Bismillahirrahmanirrahim,, dgn namaNYA ak mulakan bicara,,
Manusia mempunyai perasaan suka, duka, tawa dan hiba dan sebagainya.
Perasaan sedih adakalanya timbul akibat dari gangguan emosi.
Justeru itu apabila keadaan ini berlaku, manusia dengan mudah menitiskan air mata.
Ada yang beranggapan apabila seseorang itu menangis, ia merupakan suatu
tindakan yang lemah dan tidak menurut ajaran Islam. Anggapan ini sebenarnya
tidak tepat kerana Islam sendiri telah menggariskan tangisan yang dilarang
dan dibenarkan.
Tangisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tangisan yang berbentuk
negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang dalam
Islam ialah tangisan yang berbentuk negatif seperti meraung dan melolong
dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan
seumpama ini bukan sahaja di pandang negatif kepada orang yang melakukannya
tetapi juga mayat yang di ratapinya itu juga turut tersiksa.
Berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang dikatakan mulia, ia terjadi kerana
cinta dan takut kepada Allah S.W.T.
Seorang ulama’ pernah berkata "untuk menangis kerana takut kepada Allah
sehingga air mataku menitis, adalah lebih aku suka daripada aku bersedekah
emas seberat badanku. Kerana tidak seorang pun yang menangis kerana takut
kepada Allah kerana sehingga setitis air matanya mengalir jatuh ke atas bumi
, kecuali api neraka takkan menyentuhnya."
Antara tangisan atau titisan air mata yang dikatakan positif, mulia dan harus
dalam Islam adalah seperti berikut.
Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa redha dengan apa yang mereka terima. Oleh sebab itu kita dapati orang-orang sebegini adakalanya sampai menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut. Sebagai contoh yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ubay bin Ka’ab yang mafhumnya " Allah menyuruh membacakan kepadamu surah Al-Baiyinah ayat 1:
|
Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Maka penyesalan itu timbul rasa sedih yang mendalam, yang akhirnya menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian timbul akibat wujudnya rasa kesedaran dan rasa takut kepada Allah SWT
|
Iman yang bersemi dalam hati akan terus subur dan mekar, apatah lagi keimanan yang kukuh dan padu itu apabila disirami pula dengan ayat-ayat suci Al-Quran, ia akan bertambah mantap sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana merupakan campuran antara rasa keimanan yang amat mendalam. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam firmannya Surah Maryam ayat 58:
|
Tangisan itu boleh terjadi apabila seseorang itu khusuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih, tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan penciptaNya. Dikatakan orang yang mencapai tahap kekhusukan itu termasuklah salah satu dari tujuh golongan yang memperolehi keistimewaan pada hari qiamat seperti sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
|
Suatu hal yang menyedihkan dan amat dikhuatiri oleh orang-orang yang beriman adalah terputusnya rahmat kebajikan dan rahmat Allah SWT. Apabila keadaan ini berlaku ianya boleh merobohkan suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu. Sebagai contoh pada suatu hari sesudah Rasulullah SAW wafat Abu Bakar r.a mengajak Umar r.a kerumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah SAW semasa hayatnya sering menziarahinya. Ketika sampai dirumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-duanya bertanya, " Apakah yang menyebabkan kamu menangis"? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia disisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik. "Ummu Aiman menjawab, " Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti) " kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis. |
Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ia menemukan kebenaran setelah sekian lama hanyut dalam kesesatan. Orang sebegini tanpa segan silu akan menangis dan tangisannya bukan kerana rasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan penemuan itu. Sebagai contoh hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW merupakan kebenaran dari Allah SWT seperti firmannya dalam Surah Al -Maidah ayat 83-84.
|
Berdasarkan huraian diatas jelaslah tangisan yang positif mempunyai keutamaan
disisi Islam sehinggakan tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat.
Ini kerana orang yang menitiskan air mata kerana Allah, sebenarnya merupakan
orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan takwanya seperti yang ditunjukkan
oleh Rasulullah SAW melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan
Termidzi bermaksud "Kami datang kepada Rasulullah SAW sedang baginda
menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air
mendidih dalam bejana"
Sebagai kesimpulan, marilah kita renungi kata-kata seorang ulama tentang
kemuliaan tangisan yang positif. Katanya: "Sucikanlah empat perkara pada
setiap masa: pertama cucilah wajahmu dengan air matamu, kedua cucilah
lidahmu dengan berzikir kepad Allah, ketiga cucilah hatimu dengan rasa takut
kepada Tuhanmu dan akhir sekali cucilah dosa-dosamu dengan bertaubat kepada Allah."
wassalam,,
nurislamfiqalbi
1 comment:
assalamu'alaikum....
nice post...
love it...
Post a Comment