Followers

Thursday, December 30, 2010

.::AlHamduLiLLAH, Ku TeMu DiA DaLAm PeRjUaNgAn iNi::.

Bismillahirahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah.. segala kehangatan nikmatNya masih terasa sehingga ke saat ini.. Insya'Allah sabtu ni dah nak balik ke bumi arau dan mulakan episod perjuangan yang baru.. Macam2 rasa ada.. Sebak ada, semangat ada, sedih ada, happy ada and even cuak pun ada jugak.. Aish, tak baik betul fikir macam2 sangat kan tentang benda yang belum berlaku.. ok2.. kena pasang niat balik ni.. Hidup+Mati+Ibadah+Amal semuanya kerana Allah kan..=)



Insya'Allah ini entry terakhir saya untuk tahun ni kowt.. =) Nak pack barang2 untuk balik u dah..

Actually lama dah saya nak kongsi kisah ni dengan sahabiah semua cuma belum berkesampatan sebelum ni.. =)

Kisah ni tentang episod perjuangan saya yang ditambah serinya dengan kehadiran seorang insan yang tidak kurang hebatnya memberi 1001 makna kehidupan dalam hidup saya..

Dia bukan darah daging saya namun dialah saudara tersayang..
Dia bukan sahabat terdekat saya namun dialah ukhti tersayang..
Dia bukan pendamping terdekat saya namun kenangan bersamanya sentiasa hangat di ingatan ini..
Dia bukan siapa2 namun dialah utusan Illahi sebagai salah seorang pentarbiyah hati ini..
Dialah ukhti tercinta..



Ukhwah yang terjalin kerana Allah, biarpun sering berjauhan namun kehangatan ikatan suci itu senantiasa dirasai dan saban hari ikatan itu semakin kukuh dan utuh..

Ikatan bermula di SRISS tercinta.. Amanah sebagai seorang naqibah saya galas dengan penuh rasa rendah diri kerana merasakan diri ini langsung tidak layak untuk menggalas tittle itu apatah lagi melaksanakannya.. Namun saya gagahkan juga hati ini untuk menyahut seruan illahi.. Mungkin dengan amanah yang diberikanNYA ini mampu mentarbiyah hati saya untuk menjadi seorang insan yang lebih berguna untuk agama..

Ukhti itu, datang sebagai seorang serikandi kecil untuk meneruskan langkah dalam episod perjuangan hidupnya.. Hati saya seakan tertaut dengan peribadinya yang cukup melambangkan ciri2 muslimah sejati.. Biarpun saya tidak diberi kesempatan untuk menjadi naqibahnya, namun keramahannya membuatkan ikatan uhkwah antara kami semakin erat.. Kata-katanya sering diselitkan dengan tazkirah yang mampu menyedarkan diri saya dari terleka..

Ikatan seorang senior dan junior.. Ukhti itu telah pun menjadi sebahagian daripada hidup saya.. Biarpun jarak umur kami berbeza 3 tahun namun ia tidak langsung merenggangkan ikatan ini.. "Indahkan ukhwah kerana Allah! Kita sama2 saling mengingatkan antara satu sama lain". Itulah kata-kata dari ukhti itu yang sentiasa membuatkan saya sentiasa sedar akan kebesaran Allah..

Kasih sayang yang tertumpah buat ukhti ini semuanya semata-mata kerana Allah.. Pernah dahulu ketika masih kecil saya berhajatkan seorang adik perempuan.. huhu.. Budak2 la katakan.. Tiada geng waktu kecik2.. So, main pondok2 dengan akh soghir saya yang sorang ni je la.. Dah dewasa ni, baru saya sedar tentang satu perkara.. Allah itu sentiasa bersikap adil dengan semua hamba-hambaNya kan.. DIA tidak memberi apa yang kita mahukan tapi DIA memberi sesuatu yang akan kita perlukan dalam kehidupan tanpa kita sedar.. Dan pada saya, kehadiran ukhti itu dalam hidup saya benar2 memberi impak yang besar terhadap bermulanya langkah pertama penghijrahan saya untuk mencari cahayaNYA..

Adakah saya bahagia? Ya, saya sangat bahagia dan amat amat amat bersyukur ke hadrat Illahi dengan kehadiran insan2 ini. Dan ukhti itu adalah salah seorang yang banyak beri sokongan dan dorongan yang berterusan kepada saya yang masih lagi merangkak dalam mencari kebenaran dan tertatih-tatih mengumpul bekalan untuk sebenar-benar kehidupan sesudah kematian yang bakal tiba.. Entah kenapa setiap kali teringatkan ukhti itu, hati ini pasti kan terasa sebak.. Airmata ini begitu mudah mengalir keranaNya disaat perasaan hiba itu menjengah di hati.. Saya takut? Ya, memang saya amat takut samada mampukah diri ini mendapat tempat di syurga Allah bersama2 mereka insan2 yang tercinta.. Mampukah diri ini melihat senyuman kekasih Allah yakni Nabi Muhammad s.a.w di syurga kelak?? Mampukah??? Ya Allah.. terasa lemah sekali diri ini..

Ukhti itu.. ukhti itu banyak membantu saya untuk kembali ke pangkal jalan.. Dan kini, dia mempunyai misi yang besar untuk melakukan perubahan di medan jihadnya.. Kata hati mengatakan mahu sahaja diri ini turun bersama-samanya berjuang di medan jihad itu, namun kehendak dan takdir Allah menetapkan sebaliknya.. Ukhti itu akan berjuang di bumi SRISS dan saya akan berjuang di bumi Arau,, Biarpan jalan jihad kami berbeza namun matlamat kami sama! Perubahan,, Ya, Kami berdua berjuang untuk melakukan perubahan demi membela Islam.. Biarpun pelbagai halangan dan cabaran bakal mendatang, namun semangat juang ini pasti takkan luntur..

Matlamat yang satu itu pasti akan terlaksana andai semangat jihad ini diasah dengan amal+ibadah yang mantap biarpun pada hakikatnya perjuangan itu pasti akan kelihatan pahit dan pedih.. Hidup Biar Jihad, Mati Biar Jahid! =)

Akhir kata, buat ukhti tersayang, sejuta kemaafan akak pohon atas segala kesilapan dan kekhilafan akak terhadap kamu.. Jujur, akak bersyukur dipertemukan Allah dengan insan seperti kamu ukhti.. Biarpun dulu akak pernah kehilangan sahabat baik akak, namun kehadiran kamu seolah-olah mengubat kesemua luka pedih itu.. Dan doa akak akan sentiasa bersama kalian berdua.. Ukhti, akak sentiasa akan mendoakan yang terbaik untuk kamu dan mudah-mudahan berkat perjuangan itu, kehidupan kamu pada masa akan datang pasti akan sarat dengan sinaran cinta dariNYA.. Akhir kalam, sajak ni khas buat kamu ya ukhti.. Uhibbuki fillah minal hayati ilal mamati wa hatta ilal jannah..



Ukhti Tersayang,
Ketahuilah olehmu bahawa akak benar-benar bersyukur akan pertemuan ini..
Episod perjuangan akak yang dahulunya kelihatan begitu sukar kini terasa kian mudah kerana dirimu begitu setia untuk menggalasnya bersama.. 
Bebanan di bahu kini menjadi lebih ringan kerana tanganmu sanggup menghulurkan bantuan..
Tanpa sebarang sungutun, dirimu benar-benar jujur dan ikhlas memberi semangat biarpun keringatkat mu kian kelihatan.. 
Engkau sering tampil dengan keberanian dan pada dirimu langsung tidak kelihatan kegagalan..
Kerana engkau yakin dengan janji-janji Sang Pencipta yang senantiasa ada bersama hambaNYA yang memerlukan..  

Ukhti Tersayang,
Ikatan ukhwah ini saban hari semakin manis dan mekar..
Setiap bait katamu sarat dengan peringatan yang memberikan kesedaran..
Peribadi mu amat cocok dengan ismu mu.. 
Dirimu sarat dengan perbadi yang unggul sepadan dengan makna namamu..
Kau begitu tertib memelihara dirimu,
kerana kehidupanmu begitu berharga..
Indah peribadimu seindah namamu..

Ukhti Tersayang,
Allah lahirkan rasa kasih dihati ini untuk kita sama-sama bersatu 
memperjuangkan agama yang satu..
Biarpun cara kita berbeza namun matlamat dan niat kita adalah sama..
Biarpun jasad kita berjauhan namun hati kita tetap tertaut pada cinta yang sama yakni cintaNYA.. 
Biarpun episod perjuangan kita berbeza namun kita tetap sama berhajatkan jannahNYA..
Biarpun kita akan mati dalam keadaan yang berbeza namun kita berhajat untuk ukhwah ini terus hidup dan mekar di taman syurgaNYA..

Ukhti TerCinta,
Ayuh kita sama-sama laukan perubahan..
Demi melihat Islam terus mekar dan bersinar di mata dunia..
Akak akan sentiasa bersama kamu ukhti..
Samada secara nyata mahupun hanya didalam doa.. 
Hanya satu pinta diri ini buatmu..
Yakinlah bahawa kita sama-sama mampu untuk memikul amanah dariNYA..
Kerana Allah sentiasa bersama insan-insan yang berjuang demi agamaNYA..
Akhir kalam,
Akak benar-benar bersyukur kerana bertemu dengan mu dalam perjuangan ini..
Salam kasih dan sayang buatmu..
Semoga ikatan kita akan temun mekar di kebunan syurga Illahi..



wassalam,,
nurislamfiqalbi..




Thursday, December 23, 2010

.::ThE ArRiVaL::.

Bismillahirrahmanirrahim,,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Selawat dan salam ke atas junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w juga keatas para ahlil baitnya..

Alhamdulillah wa syukur lillah..
Kesemua nikmat kurniaanNYA masih lagi dapat kita kecapi dalam kehidupan ini dengan izinNya kan... =) Amin ya Rabb,, Apa yang penting, setiap hari akhlak kita mestilah berubah kearah yang lebih baik biarpun ianya sekecil-kecil hal k.. 



Hari ni, saya nak share tentang satu siri pendedahan Islam yang saya anggap pendedahan berani mati oleh dua orang pengarah (kalau tak salah saya) iaitu siri "THE ARRIVAL".. 

Siri ni pun pada mulanya saya dapat dari seorang sahabat, "TOKWAN tersayang saya"..=)
Terima kasih banyak-banyak tok.. siri ni banyak bagi pengajaran dan pendedahan yang bermanfaat untuk diri ini.. =) Syukran alaik!

Ok.. berbalik kepada siri ni, apa yang saya nak kongsikan adalah siri ni mendedahkan pelbagai jenis konspirasi,kejahatan dan rancangan para musuh Allah yang mahu menjatuhkan Islam di mata dunia.. Dan siri ini amat menekankan tentang kedatangan Al Maseh Dajjal yang menjadi penantian agung para pengikut setianya.. 

Jujur dari hati saya, bila saya da habis tengok siri ni, tergerak hati saya memikirkan tentang bagaimanakah nasib dua orang pengarah yang menghasilkan siri ni.. Masih hidupkah mereka kerana mendedahkan pelbagai kezaliman musuh2 Allah dan pastinya mereka diburu? Memang saya tabik springgggg kepada Noreaga dan Archenair yang berani menghasilkan siri ini demi menyedarkan umat Islam yang makin hanyut didunia akhir zaman ni..

Saya ada juga mendapat berita daripada para sahabat bahawa siri yang telah berusia hampir 2 tahun ini sudah di"banned" pengeluarannya di YouTube.. Mungkin masih ada siri yang dipaparkan di youtube tapi tidak secara keseluruhannya.. 

Mula-mula saya tonton siri ni, serius cakap otak rasa berat sangat sebab maklumat-maklumat yang cuba disampaikan adalah serius dan tak berapa boleh nak diterima akalsaya dalam masa yang singkat..

Tapi bila da tonton episod2 yang seterusnya, WAH!!! Terus berkobar semangat saya untuk mengikuti siri ni.. Ia memang sarat dengan kejutan dan kesemua maklumat yang disampaikan adalah berkenaan dengan kehidupan seharian kita..

Pada simpanan saya, siri ini ada 50 episod dan saya amatlah berbesar hati kepada sesiapa saja yang mahukan siri ni bolehlah hantarkan emel pada saya atau comment saja entry ni k.. ni emel address saya 
ifti_aqilah@yaoo.com.. Saya amatlah berlapang dada untuk membantu kedua-dua pengarah ni yang mengharapkan siri pendedahan mereka ni tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan ditonton oleh semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi kita UMAT ISLAM..Jangan takut dan jangan sedih! Allah bersama kita semua! =)

Satu pesanan daripada saya.. Apabila kalian menonton siri ini, mungkin terlintas di hati kecil untuk tidak mempercayai secara bulat tentang maklumat-maklumat yang disampaikan oleh pengarah-pengarah siri ini.. Tetapi yakinlah ada diri anda sendiri untuk terus membuka minda membongkar lebih terperinci tentang apa yang disampaikan mereka supaya kita sendiri yakin dan pasti tentang mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh dua orang pengarah muda yang beragama Islam ini.. 

Penyampaian seseorang itu tidak semestinya betul keseluruhannya dan ia juga tidak semestinya salah secara keseluruhannya.. Kita harus mengkaji lebih dalam tentang perkara tersebut dan janganlah berburuk sangka k.. Pilihan terletak pada tangan kita, so make the right choice k! =)

Sama-sama kita berjihad membela agama suci Allah yakni agama Islam k!! =)



wassalam,,
nurislamfiqalbi,,



Thursday, December 16, 2010

VeRsUs.. VeRsUs.. =)

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Sejuknya,, hujan lebat pulak kat luar ni.. And then sekelip mata je hujan yang lebat ya amat tadi tu berhenti..
Subhanallah,, Semuanya kuasa DIA kan,,

HuHu-----



Actually hati sedang bersyukur dan 'gumbira' baru saja habis baca novel "VERSUS" yang menjadi kegilaan remaja masa kini tu..

Sebenarnya tak pernah terfikir pun nak baca, tapi atas sokongan, sogokan, desakan, pertolongan dan dorongan dua orang sis tersayang saya ni, alamat nye kene la baca jugak..

Asma said, " akak, i beg u.. baca la novel tu.. Paling best time diorang nak change for good.. tak rugi baca.. Mana ada lagho nye pon"..

huhu,, Cukup beriya dan penuh semangat nak suruh saya baca novel ni..

Nafisah said," Da banyak kali khatam, tapi still baca lagi ni.. Sebab memang suka and banyak terkena kat diri sendiri.. =) Its about budak skate yag nak berubah.. huhuhu,, memang perit nak berubah ke arah yang lebih baik kan.. hidup dan muda sekali cuma, sanggup biarkan tanpa redhaNYA? akak try la baca.. cerita dia ok.. Seriuosly speeking buku ni left giga impact kat hati"..

huhu.. Kata2 yang penuh dengan semangat yang berkobar untuk meyakinkan saya..

credit to Saidah Nafisah and Asma', thanks dek.. Akak da habis baca dah and memang banyak point yang disampaikan CIK HLOVATE ni terkena kat batang hidung sendiri.. huhu.. Uhibbukum Fillah hatta ilal jannah.. amin..

Terima kasih juga buat kak sedara saya yang sudi pnjamkan novel ni,, Thank k.yong Izra.. =)



Alhamdulillah.. Macam-macam pengajaran yang saya dapat.. Especially tentang hati yang ingin berhijrah kearah kebaikan.. Elemen2 yang disentuh dalam novel ni betul memberi impak kat hati ni..

Yang paling terkena sekali bila penulis tekankan tentang gaya hidup seorang muslim yang sekadar menghayati Islam itu hanya pada nama.. Walhal Islam itu sendiri pada dasarnya adalah cara hidup yang paling sempurna..

Kita solat, tapi tidak menghayati makna2 surah yang kita baca.. Disebutkan didalam Al-quran bahawa "sesungguhnya solat itu mencegah perkara keji dan mungkar". Semuanya bermula dengan solat kita kan.. Insya'Allah kalau solat kita khusyu', tertib nya terjaga, amalan seharian kita juga pasti kan terjaga dan terpelihara daripada maksiat dan kemungkaran.. Moga2 solat kita diterimaNYA k.. Insya'Allah..


So, tindakan susulan yang saya nak buat adalah fahamkan makna2 semua surah yang kita baca. Even kita tak berapa nak mampu untuk hafal surah2 yang panjang, at least tingkatkan lagi usaha kita untuk hafal makna2 surah yang terkandung dalam Muqaddam yakni 30 surah yang terakhir..



Islam itu mudah, cuma kita yang kusutkan fikiran sehingga ada yang beranggapan ajaran Islam itu susah dan menyesakkan kehidupan..

So, from now on let us make a move!! =)

Sebelum saya terlupa, nak wish semua umat Islam seluruh dunia, SALAM 10 MUHARRAM,, puasa sunat tak hari ni? huhu,, tak pe, bagi yang tak boleh tu, Insya'Allah sama2 kita doakan ada kesempatan untuk dapat lagi jumpa 10 Muharram ni k.. Jom kita sama2 rajinkan diri untuk berpuasa sunat! Impaknya, hati kita tenang, fikiran tak kusut, ibadah bertambah, pahala ikhlas meningkat and duit pon jimat juga.. =)

k la.. Zohor pon da nak menjengah.. Jom solat ramai2 ye..
segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu pula turut datang dariNYA tetapi melalui kelemahan diri insan kerdil ini..



Salam ukhwah fillah! =)

wassalam,,
nurislamfiqalbi..

Wednesday, December 15, 2010

.::UjiAn ItU TaNdA KaSiHNYA::.

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, saya mulakan bicara..



Alhamdulillah,, saya baru saja sudah berborak dengan soerang sahabat tercinta melalui telefon.. Syukur, khabar dari nya baik-baik sahaja.. =)

Tiba-tiba dia minta saya untuk bersabar dan tidak terkejut akan berita yang bakal disampaikannya.. Saya terkedu seketika.. =(

Rupa-rupanya kesihatannya terganggu dan memerlukan rawatan pembedahan dengan segera.. Bagai nak luruh jantung ni saat mendengar khabaran tersebut.. Nak ditangis pada ketika itu, takut pula dia akan bergundah gulana.. Sambil tersenyum saya cuba berikan kata-kata semangat buat dirinya..

Insya'Allah pada jam 3 petang ni dia akan berangkat ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutkan.. Hati terasa mahu saja berada di sisinya untuk memberikan sokongan, namun apakan daya jarak memisahkan segalanya..

Buatmu sahabat tersayang,
Kau pinta agar aku senyapkan khabaran ini..
Namun aku tak terdaya..
Aku mengharapkan agar umat Islam semuanya dapat sama-sama berdoa buatmu..
 Tak tertanggung airmata ini membiarkan dirimu menderita..
Aku bersama sahabat-sahabat yang lain pasti akan mendoakan yang terbaik untukmu.. 
Sungguh kesembuhan dariNYA buatmu amatlah ku harapkan..
Biarpun ujian ini cukup berat buatmu..
Ketahuilah bahawa insan ini tidak akan pernah berhenti berdoa buatmu..
Kerana kasih sayang di antara kita ini,
Benar-benar terjalin kerana redhaNYA..
Jangan takut ya ukhti..
Sungguh DIA ada bersamamu..
Dan kau turut takkan merasakan dirimu keseorangan..
Kerana doa para sahabat akan sentiasa mengiringimu..
Sahabat tersayang..
Yakinlah bahawa ujian ini adalah tanda kasihNYA padamu..
Kerana kau adalah insan terpilih..
Aku mendoakan yang terbaik buatmu..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

Cepat-cepat sembuh ye =)


wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

.::MuHaSaBaH BuAt DiRiKu::.

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah wa syukur lillah,,
Sepasang mata masih mampu celik dan melihat kekuasaanNYA,,
Sepasang telinga masih mampu untuk mendengar seruanNYA,,
Sepasang tangan masih mampu untuk melaksanakan tugas sebagai dai'e membela agamaNYA,,
Segumpal darah bernama hati masih mampu bertaut pada cintaNYA,,
Masakan hamba mampu meraih kesemua nikmat ini tanpa izinMU,,
sungguh hamba mensyukuri segala sesuatu yang kau berikan dalam hidup ini..






Alhamdulillah,, saya baru saja sudah 'ber'blogwalking' sebentar tadi..=) Dari satu blog ke satu blog para sahabat dan kenalan saya jelajah,, =) nak timba ilmu yang masih kosong di dada ni,,

Dan syukur sangat macam2 yang saya belajar dengan aktiviti ni tadi,,
Salah satu ilmu yang saya dapar malam ni adalah tentang solat sunat istikharah di blog ukhti insyirah:: http://niqobgirl.blogspot.com.. syukran ya ukhti..

Perkongsian yang disampaikannya amatlah bermanfaat dan berguna untuk kita semua,, =)

Kemudian saya jelajah lagi ke blog2 yang lain..
Jelajah punya jelajah........
Saya tersinggah di blog junior saya.. Mulanya saya tak percaya itu dia, tapi....( Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu)

Bukan niat dihati untuk menghina, jauh sekali mencela dirimu ya ukhti..
Namun rasa kasih di hati ini terpanggil untuk memuhasabahkan diri ini dan juga dirimu..


Tak tertanggung rasa sebak di hati, mutiara yang bertakung ini tidak lagi mampu untuk ditahan.. Lalu dibiarkan saja ia mengalir dengan rasa hati yang sarat dengan keinsafan..

Sebagai seorang hamba Allah yang digelarkan "INSAN", kita sering saja lupa akan suruhan dan laranganNya.. Saban hari kita didedahkan dengan ideologi2 barat yang mampu merosakkan akidah kita.. Tidak dinafikan sesetengah manusia itu memerlukan hiburan dan bersosial untuk "memeriahkan" lagi jalan hidup mereka.. Namun wahai sahabiah yang tersayang, jangan biarkan nafsu menjadi RAJA!! Pelbagai cara hidup yang dianjurkan oleh agama Islam untuk membuatkan hidup seseorang itu lebih meriah malah lebih terang sinarnya..

Benarlah andai seseorang itu berkata terdapat pelbagai dugaan dan halangan yangg dilalui andai benar-benar mahu mengamalkan cara hidup sebagai MUKMIN SEJATI.. Namun sedarkah kita masakan terlalu mudah untuk Allah menyerahkan Jannahnya kepada kita tanpa sebarang ujian dan cabaran disandarkan pada diri kita??

Makin kita mendekatiNYA, makin iman kita diuji.. Makin kita banyak berdoa, makin banyak ujian yang menimpa.. Pernahkah kita berfikir sejenak mengapa hal ini berlaku sedemikian rupa?

Ia adalah kerana segala yang kita pinta, belum tentu DIA akan memberikannya dengan kadar yang segera.. Tetapi ia akan diperoleh apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberiNYA.. Kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu, sebaliknya DIA akan memberi apa yang kita perlu...

Mahukah kita melihat Islam itu lenyap dimamah dan ditelan zaman?? Pasti kita tidak mahu bukan.. Saya yakin dan percaya setiap diantara kita hati kecilnya pasti akan berbisik dan berhajatkan akan perubahan.. Cuma langkah kita terkadang ianya tersasar jauh dari landasan syariat..

Ayuh kita bermuhasabah, sucikan hati, tenangkan jiwa dengan berfikir sejenak akan segala pemberianNYA dalam hidup kita.. Masakan kita mahu berpecah belah sesama kita dan melihat Islam itu dihinjak-hinjak musuh? Mahukah kita kelihatan lemah dihadapan musuh Islam? Mampukah kita mengelak daripada segala fitnah lemparan "Al-massih Dajjal"? Andai dengan mengamalkan gaya hidup yang dianjurkan musuh Islam, mampukah kita berdiri sebaris dengan angkatan tentera Imam Mahdi kelak? Mampukah kita??


Apa yang saya cuba kongsikan ini datangnya ikhlas dari lubuk hati yang mahukan sahabiah semua serta diri saya sendiri untuk sedar akan kekejaman dan kezaliman yang kita sendiri perlakukan terhadap agama kita yakni Islam yang suci disisi Allah s.w.t.. Fitrahnya Islam itu suci dan menjadi gaya hidup bagi makhluk sekalian alam, namun kita para penganutnya yang melemparkan FITNAH terhadap agama suci ini..

Jangan kita biarkan Islam itu sekadar indah pada namanya, tapi biarlah ia kelihatan cantik dan berseri pada maksudnya.. Ayuh kita bersama-sama lakuka perubahan.. Andai mahu berubah, janganlah bertangguh dan elakkan lah daripada memberi 1001 alasan yang mampu memakan diri kita..

Biarpun hijrah kita untuk menegakkan agama suciNYA ini kelihatan sukar dan payah, mohonlah padaNYA akan kita diberikan kekuatan yang maksima untuk menanganinya,,

Sungguh Allah itu ada bersama orang-orang yang memperjuangkan agamaNYA,,



wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Monday, December 13, 2010

.::SeJeNaK ReNuNgAn::.


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,

Sedekahkan satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan,
Berpeganglah pada tali ALLAH walau DIA tak kelihatan.
Bukti kasihNya kita wujud didunia pinjaman ini ada sebab 
Bila berlaku sesuatu perkara yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yg mengaku keimanan padaNya,
Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik 
Kerana hidup ini tak semudah itu.........
Perihal kehidupan adalah cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi,
Moga lelahmu dihargai ilahi walau dicemuh insani......


wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Friday, December 10, 2010

.::AiR MaTA iTu JaTuH LaGi::.

Bismillahirrahmanirrahim,,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,,

Alhamdulillah wa syukur lillah,,
nikmat Hidayah Islam ini tidak pernah luntur di hati malah saban hari hati ini semakin menagih kasih Sang Pencipta..


Ya Alah,
hambamu ini bersyukur akan kurnianMu yang tak terhingga ini,
Kau hadirkan hidayah di hati ini,
dan hamba mohon agar janganlah Engkau menarik nikmat ini kembali..

Ya Rahman,
sungguh pemurahMu kian jelas terpancar dalam kehidupan hambaMu ini,
kau berikan hamba kesempatan untuk meraih sebuah kejayaan,
biarpun seringkali hamba melupakanMu..

Ya Rahim,
betapa Kau amat mengasihi hambaMu,
Kau permudahkan jalan perjuangan hambaMu ini,
dengan kehadiran ahli keluarga yang tidak henti memberi sokongan,
dengan keikhlasan dan ketulusan para sahabat dalam menghulurkan bantuan,
dengan keramahan para pendidik dalam menyampaikan ilmu penegtahuan,
dengan keindahan kalam para pewaris sunnah kekasihmu dalam menyampaikan ayat-ayat Al-Quran..
Betapa Kau kasih akan hamba-hambaMu yang mendambakan cinta agung ini..

Ya Wadud,
hamba bersyukur atas segala-galanya yang telah kau berikan,
hanya satu pinta hambaMu ini,
agar Kau berikan kekuatan semaksima mungkin untuk memperjuangkan agamaMu,,
semoga sinar Islam itu kembali mekar di atas muka bumi yang sarat dengan fitnah ini,
semoga cahaya Islam itu mampu menerangi sekalian alam,
semoga bahang kebangkitan Islam itu  dapat dirasai oleh sekelian makhluk ciptaanMu,
semoga hamba-hambaMu mampu mewarisi sunnah dan tauladan para pejuang,
selagi mana Islam itu di hati,
Jihad ini pasti takkan berhenti..


Hamba bersyukur padaMu Ya Allah..
Atas segala nikmat yang kau berikan dalamkehidupan hambaMu ini,,

10 Dec 2010,,
"Result exam akan dihantar melalui emel oleh pihak pengurusan universiti" 

Ya Allah,, betapa hati ini gementar untuk mengetahuinya. Namun tiada apa yang mampu untuk merubah sebarang keputusan yang bakal diterima..

Jari-jemari kian bergetar menekan papan kekunci menaip id dan password emel..
Dup..Dup.Dup..
Denyutan jantung kian kencang..
Emel dari pihak universiti jelas terpampang di depan mata..
Mahu saja tangan ini berhenti meneruskan niat, namun hati berkata tidak.. 
"Kau da usaha, sekarang terimalah apa jua keputusannya,, Apa yang penting, Allah azza wa jalla melihat pada usaha mu bukanlah pada hasil yang mampu kau berikan"..

Hati dengan tenang melihat keputusan peperiksaan semester ini setelah ia dilembutkan dengan janji Allah pada hambanya yang telah berusaha..

Alhamdulillah!!
Sujud dan syukur hanya buat Sang Khalik..
Kejayaan yang tidak pernah didambakan sebegini rupa kini jelas terjadi..
Apa yang mampu hambaMu ini lakukan hanyalah bersujud tanda syukur atas segala nikmat dan kesempatan yang Engkau berikan Ya Jabbar..

Andai tiada nikmat iman yang Kau utuskan, masakan hamba mampu untuk berjuang sebagai seorang Muslimah dan Mukminah..
Andai tiada nikmat akal dariMu, masakan hamba ini mampu untuk berfikir tentang segalanya..
Andai tiada nikmat tenaga yang Kau berikan, masakan hamba mampu untuk meniti hari-hari dalam kehidupan sebagai seorang pejuang muda..
Andai tiada nikmat ilmu yang Kau utuskan, masakan hamba mampu untuk merubah nasib dalam kehidupan..
Andai tiada nikmat persahabatan yang Kau jalinkan, masakan hamba mampu untuk berjuangan tanpa sebarang sokongan teman-teman..
Andai tiada nikmat kekeluargaan yang Kau berikan, masakan hamba mampu meraih kejayaan tanpa redha, doa dan berkat dari kedua orang tua dan ahli keluarga yang sentiasa memberi semangat agar tidak putus harapan dalam perjuangan..

Subhanallah,
Walhamdulillah,
Walailahaillallah,
Wallahuakhbar..

Semoga kejayaan hambaMu ini bermanfaat untuk agama Islam,,
Amin Ya Rabbal A'lamin,,



Wassalam,,
nurislamfiqalbi,,



Wednesday, December 8, 2010

ALhAmDuLiLLaH,,

Bismilahirrahmanirrahim..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani,,

Salam mahabbah buat semua readers dan followers,, =)
Syukur ke hadrat illahi atas limpah nikmat iman dan aqal untuk terus hidup sebagai seorang pejuang,,

Apa khabar iman? Apa khabar amal? Apa khabar jihad? Semua soalan ni kita perlu tanya pada diri kita tiap2 hari.. Mengapa? Kerana untuk menyedarkan kita akan peranan dan tanggungjawab kita sebagai dai'e di atas muka bumi pinjaman Allah ni.. Sebagaimana yang kita ketahui, iman seseorang manusia biasa itu pasti kan naik dan turun,, ia akan berubah saban hari dan kita lah yang menentukan samada mahu berjuang untuk menggapai tahap keimanan yang tinggi atupun tidak,, " Sesungguhnya hati setiap manusia itu menjadi rebutan antara Malaikat dan Syaitan. Terpulanglah kepada manusia untuk memilih siapakah pemenang dan penakluk hati itu".

Let us rise our IMAN k!

Alhamdulillah,,
hari ni saya dapat rezeki lebih and saya dapat beli dua buku baru,,
huhu,, moga2 perkongsian ni dapat memberi manfaat bagi semua,, =)



Yang berwarna coklat tu tajuknya, "PESAN-PESAN TERAKHIR RASULULLAH-PUSTAKA IMAM AS-SYAFI'I" dan yang berwarna kelabu2 tu tajuk nya " SYABAB MUSAFIR KASIH - FATIMAH" SYARHA MOHD NOORDIN"..

Insya'Allah nanti bila saya da habis baca, saya kongsi jalan cerita dan pengisiannya buat sahabiah semua k! =)
salam maal hijrah! Ayuh lakukan perubahan demi agama!

wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

:: KaWaN JaNgAnLaH KaU SeDiH::

Bismillahirrahmanirrahim,,


Kawan, apalah yang kau kesalkan,
Kerana tuhan kau kehilangan kawan,
Kerana kebenaran dihina,
Jangan kau ragu dalam keimanan..

Kadang-kadang kawan jadi lawan,
Kadang-kadang lawan jadi kawan,
Apalah disedihkan hati,
Setiap insan didalam kekurangan..

Jangan sedih terlalu tersisih,
Bukan kau saja ditimpa malang,
Ingatlah para rasul mulia,
Lebih tersiksa menderita..

Mereka bahagia dalam derita,
Mereka kaya didalam papa,
Mereka memadai dengan Tuhannya,
Itulah kebahagiaan,
Di waktu sempit seorang diri,
Kawan janganlah disedihkan hatimu..


 wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Thursday, December 2, 2010

,,Si PeRmAtA KeCiL,,

Bismillahirrahmanirrahim,,
dengan nama Allah saya memulakan bicara,,

Alhamdulillah,, laksana sudah tugas.. Maghrib sudah, isya' pun sudah,, amin Ya Rabb, KAU masih lagi memberikan hamba mu ini kesempatan untuk terus mencari sinar kasihMU,,

Buat pembaca2 setia, syukran jazilan alaikum,, jalan jihad saya ini terasa kian bersinar disaat kalian hadir memberikan sokongan dan dorongan biarpun tanpa meluahkan sebarang kata.. SYUKRAN!! =) Apa yang penting, niat kita mesti kene betul kan.. Dan niat tu jugak mestilah hadir dengan matlamat dan cara yang betul.. Rosak salah satu daripada elemen ni, maka rosaklah amal yang kita kerjakan tu.. NIAT+MATLAMAT+CARA perlulah berlandaskan Islam,, =)

K, back to the point raise.. Actually saya nak kongsi sikit tentang 'miracle' yang jadi dalam kehidupan saya dan keluarga... ianya tentang si dia, permata kecil, "MONE"..

- si mone yang takut dengan benda bulat =) -


Mone Mone, kucing manja belaan kami.. baru sebulan rasenye.. Usia mone ni dalam 4 bulan cam tu la.. apa yang menjadi keajaiban nya adalah seolah-olah Allah hadirkan mone dalam kehidupan kami untuk sama2 mencari kebenaran,,

Sejarahnya, abah memang tak pernah suka kucing.. dari dulu lagi.. kucing berak dalam kereta dia la, kucing kencing dalam kasut dia la, kucing tu la, kucing ni la dan macam2 lagi.. memang pantang dengan kucing.. kadang2 tu saya pun sampai naik hairan kenapa abah tak suka sangat pada species kucing ni.. kalau nak difikirkan, kalau haiwan ni ada akal, mesti diorang pun tahu nak buang air kat tandas kan.. alamat sesak la tandas awam kat muka bumi ni.. =)

- mone tengah mamai time ni -


Nak dijadikan cerita, ada satu malam dekat kampung nenek, nenek dengar anak kucing nangis2.. ( nangis la agaknya),, cari punya cari tak juga jumpa..  mesti kucing tu lapar+takut+sedih dan macam2 lagi la kan.. selang dua hari tu, memang kuasa Allah, nenek jumpa juga anak kucing tu.. kesian sangat tengok dia.. tak bermaya.. adik saya bagi kucing tu makan n then kucing tu terus lari naik rumah nenek.. Dia seolah-olah mohon perlindungan dan belas kasihan..

- ala cute nye dia =) -

Angah saya offer diri nak bela n bawa kucing tu balik umah.. nak bela.. tapi mak macam tak bagi sebab takut nanti abah marah.. memang sedih sangat la diorang time tu. Tiba-tiba abah angkat anak kucing tu n bawak dia masuk kereta. Abah letak kat seat belakang.. Memang rasa macam ajaib sangat sebab ingat abah tak suka.. tapi yang berlaku adalah sebaliknya,, sepertimana Allah berfirman di dalam Al-Quran, "Boleh jadi kamu amat menyukai sesuatu hal walhal ia amatlah buruk bagimu, dan boleh jadi kamu amat membenci sesuatu hal walhal ia amatlah baik bagimu".. Subhanallah,, Maha suci Allah,, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.. semua ni rahsia Allah kan.. Abah la insan yang paling rapat dengan mone sekarang ni.. =) Sampaikan abah bahasakan diri dia "TOKWAN" dekat mone,, huhu =).. teringin nak ada cucu agaknya.. =)

- mone kesejukan tido dalam aircond =) -

Sedikit demi sedikit pelbagai peristiwa terjadi dalam keluarga kami.. Rezeki bertambah, ikatan kekeluargaan semakin erat dan yang paling utama kasih sayang semakin mekar keranaNYA.. Sejak dari hari tu, mak bagi nama kat kucing ni "MONE" .. Ahli keluarga semuanya da macam apa je bila semua nya berebut nak main dengan mone.. Sampaikan kalau abah ke or siapa2 je dari  keluarga ni telefon rumah, mone la yang jadi topik bualan utama,,

- hot topic in the house!!-


huhu,,penangan mone,, semua ni terjadi atas kehendak Allah.. mngkin da tiba masanya untuk semua orang berubah ke arah yang lebih baik.. biarpun sedikit, tapi kita tetap mampu mencuba kan,, Allah melihat pada usaha kita, bukan totally pada hasilnya.. Nah! Bukti Allah tu sayang pada hambaNYA.. didatangkanNYA hidayah dalam apa jua bentuk sekalipun demi memberi kesedaran pada kita untuk jadi MUKMIN CEMERLANG! Subhanallah,, Maha Suci Allah,,

- salam sayang dari mone buat semua -


Alhamdulillah,, sekarang ni kehidupan kami sekeluarga bertambah ceria saban hari dan semoga rahmat kasihNYA ini tidak akan pernah hilang dan luntur.. Syukurlah atas setiap kurniaannya itu dan hargailah setiap perhubungan yang lahir atas dasar syariat di dalam hidup kita semua..

Mungkin terkadang kita mengeluh akan kesusahan dan kegagalan dalam kehidupan, namun sedar kah kita bahawa semua itu terjadi mungkin kerana Allah ingin memberi peringatan dan DIA ingin mengampunkan dosa kita yang terdahulu,, Boleh jadi musibah itu datang kerana Allah ingin memberi peluang kedua pada kita untuk bertaubat dan berubah... Buatlah perubahan dalam hidup kita k.. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka merubah diri mereka terlebih dahulu".. yakinlah dengan janji  Allah dan pasti kebahagiaan yang hakiki akan datang dalam kehidupan mahupun di dunia ataupun akhirat.. Insya'Allah..

Akhir kalam, sambutlah tangan insan yang memerlukan bantuan dan pertolongan darimu, nescaya Allah akan menyambut tanganmu (doa) dalam meringankan bebanan mu,,



wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Ya Rasulullah,,Layakkah Kami Menjadi Umatmu??


Bismillahirrahmanirrahim,,
dengan namaNya saya mulakan bicara,,

Petang ni, cuaca mendung je. seolah mengerti betapa sayu nya hati disaat ini. Baru tadi saya ber'ym' dengan ukhti tersayang saya,, Alhamdulillah khabaran darinya baik2 sahaja.. usia perkahwinannya sudah pun mencecah dua minggu. Seperti yang diharapkan perbualan kami pasti tidak akan kosong dan melalaikan. Pelbagai tazkirah yang akak telah sampaikan n seringkali airmata ini gugur setelah terkena panahan keinsafan. Akak, thankz 4 everything!

Actually, entry saya kali ini, saya nak berkongsi nukilan sahabat tentang kekasih Allah yakni Nabi Muhamad ibn Abdullah.. selamat menghayatinya k!

Ya Rasulullah, Layakkah Kami Menjadi Umatmu?

Ya Rasulullah,
kekasih Allah yang dimuliakan, 
Kau telah lama pergi meninggalkan kami,
namun peninggalanmu memberi kesan besar didalam hati kami,

Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan Al-Quran untuk menjadi rujukan kami,
Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan sunnahmu untuk menjadi pedoman kami,
Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan akhlakmu untuk kami contohi,
Ya Rasulullah,
Kau meninggalkan sahabat-sahabatmu untuk kami ikuti,
Ya Rasullullah,
Kau meninggalkan pewarismu,
para ulama' yang kami pelajari..

Ya Rasulullah,
kami menyanjung betapa hebatnya kerajaan Islam yang dibina umatmu dahulu,
Ya Rasulullah,
Kami menyanjung betapa luasnya empayar Islam yang dibina umatmu dulu,
Ya Rasulullah,
Kami menyanjung betapa hebatnya keberanian umatmu melawan musuh tanpa getar..

Ya Rasulullah,
Namun, segala-galanya telah ditenggelami zaman,
Ya Rasulullah,
Umatmu disana menderita,
dianiayai bangsa yang pernah kau sebut dahulu,
Ya Rasulullah,
Umatmu disini hanya mampu melihat penderitaan mereka,
Ya Rasulullah. 
Alangkah malunya jika kau melihat apa yang umatmu sedang lakukan kini,
Kami terlampau sibuk mengejar cita-cita,
mengejar seberapa banyak harta yang mampu dikaut,
Tak tertahan tergoda dengan hawa nafsu yang rakus,
mengejar cinta yang tiada kepastian,
Tak terdaya melindungi kaum muslimah,
terhimpit dengan sifat jahiliyah yang pernah kau perangi dahulu,
hanyut dalam permodenan hidup,
obses dengan hiburan melampau,
asyik dengan pemujaan 'berhala moden',

Ya Rasulullah,
Kami benar-benar bagaikan buih-buih lautan seperti dikatakan kau,
Ya Rasulullah,
Kami benar-benar berdusta dengan risalah yang dibawamu,
Ya Rasulullah,
Kami berasa sangat malu untuk bertemu denganmu kelak,
Ya Rasulullah,
Kasih sayangmu kepada kami tidak terbalas,
Ya Rasulullah layakkah kami menjadi umatmu??

Selawat dan salam hanya buatmu..


wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Wednesday, December 1, 2010

AkU CuMa An-NisAa


Aku Cuma An-Nisaa


Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..


iluvislam.com
wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Monday, November 29, 2010

SeLAMaT UlAnGtAhUn MaK n AbAh!

Bismillahirrahmirrahim,,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,,

Syukur ke hadrat illahi kerana limpah kurnia dan inayahnya, saya masih lagi bernafas dan diberiNya kudrat untuk terus menyebarkan imu yang hanya sekelumit di alam siber ini,,



28 November 2010


Tarikh keramat buat seisi keluarga saya,, Alhamdulillah, masjid yang dibina oleh kedua ayah dan bonda telah pon bertahan dan bersinar selama 26 tahun,, syukur kehadratNYA kerana sehingga kini DIA senantiasi menghiasi kehidupan kami sekeluarga dengan cahaya Islam dan rezeki yang mencukupi,,


Semalam mak n abah buat majlis doa selamat kecil-kecilan antara keluarga terdekat untuk sama2 mendoakan keberkatan kehidupan buat kami semua mahupun di dunia dan juga di akhirat.. biarpun majlis berlangsung secara sederhana, namun kemeriahannya tetap terasa.. keramahan dan kehangatan eratnya sebuah perhubungan itu jelas terpampang di setiap raut wajah ahli keluarga yang besar jumlahnya ini,,

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada ILLAHI atas keharmonian dan kekuatan yang dikuriakanNya kepada kami sekeluarga dalam menjalankan tugas sebagai daie' di muka bumiNya ini,, biarpun masing2 sudah ditakdirkan untuk hidp berjauhan, namun cinta yang subur didalam hati ini kian mekar setiap hari,, semoga rasa ini kekal berpanjangan dan hubungan kekeluargaan ini akan mekar hingga ke JannahNYA,, amin ya Rabb,,

Khas buat ayahanda dan bonda tercinta,,
En. Hashim b Mohd Amin dan Pn. Azizah bt Haji Nagi,,
ketahuilah bahawa kalian merupakan perwira,
yang senantiasa memperjuangkan sunnah Nabi
bagi membentuk peribadi anak-anakmu..  
kalian merupakan kekuatan kami
selepas Yang Maha Pencipta dan Kekasihnya..
kalian telah ditakdirkan untuk menjadi wali, pengasuh,
pendidik serta pembentuk siapa diri kami ini di masa hadapan.. 
tanpa kalian, tidak mungkin kami lahir di muka bumi ini,,
dengan izinNya,kami lahir dari perut seorang insan yang mulia ,
dan mendapat didikan dan asuhan dari  kedua orang tua,
yang sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama..

Ayahanda dan bonda,
ketegasanmu menjadi didikan buat kami,
marahmu bukti kasih yang nyata buat diri kami,
kata-katamu menjadi inspirasi dan ajaranmu 
menjadikan kami insan yang berguna buat agama
yang bertakhta di hati..
Kalian lah pejuang didalam keluarga ini
dan kalianlah jua yang bertindak mencorakkan gaya hidup kami..
Bukan beerti rajuk dan tangis kami adalah kerana kebencian, 
namun dengan airmata itulah kami menyatakan 
rindu dan kasih yang meninggi saban hari buat mu..
Andai kematian itu sudah tiba,
anak-anakmu ini pasti akan merasakan kehilangan yang amat besar..
biarpun kalian tiada lagi didunia,
 kami pasti akan mendoakan kesejahteraan kalian di alam sana..
pengorbanan kalian tidak akan pernah kami lupa,
kerana kalianlah pembentuk hati ini untuk menyintaiNYA,,,
biarpun kita akan berpisah,
namun segala-galanya takkan merubah ikatan kekeluargaan ini,
kerana ianya terjadi atas kehendak yang Maha Esa..
semoga ikatan ini akan berpanjangan dan terus mekar menghiasi taman-taman syurga,,
salam sayang buat kalian!!



wassalam,,
nurislamfiqalbi,,

Sunday, November 14, 2010

FiTnAh TeRbEsAr AkHiR ZaMaN!! WaSpAdAlAh WaHaI MuKmiN!

Peristiwa Akhir Zaman ( Perihal DAJJAL )

KEDATANGAN DAJJAL
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. 

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.” 

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.” 

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.


KHUTBAH RASULULLAH SAW TENTANG DAJJAL 
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. 
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. 
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
 
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
 
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.” 
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.


“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.” Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.
*_* bersamalah kita berdoa agar ditetapkan iman, tidak terpesong akidah dan mendapat keredhaan serta bantuan Dari-NYA..Ameen..-_-


 nurislamfiqalbi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...