dengan nama Allah saya memulakan bicara,,
Alhamdulillah,, laksana sudah tugas.. Maghrib sudah, isya' pun sudah,, amin Ya Rabb, KAU masih lagi memberikan hamba mu ini kesempatan untuk terus mencari sinar kasihMU,,
Buat pembaca2 setia, syukran jazilan alaikum,, jalan jihad saya ini terasa kian bersinar disaat kalian hadir memberikan sokongan dan dorongan biarpun tanpa meluahkan sebarang kata.. SYUKRAN!! =) Apa yang penting, niat kita mesti kene betul kan.. Dan niat tu jugak mestilah hadir dengan matlamat dan cara yang betul.. Rosak salah satu daripada elemen ni, maka rosaklah amal yang kita kerjakan tu.. NIAT+MATLAMAT+CARA perlulah berlandaskan Islam,, =)
K, back to the point raise.. Actually saya nak kongsi sikit tentang 'miracle' yang jadi dalam kehidupan saya dan keluarga... ianya tentang si dia, permata kecil, "MONE"..
- si mone yang takut dengan benda bulat =) -
Mone Mone, kucing manja belaan kami.. baru sebulan rasenye.. Usia mone ni dalam 4 bulan cam tu la.. apa yang menjadi keajaiban nya adalah seolah-olah Allah hadirkan mone dalam kehidupan kami untuk sama2 mencari kebenaran,,
Sejarahnya, abah memang tak pernah suka kucing.. dari dulu lagi.. kucing berak dalam kereta dia la, kucing kencing dalam kasut dia la, kucing tu la, kucing ni la dan macam2 lagi.. memang pantang dengan kucing.. kadang2 tu saya pun sampai naik hairan kenapa abah tak suka sangat pada species kucing ni.. kalau nak difikirkan, kalau haiwan ni ada akal, mesti diorang pun tahu nak buang air kat tandas kan.. alamat sesak la tandas awam kat muka bumi ni.. =)
- mone tengah mamai time ni -
Nak dijadikan cerita, ada satu malam dekat kampung nenek, nenek dengar anak kucing nangis2.. ( nangis la agaknya),, cari punya cari tak juga jumpa.. mesti kucing tu lapar+takut+sedih dan macam2 lagi la kan.. selang dua hari tu, memang kuasa Allah, nenek jumpa juga anak kucing tu.. kesian sangat tengok dia.. tak bermaya.. adik saya bagi kucing tu makan n then kucing tu terus lari naik rumah nenek.. Dia seolah-olah mohon perlindungan dan belas kasihan..
- ala cute nye dia =) -
Angah saya offer diri nak bela n bawa kucing tu balik umah.. nak bela.. tapi mak macam tak bagi sebab takut nanti abah marah.. memang sedih sangat la diorang time tu. Tiba-tiba abah angkat anak kucing tu n bawak dia masuk kereta. Abah letak kat seat belakang.. Memang rasa macam ajaib sangat sebab ingat abah tak suka.. tapi yang berlaku adalah sebaliknya,, sepertimana Allah berfirman di dalam Al-Quran, "Boleh jadi kamu amat menyukai sesuatu hal walhal ia amatlah buruk bagimu, dan boleh jadi kamu amat membenci sesuatu hal walhal ia amatlah baik bagimu".. Subhanallah,, Maha suci Allah,, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.. semua ni rahsia Allah kan.. Abah la insan yang paling rapat dengan mone sekarang ni.. =) Sampaikan abah bahasakan diri dia "TOKWAN" dekat mone,, huhu =).. teringin nak ada cucu agaknya.. =)
- mone kesejukan tido dalam aircond =) -
Sedikit demi sedikit pelbagai peristiwa terjadi dalam keluarga kami.. Rezeki bertambah, ikatan kekeluargaan semakin erat dan yang paling utama kasih sayang semakin mekar keranaNYA.. Sejak dari hari tu, mak bagi nama kat kucing ni "MONE" .. Ahli keluarga semuanya da macam apa je bila semua nya berebut nak main dengan mone.. Sampaikan kalau abah ke or siapa2 je dari keluarga ni telefon rumah, mone la yang jadi topik bualan utama,,
- hot topic in the house!!-
huhu,,penangan mone,, semua ni terjadi atas kehendak Allah.. mngkin da tiba masanya untuk semua orang berubah ke arah yang lebih baik.. biarpun sedikit, tapi kita tetap mampu mencuba kan,, Allah melihat pada usaha kita, bukan totally pada hasilnya.. Nah! Bukti Allah tu sayang pada hambaNYA.. didatangkanNYA hidayah dalam apa jua bentuk sekalipun demi memberi kesedaran pada kita untuk jadi MUKMIN CEMERLANG! Subhanallah,, Maha Suci Allah,,
- salam sayang dari mone buat semua -
Alhamdulillah,, sekarang ni kehidupan kami sekeluarga bertambah ceria saban hari dan semoga rahmat kasihNYA ini tidak akan pernah hilang dan luntur.. Syukurlah atas setiap kurniaannya itu dan hargailah setiap perhubungan yang lahir atas dasar syariat di dalam hidup kita semua..
Mungkin terkadang kita mengeluh akan kesusahan dan kegagalan dalam kehidupan, namun sedar kah kita bahawa semua itu terjadi mungkin kerana Allah ingin memberi peringatan dan DIA ingin mengampunkan dosa kita yang terdahulu,, Boleh jadi musibah itu datang kerana Allah ingin memberi peluang kedua pada kita untuk bertaubat dan berubah... Buatlah perubahan dalam hidup kita k.. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka merubah diri mereka terlebih dahulu".. yakinlah dengan janji Allah dan pasti kebahagiaan yang hakiki akan datang dalam kehidupan mahupun di dunia ataupun akhirat.. Insya'Allah..
Akhir kalam, sambutlah tangan insan yang memerlukan bantuan dan pertolongan darimu, nescaya Allah akan menyambut tanganmu (doa) dalam meringankan bebanan mu,,
wassalam,,
nurislamfiqalbi,,
No comments:
Post a Comment