Followers

Friday, June 11, 2010

,,AiR MaTa KeSyUkUrAn,,

Bismillahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA aku mulakan bicara,,

Alhamdulillah,, tatkala terjaga dari tidur pada hari ini, Allah masih mengekalkan saya dalam keadaan seorang muslimah,, syukur ke hadrat MU ILAHI, KAU masih berkehendak untuk memelihara aku daripada kesesatan,, hari ini,, cukup membuatkan jantung ini berdegup kencang,, celik sahaja mata, akk sudah menyapa,"qilah, angah dah check result kamu. Alhamdulillah kamu jangan takut la. result ok la." degupan jantung makin kencang,, saat mata ini menatap lampiran result exam tu, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati di saat mampu mengalirkan air mata kegembiraan kedua-dua bonda dan ayahanda,, "Ya Allah, betapa aku bersyukur dengan ketetapanMu ini,, di hari jumaat yang mulia ini, ku susunkan 10 jari menadah tangan mengharapkan keampunanMu,,aku bersyukur akan nikmat yang KAU berikan ini,, aku amat2 bersyukur dengan takdir dan jalan yang KAU tetapkan ini."

Amin Ya Allah,, kejayaan saya pada hari ini bukanlah di atas usaha saya seorang,, berkat doa mak, abah, adik-beradik, seluruh ahli keluarga, para sahabat dan semua yang mendoakan saya selama ini,, pernah dahulu saya megadu pada seorang sahabat, "weh, aku takut sangat nak exam kali ni. aku takut aku x mampu nak buat mak ayah aku tersenyum dengan kejayaan aku,, aku takut diorang nangis sebab tengok kegagalan aku.. aku tak sanggup hampakan diorang". disaat air mata ni mengalir deras, sahabat itu menuturkan kata2 yang amat menusuk qalbu ini.. " qilah, hang patut bersyukur Allah bagi hang kesempatan untuk exam kat universiti tau.. ang tau berapa ramai lagi saudara2 kita kat luar sana diuji dengan exam yang lagi dahsyat.. Allah uji diorang dengan peperangan, Allah uji diorang dengan kepesongan akhlak, Allah uji diorang dengan kehilangan orang tersayang, Allah uji diorang dengan nikmat kekayaan yang mampu membuat seseorang tu terpesong dari agama andai berlebihan kehendak.. Qilah, exam kita nie tak seberapa kalau nak di bandingkan dengan exam diorang.. air mata kau ni akan dinilai Allah andai kau betul2 ikhlas nak berjuang.. kalau kau tak rasa susah sekarang, Allah tetap akan uji kau dengan ujian yang lagi berat d masa akan datang.. Qilah, kau berjaya atau tak, tu semua urusan Allah,, semua nya dah tercatat di luh mahfuz,, ap yang kita leh buat sekarang hanya usaha+doa+tawakal".


Allahuakhbar,, kata2 sahabat ini amat menyentuh hati saya,, saya terus bangun dari leka dan mimpi,, saya betulkan balik apa niat sebenar saya belajar,, "inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil alamin",, saya berjanji pada diri untuk takkan gundah lagi,, saya tak perlu mempersoalkan ketetapan Allah,, DIA akan menetapkan sesuatu yang terbaik untuk saya,, dan pada hari ini, semua nya telah jelas terbukti,, 'innallah maa' sabirin",, Allah beikan saya kejayaan yang di luar jangkaan saya,, tak terbendung lagi air mata ini disaat ibu dan ayah mengucapkan tahniah,, tanpa mereka, saya tak mampu untuk melakukana semua ini sendirian,,

Buat sahabat2, sejuta ungkapan terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar, doa dan kata2 semangat yang kalian hadiahkan buat diri ini,,

buat bonda,( hanisah bt ahmad),, tak terungkap ap yang terbuku kat ati aku nie,, kau banyak sangat menyedarkan aku dari kesilapan,,kau la tempat aku luah perasaan,, and yang paling penting sekali kau banyak tolong aku bila ak dalam kesusahan,, kau tak pernah kedekut dengan senyuman, kau tak pernah kedekut untuk memberikan sumbangan,, kau tolong aku bila aku susah,, bila aku sedih, kau la tempat aku tumpang ngalirkan air mata nie,, aku takkan lupa segala yang kau sumbangkan dalam hidup aku,, kejayaan aku hari ini adalah kejayaan kita semua bersama,, semua sahabat2 aku,, hidup kau ceria je,, tapi aku yakin d sebalik senyuman kau, kau berjaya sorokkan rasa gelisah n sedih kau demi mengembirakan hati orang lain,, kau hebat sangat,, aku bangga ada kawan macam kau,, wat nisah, aku nak kau tahu aku hargai sangat persahabatan nie n aku gembira Allah utuskan aku sahabat macam kau,, insya'Allah selagi hayat d kandung badan aku akn balas segala budi baik kau selama nie,, ukhwah fillah abadan abada,,

buat tokwan tersayang, ( ummi rozanah bt muhammad), kau banyak sangat menyedarkan aku,, aku bersyukur Allah kurniakan aku sahabat macam kau,, dulu aku ramai kawan tapi sahabat susah d cari,, n sekarang aku yakin kau lah sahabat aku dunia akhirat,,keikhlasan kau dalam berjihad telah membuka mata aku untuk turut mengikuti langkah kau,, segala nasihat, bekalan ilmu n kata2 semangat dari kau takkan aku lupa sehingga akhir hayat aku,, kau tabah sangat,, walaupun kau da tak ada insan tersayang, tapi hati kau tak pernah terganggu gugat,, kau lantang berbicara untuk tegakkan kebenaran,, saat aku terpesong, kau beri teguran dengan penuh kelembutan,,, kau banyak sedarkan aku dari kesesatan,, kau bagi aku bca buku2 ilmiah yang bagi kesedaran dalam mencari cinta ALLAH,, bila kau cerita tentang latar belakang kau, aku jadi kagum sangat,, kau berjihad n berhijrah semata-mata untuk mencari cinta Allah,, kau hebat sangat,, umi, ak nak kau tahu y aku hargai sangat3 persahabatan kita ni n aku yakin Allah pasti akan merahmati jalan jihad kau,, thankz a lot TOKWAN!!! uhibbuki fillah ya ukhti,,

buat nenda,( nur asyiqin bt hamzah),, terima kasih atas segalanya,, aku hargai segala nasihat yang kau beri kat aku,, spirit kau banyak wat aku semangat semula untuk study,, gelak tawa kte bersama banyak wat hati aku tenang saat aku gundah n sunyi,, thank 4 everything nenda!!





buat bapak,(azreen syamira syuhada), owg gaji jiran,( syafiza bt moh isa), ani, ifah,linda n semua sahabat2 yang lain,, terima kasih yang teramat sangat untuk kalian yang banyak membantu diri ini,, bapak, thankz sangat2 banyak ajar aku benda2 yang aku tak arif,, wat pijah, aku hargai sangat segala pertolongan kau saat aku susah n perlukan bantuan,, kau sentiasa faham kedudukan n kesusahan aku,, segala ilmu yang kau kongsikan sangat aku hargai,, aku takkan lupa semua tu,, wat ani, ifah n linda,, thankz sangat2 sebab sudi jadi kawan aku,, korang sentiasa membakar semangat aku untuk study,,

wat semua para sahabat!!! ana mohon keampunan atas segala dosa dan keterlanjuran kata!!ana hargai segala y antunna semua sumbangkan dalam hidup ana!! kejayaan ana pada hari ini adalah kejayaan kita bersama!! moga persahabatan kita ni diredhai ALLAH s.w.t n berkekalan hinggga ke syurgaNYA INSYA'ALLAH!!! ANA UHIBBUKUM FILLAH!!  ALHAMDULILLAH,, SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD,, SEMOGA PERJUANGAN INI SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DAN REDHA MU YA RABB,, AMIN,,
 

nurislamfiqalbi,,

2 comments:

ansorullah said...

Assalamua'laikum.. tahniah dik sayang..panjatkan kesyukuran kepadaNYA kerana memberi peluang kepada kita untuk mngecapi semua nikmat ini. Semoga kita diredhaiNYA..aminn

aL-QaRiNaiN said...

waalaikumussalam,, thankz kak,, saya syukur sgt sebab Allah masih lagi bagi saya peluang n kesempatan untukmeraih kejayaan,, moga kejayaan ini mendorong saya memartabatkan agama Allah,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...