Bismillahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA,ak mulakan bicara,,
Sudah menjadi sunnatullah bahawa dalam melayari kehidupan duniawi yang sementara ini kita memerlukan mereka yang kita panggil kawan,teman dan sahabat lebih-lebih lagi memerlukan sahabat sejati.Beruntunglah seseorang itu yang mempunyai ramai sahabat sejati.
Sekiranya kita telah memilik sahabat sejati,maka bersyukurlah kepada Allah Taala.Sahabat sejati ialah seorang yang cerdik,berilmu dan mutadayyin(beragama lagi berakhlak mulia).Peliharalah tali persahabatan dan ukhwah itu sebaiknya.Justeru,selain menuntut kita agar mencari sahabat,kawan teman dalam kehidupan,Islam juga menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan menjaga hak serta adab dalam persahabatan.
Inilah cara kita memelihara satu hubungan yang mulia kerana Allah Taala.Untuk itu,nilailah persahabatan kita selama ini.Adakah jujur atau sarat dengan kepentingan diri? Apakah diredhai Allah atau sebaliknya ?
TIGA TAHAP PERSAHABATAN :
Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.
Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :
1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.
Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.
Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.
Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kawan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.
Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".
Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :
"....dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67)
Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,"Seseorang itu di atas agama kawannya".
Wallahua'lam.
nurislamfiqalbi
No comments:
Post a Comment