perasaan suka, duka, tawa dan hiba dan sebagainya.
Perasaan sedih adakalanya timbul akibat dari gangguan emosi. 
Justeru itu apabila keadaan ini berlaku, manusia dengan mudah menitiskan air mata.
Ada yang beranggapan apabila seseorang itu menangis, ia merupakan suatu 
tindakan yang lemah dan tidak menurut ajaran Islam. Anggapan ini sebenarnya
tidak tepat kerana Islam sendiri telah menggariskan tangisan yang dilarang
dan dibenarkan.
Tangisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tangisan yang berbentuk 
negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang dalam 
Islam ialah tangisan yang berbentuk negatif seperti meraung dan melolong
 dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan
seumpama ini bukan sahaja di pandang negatif kepada orang yang melakukannya 
tetapi juga mayat yang di ratapinya itu juga turut tersiksa.
Berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang dikatakan mulia, ia terjadi kerana
cinta dan takut kepada Allah S.W.T.
Seorang ulama’ pernah berkata "untuk menangis kerana takut kepada Allah 
sehingga air mataku menitis, adalah lebih aku suka daripada aku bersedekah
emas seberat badanku. Kerana tidak seorang pun yang menangis kerana takut
kepada Allah kerana sehingga setitis air matanya mengalir jatuh ke atas bumi
, kecuali api neraka takkan menyentuhnya."
Antara tangisan atau titisan air mata yang dikatakan positif, mulia dan harus
dalam Islam adalah seperti berikut.

Tangisan Kesyukuran
Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa redha dengan apa yang mereka terima. Oleh sebab itu kita dapati orang-orang sebegini adakalanya sampai menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut. Sebagai contoh yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ubay bin Ka’ab yang mafhumnya " Allah menyuruh membacakan kepadamu surah Al-Baiyinah ayat 1:
Maksudnya: Orang-orang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata"
Ubay bertanya ; " Apakah Allah menyebut namaku?" Jawab nabi "ya" lalu menangislah Ubay(kerana mendengar berita gembira itu) Ayat ini memperkatakan pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang telah menerangkaan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu Agama Islam. Mereka kenal Nabi yang bakal diutus sebagai Nabi akhir zaman, tetapi setelah Nabi Muhammad dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman.

Tangisan Penyelesaian
Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Maka penyesalan itu timbul rasa sedih yang mendalam, yang akhirnya menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian timbul akibat wujudnya rasa kesedaran dan rasa takut kepada Allah SWT
" Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis. Sebagai pembalasan dari apa yang telah mereka kerjakan"

Tangisan Akibat Rasa Keimanan Yang Menebal
Iman yang bersemi dalam hati akan terus subur dan mekar, apatah lagi keimanan yang kukuh dan padu itu apabila disirami pula dengan ayat-ayat suci Al-Quran, ia akan bertambah mantap sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana merupakan campuran antara rasa keimanan yang amat mendalam. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam firmannya Surah Maryam ayat 58:
maksudnya "Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka tunduk bersujud dan menangis"

Tangisan Kerana Kesyukuran
Tangisan itu boleh terjadi apabila seseorang itu khusuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih, tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan penciptaNya.
Dikatakan orang yang mencapai tahap kekhusukan itu termasuklah salah satu dari tujuh golongan yang memperolehi keistimewaan pada hari qiamat seperti sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungaNya: Imam yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan ucapan "aku takut kepada Allah", seorang yang bersedekah yang dirahsiakan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan akhir sekali seorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitiskan air matanya".

Tangisan Kerana Bimbang Terputusnya Rahmat Allah SWT
Suatu hal yang menyedihkan dan amat dikhuatiri oleh orang-orang yang beriman adalah terputusnya rahmat kebajikan dan rahmat Allah SWT. Apabila keadaan ini berlaku ianya boleh merobohkan suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu.
Sebagai contoh pada suatu hari sesudah Rasulullah SAW wafat Abu Bakar r.a mengajak Umar r.a kerumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah SAW semasa hayatnya sering menziarahinya. Ketika sampai dirumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-duanya bertanya, " Apakah yang menyebabkan kamu menangis"? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia disisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik. "Ummu Aiman menjawab, " Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti) " kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.

Tangisan Apabila Menemukan Kebenaran
Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ia menemukan kebenaran setelah sekian lama hanyut dalam kesesatan. Orang sebegini tanpa segan silu akan menangis dan tangisannya bukan kerana rasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan penemuan itu. Sebagai contoh hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW merupakan kebenaran dari Allah SWT seperti firmannya dalam Surah Al -Maidah ayat 83-84.
Maksudnya: "Dan apabila mereka itu(segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan lihat mereka menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran(seraya) mereka berkata "Hai Tuhan Kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan. Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal ini kami ingin supaya Tuhan kami memasukkan kami bersama kaum-kaum yang soleh."

Kesimpulan
Berdasarkan huraian diatas jelaslah tangisan yang positif mempunyai keutamaan
disisi Islam sehinggakan tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat.
Ini kerana orang yang menitiskan air mata kerana Allah, sebenarnya merupakan
orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan takwanya seperti yang ditunjukkan
oleh Rasulullah SAW melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan 
Termidzi bermaksud "Kami datang kepada Rasulullah SAW sedang baginda
menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air
mendidih dalam bejana"
Sebagai kesimpulan, marilah kita renungi kata-kata seorang ulama tentang
kemuliaan tangisan yang positif. Katanya: "Sucikanlah empat perkara pada
setiap masa: pertama cucilah wajahmu dengan air matamu, kedua cucilah 
lidahmu dengan berzikir kepad Allah, ketiga cucilah hatimu dengan rasa takut
kepada Tuhanmu dan akhir sekali cucilah dosa-dosamu dengan bertaubat kepada Allah."

wassalam,,
nurislamfiqalbi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...