Followers

Friday, June 18, 2010

,,DiA SaNg PenCinTa- Saidatina Khadijah,,


Hadith :
Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperti cemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga.”

(Bukhari)



Huraian

Rasulullah s.a.w memperisterikan saidatina Khadijah bukan kerana status sosialnya yang yang tinggi yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi adalah kerana sifat saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia. Saidatina Khadijah adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya. Ini terbukti ketika mana pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah, Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan bahawa baginda adalah seorang Nabi.




Khadijah sebenarnya adalah seorang isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada Allah bahkan beliaulah orang yang mula-mula memeluk Islam sebelum nabi berdakwah di kalangan para sahabat baginda yang lain. Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik; wanita yang subur dengan kasih-sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu: al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya, Umm Kulthum dan Fatimah. Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam, Khadijah lah orang yang paling banyak berkorban, harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy. Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh khadijah bahkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah. Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah S.W.T telah mengurniakannya sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga. 

LUAHANKU,,
Ya Allah,, kisah ini cukup membuatkan hati terpana, mata berkaca, lidah terkelu lantas mengenang  betapa hebatnya kisah cinta teragung diantara Nabi Muhammad s.a.w dengan isteri tercinta, Saidatina Khadijah,, Lihatlah betapa mulianya pengorbanan Siti Khadijah dalam menyokong dan mendukung  dakwah serta perjuangan sang suami tercinta demi memartabatkan agama suci Allah di atas muka bumi ini,, Siti Khadijah mencintai segala keperibadian Rasulullah yang mendahulukan ALLAH dalam melaksanakan setiap perkara di dalam kehidupan sehariannya,, Rasulullah jelas membuktikan bahawa agama Islam itu indah di setiap pelusuk kehidupan melalui perbuatan, percakapan dan pengakuan baginda,, Sehinggakan sekecil-kecil amalan andai dilaksanakan mengikut sunnah baginda pasti akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t,,  Saidatina Khadijah sama sekali tidak pernah mengeluh dan bersusah hati dalam menjalani liku-liku hidup yang sukar bersama baginda kerana baginya setiap saat bergandingan dengan baginda merupakan saat-saat yang terindah dalam hidupnya demi menggapai regha suci dari ILLAHI,, Subhanallah,, maha suci ALLAH,, betapa hebatnya kuasa Allah yang mengaturkan ikatan hati dua insan mulia, yang saling menyayangi demi meraih cinta yang lebih agung yakni cinta ILLAHI,, Sayu nya hati saya disaat memikirkan betapa deritanya hati baginda di waktu pemergian isteri tercinta pergi menghadap ILLAHI,, Titisan air mata suci baginda jatuh berguguran disaat sang isteri telah dijanjikan ALLAH untuk mendapat tempat di syurgaNYA,, Cinta baginda akan ALLAH tiada tandingannya,, Sungguh Muhammad itu adalah kekasih Allah,, Betapa beruntungnya insan bergelar Saidatina Khadijah mampu mendapat tempat di ruang hati lelaki mulia bergelar Muhammad Ibn Abdullah,, Wahai teman dan pembaca yang dikasihi Allah sekalian! Ayuhlah kita mengikut jejak langkah Baginda serta zaujah tercinta, Saidatina Khadijah! Ayuh kentalkan jiwa kita dengan menyelami semangat jihad dan teladan baginda serta sang isteri demi memartabatkan agama ALLAH yang suci ini,, Sesungguhnya agama yang berada di sisi ALLAH adalah agama ISLAM!,, yakin dan percayalah bahawa Allah sentiasa bersama insan-insan yang berjuang ikhlas semata-mata kerana meraih cintaNYA! Ayuh berjihad fisabilillah! 


wassalam,,
nurislamfiqalbi,,
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...